Saturday, April 14, 2018

Tutup! Kedai Roti Mahathir Pun Macam PPBM. Tak Mampu Dah Urus Tadbir.

Kedai Roti Mahathir Pun Ditutup, Ada Hati Urus Negara!


GAGAL LAGI… Khabarnya ramai netizen propembangkang gempar apabila kedai roti premium, The Loaf, milik Tun Dr. Mahathir Mohamed terpaksa tutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Pemberhentian operasi tersebut hanya disiarkan menerusi satu notis yang dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk para pelanggan mereka tetapi ia mula berkuat kuasa pada 12 April.
Notis itu namun tidak menyatakan sebab ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utama dan merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan yang diberikan mereka selama ini.
The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn. Bhd., perniagaan usaha sama antara Mahathir dan Motoko Resources Sdn. Bhd. dengan Mahathir sendiri memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat bakeri tersebut.
Malangnya, berita penutupan itu cuba diputar belit penyokong antikerajaan dengan dakwaan palsu konon Barisan Nasional (BN) pula terlibat dalam usaha menghancurkan perniagaan yang cenderung kepada Pakatan Harapan!
Begitulah propaganda tohmahan jahat puak tersebut demi cipta persepsi negatif dan hasut rakyat benci kerajaan BN diterajui UMNO walhal perkara itu lebih kepada strategi perniagaan pemiliknya yang gagal berdaya saing ketika ini.
“Pada asasnya, tidak mungkin untuk teruskan. Ada begitu banyak bisnes dan pesaing yang sama. Mereka pun tidak dapat keuntungan cukup baik,” ini alasan diberi oleh Andrew Heng bagi pihak Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd.
Syarikat itu memiliki saham 49 peratus saham dalam The Loaf. Peliknya jika sudah tahu rugi dalam pasaran roti kenapa sekarang hendak ditutup? Bila dekat pilihan raya baru hendak ditutup? Kenapa tidak tutup sebelum ini?
Hasil carian imej untuk kedai roti premium, The Loaf,
Adakah ia sengaja buat begitu untuk mengelirukan masyarakat? Sama jugalah dengan penubuhan PPBM. Pada awal hendak tubuh parti bunga itu, cakap konon ada enam juta orang akan masuk, majoriti didakwa ahli UMNO sendiri.
Akhir sekali, ramai pula yang keluar PPBM. Hendak buat mesyuarat peringkat cawangan pun tidak mampu dan akhirnya bakal dibubarkan tidak lama lagi kerana terbukti berjaya melanggar perlembagaan parti itu sendiri.
Ini belum lagi termasuk kegagalan banyak projek mega ketika era Mahathir antaranya kilang besi Perwaja, syarikat timah Maminco, Malaysia Airlines, Proton waima urus niaga mata wang asing RM31.5 bilion Bank Negara Malaysia.
The Loaf mula buka premis di Telaga Harbour, Langkawi, Kedah pada 2006 dengan pelaburan sebanyak RM3 juta sebelum berkembang sehingga 12 cawangan antaranya di pusat beli belah suria KLCC, Pavilion dan Sogo di ibu kota.
Sementara itu, salah seorang pekerja kedai roti tersebut, yang menggunakan nama profil little bald head@imannwu berkongsi perkembangan bagaimana The Loaf terpaksa ditutup secara mendadak menerusi laman sosial Twitter.
Beliau berkata semua pekerja langsung tidak mengetahui mengenai penutupan operasi kedai premium itu dan tiada notis diberikan lebih awal, sebaliknya mereka hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan pada hari kejadian.
Bagaimanapun ujarnya, pihak pengurusan The Loaf ada memaklumkan yang semua pekerja kemungkinan akan diberikan pampasan berikutan penutupan perniagaan itu secara tiba-tiba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 

4 comments:

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=mBY95JIofCM

Anwar Dedah Kekayaan Anak Mahathir

Anonymous said...

http://alditta.blogspot.my/2012/11/kilang-arak-san-miguel-milik-anak.html

08 November 2012

Kilang arak San Miguel milik anak Mahathir,UMNO tak berani cakap...

Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri. “Siasatlah dia (Nurul Izzah) dahulu…tanyalah betul ke tidak.

Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa? “Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?” katanya dipetik Media Selangorku. Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi.

Anonymous said...

http://www.keadilandaily.com/mahathir-takut-rasuah-terbongkar-jika-pakatan-perintah-anwar/

Mahathir takut rasuah terbongkar jika Pakatan perintah – Anwar

BAYAN BARU 9 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui ketakutan kerana bimbang tembelang rasuahnya akan terbongkar jika berlaku peralihan kuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk mempertahankan harta yang dikuasai keluarga dan kroninya, bekas Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja termasuk serangan bertalu-talu terhadap Pakatan Rakyat.

“Beliau (Mahathir) menyedari segala kemungkinan akan berlaku jika peralihan kuasa berlaku. Takut terbongkarnya kegiatan rasuah, Tun Mahathir merasakan beliau perlu melakukan apa saja bagi mempertahankan harta yang dikuasai keluarga dan kroninya. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana kenyataan beliau setiap kali menjelekkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Pulau Pinang di sini semalam.

Anwar berkata, Mahathir gusar jika rasuah berhubung pemilikan kekayaan melampau oleh anak-anak dan konco-konconya dibongkar dan didedah kepada rakyat.

Sebab itu, usaha memburukkan PR menjadi agenda utama dalam perjuangan mereka menjelang PRU.

“Inilah tekanan yang akan diterimanya jika BN tidak dapat mempertahankan kuasa dalam PRU akan datang,” kata beliau.

Jelas Anwar, penggunaan video seks oleh Mahathir bagi melemahkan lawan yang kemudiannya menjadi ikutan Najib Razak membuktikan kelemahan ciri-ciri kepimpinan mereka.

“Inilah perbuatan jelek merupakan rutin pemimpin Umno BN bagi menutup kekorapan mereka selama memerintah negara. Mereka akan gunakan segala instrumen bagi mencapai niat buruk tersebut.

“Kroni mereka yang kaya, korup dan rasuah akan dipertahankan. Manakala wang negara diperjudikan untuk mencapai matlamat mereka mempertahankan kuasa.

“Oleh kerana itu, pendedahan dan pembongkaran seperti skandal NFC, Scorpene, LRT Ampang amat membimbangkan mereka, kerana ramai dari kerabat mereka terlibat dalam isu ini,” tegas Anwar lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Naib Presiden, Datuk Dr Mansor Othman; Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan kepimpinan KEADILAN Pulau Pinang.

Anonymous said...

Kedai mamak jual capati,

jual capati bersama santan,

Bermula tutup kilang roti,

Berakhir dengan tutup pakatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails