BAYANGKANLAH jika Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan bangga mengumumkan calon partinya bakal jadi menteri jika menang kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Maka bergegarlah segala portal dan netizen propembangkang kecoh mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah pun jadi ‘tuan’ apabila selamba boleh mendahului UMNO yang ada paling banyak kerusi di Parlimen.
Ironi, ini berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang sudahlah tidak diperakui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), malah terpaksa bertanding memakai logo PKR kerana lambang bersama gabungan itu dianggap tidak sah.
Lebih lucu, pengumuman calon itu konon bakal dilantik sebagai menteri jika pakatan haram tersebut berjaya ‘tawan’ Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) dilakukan bukan oleh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hanya bertaraf Timbalan Presiden PH itu pula ibarat lebih sudu daripada kuah apabila mengambil kesempatan dengan buat sendiri pengumuman amat dramatik tersebut.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan pun Presiden PH, dengan bangganya mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon untuk kerusi parlimen Teluk Intan di Perak malam kelmarin.
Guan Eng kemudian bahkan membuat membuat kejutan apabila berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika blok itu ‘menakluk’ Putrajaya pada PRU ke-14 bulan depan.
Persoalan cepumasnya, siapakah Guan Eng untuk mengesahkan dua tokoh DAP negeri terbabit bakal menjadi ahli jemaah Kabinet melangkaui bidang kuasa Mahathir selain Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PH.
Walhal Mahathir dan Wan Azizah di samping Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sehingga kini tidak pula dedah senarai menteri Kabinet gabungan pembangkang tersebut secara terbuka untuk tatapan umum.
Malah, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO sendiri pun setakat ini tidak pernah menamakan mana-mana calon sebagai bakal menteri dilantik dan begitu juga dengan parti-parti komponen lain.
Hakikatnya, tindakan Guan Eng itu sekali gus membuktikan DAP-lah yang sebenarnya ‘top dog’ sebenar PH kerana berani mengumumkan calon parti tersebut sebagai bakal menteri, bukannya Mahathir atau Wan Azizah atau Anwar.
Ini turut diakui sendiri ahli DAP seumur hidup, Datuk Zaid Ibrahim menerusi catatan dalam akaun sosial Twitter beliau kelmarin sehingga ia menjadi tular dan mendapat reaksi luas daripada ramai netizen propembangkang.
“Parti Cina dalam Pakatan Harapan sudah mengumumkan mereka telah pun ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi selepas ini. Parti-parti Melayu pula senyap sahaja dalam isu itu. Begitulah biasanya sikap orang Melayu.
“Malu dan segan untuk menyuarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulis Zaid dalam nada sindiran dengan menamakan imej DAP itu sendiri sebagai ‘Parti Cina’ ketika merujuk pengumuman pelik si Guan Eng tersebut.
Maka terbongkarlah wajah sebenar DAP sebagai ‘tuan’ PH dan ini juga bukan rahsia kerana Superman DAP, Hew Kuan Yau pun dengan angkuh pernah berkata parti itu akan ‘skru’ Mahathir demi meraih undi masyarakat Melayu.
DAP jelas sudah berjaya mempergunakan Mahathir sebaik mungkin semata-mata untuk dapat kuasa politik dan cuba ‘main wayang’ di belakang tokoh berusia 93 tahun itu untuk misi siasah rasis mereka. – Mynewshub.cc/HAA
Lihat..
Lihat..
3 comments:
Ini menunjukkan DAP tuan dalam Pakatan Harapan. PKR dan Bersatu hanya khadam dan PAN dah turun pangkat jadi hamba abdi
Sebenarnya sebilangan pemimpin Melayu Islam tidak sedar diri mereka sedang dikencing olek sekutu kafir mereka.
Teringat madah pujangga superman roket:
Guna (pengkhianat) Melayu untuk skru(memecah-belahkan dan melemahkan) kaum Melayu Islam.
tv14 – Ceramah DAP di Bercham, dekat sini bertukar kecoh semalam apabila seorang penceramah parti itu, Hew Kuan Yaw melemparkan kata-kata kesat terhadap media dan akhbar berbahasa Cina yang dianggapnya sebagai a*jing.
Post a Comment