Thursday, April 05, 2018

Usul A.Hadi Cadang H/Syariah Lebih Berat Bentang Esok (5/4/18)



PETALING JAYA: Rang undang-undang persendirian untuk mencadangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 dijadualkan dibentang esok.
Usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari Marang itu merupakan urusan nombor 2 dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat esok.

Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah.

Ia mencadangkan hukuman maksimum bawah akta itu dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

Pada masa ini hukuman maksimum yang boleh dikenakan mahkamah syariah adalah 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan.

Pada 29 Mac 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan membuat keputusan untuk tidak membentangkan usul meminda Akta 355 selepas mengambil kira konsensus daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sebelum pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengambil alih dan membentangkan usul itu. (TKO)


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails