Wednesday, April 18, 2018

Wajib Murid Solat Jemaah Di Sekolah, Bukan Langgar Hak Asasi..



BANDAR SERI BEGAWAN – Jika di Malaysia ada pembangkang bantah arahan murid solat jemaah di surau sekolah kerana konon didakwa langgar hak asasi manusia, namun lain halnya di Brunei.

Bersempena peristiwa Israk wal Mikraj yang menyaksikan Rasulullah SAW menerima wahyu solat fardu langsung daripada Allah SWT, Sultan Brunei bertitah agar semua murid menunaikan solat itu berjemaah di surau sekolah.
Sembahyang berjemaah ujar Sultan Hassanal Bolkiah, perlu dikembangkan di semua sekolah harian di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Brunei; serta bukan hanya diadakan di sekolah aliran Arab dan agama sahaja.
Baginda bertitah, pihak sekolah terbabit boleh menggunakan musolla dan mana-mana ruang bersesuaian sebagai mana sekolah Arab dan agama mengamalkan sembahyang berjemaah, sama ada di surau atau di masjid berdekatan.
“Perkara ini sangat bagus untuk ditekankan, bukan hanya bagi para pelajar, malahan semua ibu bapa dan penjaga yang ingin bersembahyang jemaah bersama-sama,” titah tegas Sultan Hassanal Bolkiah dipetik media tempatan.
Baginda menekankan perkara itu pada Majlis Sambutan Israk wal Mikraj Peringkat Negara Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang berlangsung meriah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini kelmarin.
Secara kebetulan pada 11 Mac tahun lalu, Sultan Brunei pernah menzahirkan kekesalan apabila kajian terbaharu mendapati 81 peratus murid di negara kecil kaya minyak tersebut ‘malas’ menunaikan solat fardu lima waktu sehari.


Amali solat jemaah sudah pun diajar di sekolah agama di negara ini kerana ia dianggap perlu, bukan hanya setakat untuk menjadikan pelajar tahu apa itu sembahyang jemaah, tetapi juga istiqamah melakukannya, titah baginda.
Sultan Hassanal Bolkiah pada masa sama, turut menyeru rakyat Brunei untuk meningkatkan azam supaya rajin ke masjid dan surau terdekat bagi merebut ganjaran pahala berjemaah daripada sekadar amal solat secara seorang diri.
“Andainya kita kebetulan tidak mampu melakukannya setiap waktu di masjid atas urusan tertentu, maka sekurang-kurangnya kita perlu ada iltizam untuk melaksanakan bersembahyang jemaah bersama-sama keluarga di rumah.
“Hasil peningkatan sembahyang berjemaah itu, keluarga, sekolah, anak kita akan mendapat berkat, malah negara kita, Brunei juga beroleh berkat sama,” tekan baginda merujuk kepada ideologi negara iaitu Melayu Islam Beraja.
Manakala menyentuh mengenai memakmurkan masjid, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah menyeru agar Jabatan Hal Ehwal Masjid menjadikan setiap masjid di negara ini ‘mesra jemaah’ melalui persekitaran yang bersih dan menarik.
Ini termasuk mengisikannya dengan pelbagai kegiatan berkebajikan seperti ceramah agama, sesi pembacaan kitab secara berhalaqah dan lain-lain lagi yang cukup berkesan untuk meramaikan jemaah kariah masjid sepanjang masa.
“Inilah antara tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Masjid, dibantu jawatankuasa takmir masjid. Laksanakanlah tugas ini dengan sebaik-baiknya, nescaya akan mendapat hasilnya yang lebih baik dengan izin Allah,” titah baginda lagi.
Baginda juga bertitah agar apa-apa yang berkaitan dengan isu masjid diperbaiki dan dipertingkat, seperti pegawai bertugas, penyediaan program dan khasnya isi penyampaian khutbah oleh para khatib pada setiap hari Jumaat.
“Khutbah dan penyampaian adalah nadi bagi agama tetapi jika khutbah dan penyampaian lemah, maka lemahlah nadi itu,” titah baginda yang mahu lebih banyak masjid dibina demi kemudahan umat Islam menunaikan solat.
Sehubungan itu, Dana Pembinaan Masjid ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan pemuliharaan masjid, sambil erat hubungan antara jemaah dan masjid.
Ini kerana pembinaan masjid dan pemuliharaannnya adalah sangat penting, supaya masjid sentiasa tersergam, selamat dan selesa untuk para jemaah beribadat dan memelihara akidah, tekan Sultan Hassanal Bolkiah lagi.
Menyentuh mengenai peristiwa bersejarah Israk wal Mikraj, baginda menasihatkan agar rakyat sentiasa bersyukur atas nikmat dikecapi, antaranya keamanan dan perpaduan sehingga dapat peringati peristiwa itu penuh selesa.
Titah Sultan Brunei, antara yang penting dalam peristiwa itu ialah persinggahan Nabi Muhammad SAW di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin, dengan menjadi imam sembahyang jemaah bersama-sama para nabi yang lain.
“Peristiwa itu tidak syak lagi merujuk betapa pentingnya solat berjemaah itu kepada kita umat Islam,” tegas Sultan Hassanal Bolkiah. Turut berangkat pada majlis itu ialah Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah dan ‘Abdul Malik.
Selain sesi ceramah, sebanyak 16 petak pameran yang disertai oleh pelbagai persatuan belia dari empat buah daerah menampilkan pelbagai aktiviti juga menyerikan lagi majlis sambutan berkenaan. –(IH)
559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat..



4 comments:

Anonymous said...

Solat 5 waktu adalah wajib bagi umat Islam maka puak munafik bangsat dan puak kafir harbi laknatullah tidak berhak menghalang umat Islam dari menunaikan solat.

Pakatan munafik sekular liberal pimpinan parti kafir harbi roket boleh pergi jahanam !

Anonymous said...

Wah terbongkar rahsia pakatan wayang pimpinan sifu evangelis roket dipengaruhi oleh gereja maka kita tidak merasa hairan melihat puak pakatan menentang dan menghina ajaran Islam.

(Quote) KUALA LUMPUR – PAS mencabar pihak gereja menyertai politik tanpa mencabut jubah paderi mereka berikutan kenyataan Rt. Rev. Bernard Paul dan Bishop’s Circular No: BP/2018/014 seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ucapan gereja itu pada zahirnya satu kebenaran, walhal tujuannya adalah kebatilan dan kejahatan seperti yang pernah ditegaskan Imam Ali Abi Talib R.A, malah berkait rapat dengan agenda DAP.

Kata beliau. PAS dapat membaca yang tersirat dalam kenyataan pihak gereja itu iaitu meminggirkan Islam daripada Perlembagaan Negara dan memperkecilkan Raja-raja Melayu yang menjadi Ketua Agama yang dibandingkan seperti kayu-kayu mati.

“Kalau para ulama PAS yang berjubah dan berserban turun ke medan bertanding pilihan raya menjadi calon, maka saya juga mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah paderi yang dipakai itu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikut ulasan lanjut Presiden PAS berhubung kenyataan pihak gereja mengenai PRU14 tersebut:

Parti-parti sekular dilindungi oleh gereja yang meneruskan warisan penjajah itu. Menterjemahkan Islam daripada perkataan ‘religion’ bukannya ‘Al-Din’ mengikut bahasa Al-Quran.(Unquote).

Sumber: mynewshub.cc

Anonymous said...

DAP ANTI-ISLAM.

Bukti:

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.

Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Prof said...

Alhamdulillah...sultan yg mendapat hidayah Allah...rakyat juga sama2 dpt barokah dunia akhirat...Allahuakbar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails