Saturday, April 21, 2018

Zaid Ibrahim Kena Belajar Bagaimana Jadi Barua DAP Dengan AMANAH



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melabelkan DAP sebagai 'parti Cina' selepas setahun menyertai parti itu.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun twitter peribadinya, Zaid mendakwa 'parti Cina' dalam Pakatan Harapan telah mengumumkan dua bakal menteri sementara parti Melayu pula berdiam diri dalam perkara ini.

Kenyataan Zaid itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambi alih pentadbiran kerajaan pusat.
Kekecewaan  Zaid Ibrahim kerana dia tidak disenarai sebagai calon DAP. Zaid silap dan tidak emmahami bagaimana ingin menjadi macai dalam DAP. Dia kena belajar dengan parti AMANAH (PAN), apa sahaja kata DAP mesti angguk dan taat. Untuk memahaminya pembaca boleh baca tulisan lebai yang lalu berkenaan DAP dan Melayu pada artikel "Masuk DAP Memang Tak Jadi Kapir..... Tapi jadi Bodoh"

Aspan Alias
Nasib Zaid Ibrahim sama dengan penulis terkenal Aspan Alias bekas ahli UMNO yang menyertai DAP pada 2012. Pada 19 Jun 2013 (sila baca di sini) Aspan bertindak mengkritik parti DAP kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya. Malah beliau yang juga bekas Veteran Umno Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.


Aspan menyertai DAP bersama Adun Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Aspan menulis dalam blognya memuji PAS. Katanya PAS sahaja yang memberikan ruang kepada orang lain yang menyertainya untuk bertanding. Ahli-ahli PAS sangat berdisipilin serta taat dan tahu mana yang patut dibuat demi untuk sesuatu kerjayaan.

Asapan ada menulis "Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’  Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya."  - 21 Ogos 2014

Dharmala NS
Lebai setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman dalam penulisan Dinsman berkenaan kemasukkan A Samad Said kedalam DAP. "Kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik". 

Sajak A. Samad Said yang lalu sebagai panduan jangan dia meludah tapi ludahan itu terpencik ke muka sendiri. (Sajak ini telah diulas oleh penulis Nordin Ali anda boleh baca di sini)


Sama dengan Dinsman, kemasukkan A. Samad Said bukan orang baru dalam dunia sasterawan dan budayawan berada dalam DAP. Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud (gambar sebelah) meninggal dunia 12 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Beliau mengendalikan blog Warga Prihatin Malaysia (Prima). Apa Pak Dharma buat dalam DAP, dia macam Aspan Alias insan yang dipinggir oleh DAP setalah DAP memeras mereka untuk menarik undi MELAYU.

Melati Rahim
Kita masih ingat lagi gadis Jamila Rahim (lebih dikenali nama pena/samaran Melati Rahim) yang berpurdah masuk parti DAP yang kononnya parti DAP lebih dekat dengan keadilan serta meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang dan teras utama, yang juga merupakan salah satu asas dalam ajaran agama Islam katanya. Mungkin ini juga alasan geng PAN & IKRAM sanggup memperHAMBAkan(pinjam pakai ayat A. Samad Said) diri kepada DAP.
Wanita Islam dikehendaki membatasi diri dengan bukan mahram. Wanita yang memakai purdah pula biasa lebih lagi bertujuan menjaga dirinya daripada bukan mahram. Tapi bila masuk dalam DAP akhirnya DIPERBODOHKAN dengan amalan Islam liberal, yang sebenarnya DAP anti-Islam secara tersembunyi.

Apa terjadi dengan Melati Rahim setelah kejadian berbuka dengan bukan mahram dan makan setalam pula... Setelah kejadiaan "BODOH" ini Melati Rahim sudah macam menghilangkan diri.

A. Samad Said

Awal Ramadan baru-baru ini A. Samad Said telah dipergunakan oleh DAP untuk membela Hannah Yeoh setelah didedahkan gerakan kristianisasi oleh Dr Kamarul Azman Yusoff pensyarah UUM.

Pada majlis sebelum berbuka A. Samad Said diminta mengulas tentang Hannah Yeoh oleh Lim Kit Siang. Kalau anda lihat keadaan A. Samad Said pada masa itu banyak tutup muka dengan tangan yang mengambarkan keadaan di'perbodoh'kan. Ini sesuailah bila dia mahu menyertai DAP dia kata dia hanya mahu jadi hamba DAP sahaja. "Hamba" dalam bahasa klasik Melayu moden ialah diperbodohkan...

A. Samad Said ada menulis...

“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”
“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”
“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”
Hanya mereka yang memahami bahasa tersirat boleh membaca apa yang tersirat dalam hati seseorang yang sudah tersilap langkah.

Dr. Ariffin Omar

Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Dr Ariffin adalah pengasas pergerakan NGO bukan politik, ALIRAN masuk DAP tahun 2011 dan sekarang adalah Naib Presiden DAP setelah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah digugurkan daripada jawatan senator seterusnya keluar DAP kerana wujud banyak penyelewengan dalam organasasi DAP.

Kalau anda melihat kepada pendidikan dan penglibatan Dr. Arifin Omar sudah pasti anda akan dapati dia bukan sebarang orang, tapi malangnya DAP memperbodohkan dia dengan agamanya sendiri walaupun pendidikan sudah sangat tinggi.

Pertubuhan IKRAM
Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat untuk kemajuan Islam.

Betul ke? Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.  Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009. Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama? Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur. Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!
Rekod bacaan lebai setakat ini hanya PAN @ AMANAH sahaja yang boleh jadi macai/barua DAP yang taat. Tapi biasalah perkara ini tidak lama setelah DAP dapat apa yang dikehendaki DAP akan "sembelih" seorang demi seorang pimpinan parti AMANAH untuk dijadikan sajian pemujaan mereka.

Kita tunggu dan lihat...
Hanya Islam sahaja pilihan kita tidak boleh tidak melainkan ISLAM
Sesiapa yang mengenepikan Islam akan menunggu masa untuk "binasa"

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com


 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

Lagu PAS Irama Melayu asli

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails