Tuesday, May 15, 2018

3,600 Orang Guru KAFA Dibuang, Bagi Pastikan Tadbir PH Kukuh.




Bermacam-macam kejadian dan langkah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kedudukan mentadbir negara kukuh. Pengundi dan rakyat memerhatikan dah mula menegur kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Penjawat awam dalam kerajaan sudah mula diberhentikan kerja khususnya kakitangan kontrak. Lebih menyayat hati, kini 3,600 orang guru yang mengajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sudah dibuang di Kelantan
Seorang bekas guru KAFA dalam satu mesej yang sedang tular di Whatsapp berkata pada mulanya sebelum PRU14, beliau tidak percaya bahawa PH akan bertindak buang kakitangan awam tapi sangkaannya itu meleset.
“Dulu saya tidak percaya mereka hendak buang kakitangan awam. Kini saya menyesal sama sekali. Tidak sangka saranan Penang Institute itu benar benar berlaku.
“Bukan hanya 500 orang yang kena buang di Putrajaya, di Kelantan ramai lagi yang kena. Guru guru Kafa turut jadi mangsa.
Apalah dosa mereka? Mereka hanya mengajar anak anak mengaji Al Quran, tajwid dan menceritakan kisah kisah nabi dan agama. Hari ini, bila kerajaan baru PH naik mereka juga kena buang juga,” katanya yang enggan namanya didedahkan.
Menurut beliau, Balai Raya di kampung sudah dikunci. Difahamkan wanita yang ada di kampung dan buat pinjaman dengan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga turut terkesan kerana mereka sudah tidak boleh meminjam seperti dahulu.
“Dulu masa kempen pilihanraya kata hendak buang Najib sahaja, tetapi sekarang kenapa guru yang ajar agama turut dibuang sama? Kenapa pemandu, kerani dan staff yang tidak berdosa turut jadi mangsa?
“Esok ramai kanak kanak kecil ini mencari ke mana guru mereka? Kenapa tiba tiba guru agama yang mengajar mereka tiada? Kenapa jadi begitu?
“Kanak kanak ini tidak faham pun pasal politik, mereka hanya hendak belajar agama sahaja. Esok siapa lagi akan kena buang? Semua ini dibuang kerana hendak berjimat kononnya,” katanya.
Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan PH yang dipimpin Mahathir bukan kelihatan seperti satu langkah penjimatan tapi lebih kepada perbuatan membalas dendam.
“Berjimat seperti cadangan yang dibuat oleh DAP? Berjimat atau balas dendam? Yang jadi mangsa adalah Ustaz dan Ustazah Kafa.
“Anak anak murid kami akan berdoa siang dan malam agar kezaliman ini dihentikan. Majlis Raja Raja kena campur. Tolonglah. Ramai yang kena ini orang Melayu dan Islam. Kasihanilah kami. Apalah dosa kami.
“Dua hari lagi kami hendak berpuasa. Bagaimanalah Hari Raya kami kali ini. Raya yang suram, tidak mengapa Allah ada. Moga Allah memberi keadilan yang saksama kepada mereka di akhirat nanti,” katanya.
Jelas tindakan PH ketika ini adalah untuk menempatkan orang-orang mereka di segenap lapisan pentadbiran daripada yang tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi untuk memastikan ia kekal kukuh. Mahathir bimbang ancaman akan datang dari mana-mana lapisan yang akan memulakan kebangkitan rakyat seterusnya mencuba untuk menjatuhkannya. (PRU14TV)

3 comments:

Anonymous said...

Orang-orang yang menyokong dan mengundi pakatan akan mendapat dosa besar setiap kali pakatan menindas atau menzalimi umat Islam atau menghina atau menafikan ajaran Islam.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

" Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) "(Surah Ibrahim 42-43).

Anonymous said...

nak tunggu si pukimak admin di tangkap.. semoga puasa di lokap hari raya di penjara

Anonymous said...

Buang saja salakan anjing jahiliah itu tuan admin. 10 jong masuk, anjing bercawat ekor. shit!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails