KERAJAAN baharu Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan tanda-tanda sedang panik kerana janji menggunung yang ditawarkan sebelum menang pilihan raya lalu.
Kerajaan seolah-olah baru menyedari ketiadaan hasil daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyukarkan pelaksanaan program yang dijanjikan.
Tahap panik ini mungkin tidak seteruk mana, dan tidak sepatutnya kita memperbesarkan dakwaan seperti ini, seperti mana PH memperbesarkan tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Tetapi daripada apa yang diucapkan oleh pemimpin kerajaan dan laporan-laporan media, ada banyak tanda kerajaan sedang bertungkus-lumus mencari jalan mencukupkan kewangan negara selepas GST yang menjadi penyumbang besar disifarkan bermula Jun.
Tanda-tanda keyakinan terhakis terhadap kerajaan baru sudah dapat dilihat apabila ramai pelabur lari dan menarik keluar modal mereka.
Ini satu tanda yang besar, kerana ia tidak berlaku semasa zaman Najib, sepanjang beliau dikatakan menjual kedaulatan negara, membawa negara menuju kebankrapan dan sebagainya.
Tanda-tanda pelabur hilang keyakinan ini berlaku selepas kerajaan baru berkuasa. Jangan kita lupa, misi kerajaan baru ini ialah “selamatkan Malaysia.”
Jadi apa sebenarnya yang diselamatkan sekarang ini? Ekonomi diakui dalam keadaan baik, berkembang dan dengan fundamental yang kukuh.
Nampaknya kena ada pula pihak yang terpaksa selamatkan kerajaan yang mahu selamatkan Malaysia ini.
Tempoh hari, ada berita tentang penyenaraian salah satu syarikat Petronas, yang dipercayai bertujuan menambah pendapatan.
Sebelum itu, puluhan ribu ditamatkan perkhidmatan, kerana mahu mengurangkan pembayaran gaji daripada wang negara.
Yang paling sedikit tapi paling besar gimiknya ialah pemotongan gaji sebanyak 10 peratus di kalangan menteri.
Pendapatan yang perlu ditampung dari ketiadaan hasil GST melebihi RM40 bilion, bukan satu jumlah yang kecil yang boleh ditampung dengan mengurangkan kos di sana sini.
Hasil pendapatan yang besar perlu ditampung dengan hasil pendapatan lain yang setara, dan penjimatan perbelanjaan bukan caranya.
Sekarang macam mana pula penurunan harga minyak petrol hendak dilaksanakan? Bagaimana pula dengan tol yang janji hendak dimansuhkan itu?
Jawablah dengan fakta, jangan kerahkan pula penulis cerpen upahan untuk membuat orang menangis di bucu katil dan terus lupa daripada menuntut janji manifesto PH. – Mynewshub.cc
14 comments:
dr artikel ni dapat disimpulkan;
1. Ibnu Hasyim sokong GST
2. PAS pun sokong GST. Sama dgn UMNO.
3. penulis kata sumber kepada k'jaan adalah GST. Bodo ke apa. GST tu duit rakyat. Knp Ibnu Hasyim suka amik duit rakyat ke. Kalau tk suke, jgn post artikel org. tk syok.
4. Klu klh jgn frust sgt, smpai bau pun nk jadi umngok dh.
Wah cybertrooper pakatan 4:38 PM masih lagi mencipta fitnah @ dakwaan karut tanpa bukti untuk menfitnah dan memburuk-burukkan tuan Ibnuhasyim dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan pakatan dan kegagalan pakatan menunaikan pelbagai janji dalam manifesto pakatan.
Nampaknya cybertrooper @ barua ternakan pakatan begitu terdesak mahu mahu menutup bangkai gajah dengan nyiru untuk menipu rakyat!
Woi cybertrooper @ barua pakatan , mana semua janji-jani (kencing?) manis pakatan ? Adakah pemimpin-pemimpin pakatan mengidap penyakit nyanyuk @ berpura-pura mudah lupa ?
Rakyat akan menggulingkan pakatan dalam PRU15 kerana kerajaan pakatan suka sembang mau lebat, habuk pun tarak !
Insaflah tuan ibnu..skmm sentiasa perhati tuan ibnu..
Wah kerajaan pakatan mahu memansuhkan RUU anti-berita palsu ! Apakah jenis kerajaan yang tidak boleh hidup tanpa berita palsu?
Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.. Sumber: ismaweb
Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan menentang RUU anti-berita palsu supaya cybertrooper @ barua ternakan pakatan dan pemimpin mereka boleh menjaja fitnah dengan bebas untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam sejak dari sebelum PRU14 hingga sekarang kerana tindakan mereka selari dengan usaha menghapuskan RUU anti-berita palsu.
Bahkan dajal , syaitan dan iblis pun turut membenci RUU anti-berita palsu.
Salam...'PH memperbesarkan tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak'....So Ibnu Hasyim anggap salah guna dana berbillion2 duit negara perkara kecil??Siapa Ibnu hasyim ni? pejuang agama ke?atau blogger sampah .
tard manofik adalah cybertrooper pakatan yang sentiasa sibuk menjaja fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama dan perjuangan Islam dan penyokong-penyokong perjuangan Islam.
Sekarang barua bangsat ini cuba menggunakan kaedah mafia untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran.
Selama ini pemimpin-pemimpin pakatan mendakwa konon mereka memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi tindakan tard manofik bebas menulis dan menyebarkan fitnah dan membuat ugutan untuk menghapuskan kebenaran jelas membuktikan pakatan ini cakap tidak serupa bikin.
Sebenarnya cybertrooper @ barua 5:37 PM ternakan pakatan adalah sampah kerana dia menafikan PH memperbesarkan tuduhan terhadap bekas PM sedangkan kerajaan pakatan sendiri mendakwa konon kerajaan BN berhutang RM1 trillion tetapi akhirnya LGE berterus terang mengenai hutang rasmi Kerajaan Persekutuan yang berkadar 50.8 peratus dan bukan 65 peratus atau RM1 trilion seperti dakwaan sebelum ini.
Bukankah tindakan pemimpin kerajaan pakatan membuat dakwaan palsu konon hutang kerajaan BN berjumlah RM1 trillion bererti sebilangan pemimpin kerajaan pakatan telah berbohong kepada rakyat semata-mata kerana mahu memperbesarkan tuduhan terhadap kerajaan Najib dan mengelakkan kerajaan pakatan dari menunaikan manifesto pakatan ?
Nampaknya barua-barua pakatan meletakkan otak mereka pada lutut.
Anon 5:37 PM telah membuat kesimpulan yang salah yang bertujuan untuk menfitnah tuan ibnuhasyim. Nampaknya barua ini buta huruf membuat kesimpulan berdasarkan tajuk artikel sahaja!
Secara jujurnya aku yakin cybertrooper dedak pakatan 7:47 PM adalah pesakit mental yang sedang mabuk todi kerana dia menulis komen yang tidak masuk akal manusia normal.
Anon 4.38
Harga barang meningkat mahal bukanlah kerana semata mata faktor sst dan gst. Kedua duanya adalah cukai. Kedua duanya boleh dinaikkan beban atau dikurangkan beban kpd rakyat hanya dengan mengubah faktor variable nya ie percentage cukai. Cuma gst kutipan yang dibuat adalah lebih sistematik dan offcoz peniaga tak suka. Yg membuat harga barang mahal ialah faktor2 makro dalam struktur ekonomi keseluruhan ie gdp output, suppply n demand, inflation, interest, nilai matawang dlln. Ketirisan melampau juga merupakan salah satu faktor kerana boleh membawa kpd inflasi disebabkan non-productive money yg berlebihan dalam pasaran.
P/s: Dengan kata lain isu gst ni impaknya lebih subtance untuk politik popular drpd kesannya kepada rakyat. Saya setuju dgn mechanism gst yg efficient. Tapi tidak bersetuju dgn peratus 6% yg dikenakan
Memang betul untuk ph salahkan tindakan najib dan team besarnya yg rasuah tahap sakai. Tapi mechanism yg diambil untuk rectify adalah bukannya dgn cara menjual saham petronas (ura2 yg kita dgr). Klu begitu apa bezanya dgn tindakan najib yg menjual saham proton untuk selesaikan masalah? Tindakan terus mengosongkan rate gst secara tergesa gesa juga nampak pincang. Snb untuk barang2 sedia ada yang tiada cukai sst dipasaran kerajaan telah telah rugi disitu. Sepatutnya kerajaan turunkan sikit kadar gst agar sekurang2nya net effectnya akan lebih kurang sama dgn kutipan sst yg dapat dipungut kerajaan.
Salahkan najib satu perkara. Nak memperbaiki pula satu perkara lain. Jgn kita hendak perbaiki tapi dgn mencari jalan singkat seperti kerajaan dulu dgn menjual khazanah negara...maka lompangnya akan tambah buruk. Memang dapat duit segera utk selesaikan sebahgian drpd masalah sedia ada. Tapi income yg akan hilang drpd situ adalah selamanya
Apa YB pas Dan beat seal Menantu dikelantan dan men's wan Trengganu Sedaka 10/5/18 yang lala.kenapa tak Ada news langsung .
Salam 5.54 . Aku ni bukan cybertrooper sesiapapun & x siapapun upah aku. Macam biasa dengan aje perkataan 'Barua' tu. Belajar dari guru mana tu? Tak pe laa. Aku maafkan engkau semoga kita sama2 menjadi insan yang baik.
Post a Comment