Keyakinan pasukan TRW memperoleh tiga mata ditambah dengan kehadiran seorang lagi pemain import di bahagian pertahanan dari Tunisia Alaeddine Bouslimi.
SUKAN
KOTA BHARU: Beraksi pada bulan Ramadan bukan penghalang bagi pasukan Kelantan yang dibarisi pemain muda untuk sekali lagi mencatat kemenangan ke atas Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selasa ini.
Pemain tengah skuad The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat,19, berkata kebanyakan rakan pasukannya akan menghadapi pengalaman pertama beraksi ketika bulan puasa, namun mereka yakin mampu memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.
"Kami mahu mengulangi kemenangan 4-2 ke atas pasukan Kuala Lumpur di Kota Bharu pada perlawanan dua minggu lepas berikutan rata-rata pemain berjaya meningkatkan prestasi permainan masing-masing, " katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Nik Akif Syahiran berkata keyakinan pasukannya memperoleh tiga mata ditambah dengan kehadiran seorang lagi pemain import di bahagian pertahanan dari Tunisia Alaeddine Bouslimi.
"Sekarang pasukan TRW mempunyai pemain import baharu, Alaeddine Bouslimi yang akan berganding dengan Cassio Francisco (Brazil) bagi mengekang asakan daripada pihak lawan," katanya.
Sementara itu, Nik Akif Syahiran berkata persiapan untuk perlawanan tersebut sedikit meletihkan berbanding persediaan pada bulan biasa.
"Pemakanan dan rehat tidak seperti biasa, kami kena jaga makan ketika berbuka puasa bagi mengelak menghadapi masalah ketika latihan yang bermula pada 10 malam," katanya.
Penjaga gol TRW Mohammad Fikri Che Soh yang juga beraksi buat kali pertama pada bulan puasa, berharap rakan sepasukannya mampu melakukan terbaik untuk menang pada perlawanan tersebut.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment