Tuesday, May 15, 2018

Ambiga Jadi Peguam Negara -Cadangan Majlis Peguam




PETALING JAYA – Majlis Peguam mencadangkan bekas presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dipertimbangkan untuk jawatan peguam negara.
Presidennya, George Varughese berkata Ambiga akan bebas daripada tekanan politik dan turut mendapat kepercayaan orang awam serta peguam.
Katanya, peguam negara adalah penasihat utama undang-undang bagi kerajaan dan adalah penting perdana menteri memilih seseorang yang kompeten.
“Dalam pelantikan peguam negara baru, faktor seperti kaum, agama dan jantina tidak harus mempengaruhi proses pemilihan itu,” katanya menjawab soalan FMT sama ada Majlis Peguam mempunyai calon untuk jawatan itu.
Semalam, Varughese berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melantik individu berasingan sebagai peguam negara dan pendakwa raya untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Buat masa ini, peguam negara adalah penasihat utama undang-undang untuk kerajaan dan juga pendakwa raya.
PH menerusi manifestonya berjanji akan mengasingkan tanggungjawab peguam negara daripada pendakwa raya.
PH juga berjanji akan melantik peguam negara dalam kalangan ahli Parlimen yang layak dan akan menjadi menteri yang berperanan sebagai penasihat undang-undang untuk kerajaan.
Sementara itu, pendakwa raya akan dilantik daripada kalangan mereka yang bebas daripada sebarang kepentingan politik, dengan autonomi dalam melakukan pendakwaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di bawah tekanan untuk meletak jawatan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwanya menyembunyikan bukti berkaitan dakwaan salah laku 1MDB.
Kontrak 3 tahunnya yang bakal tamat pada 27 Julai ini, bagaimanapun dilanjutkan 3 tahun lagi oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum Rabu lalu. – Fmt

1 comment:

Anonymous said...

banyak lagi nama lain yang elok untuk jawatan tu
bnayak benda kena tengok hati hati jangan smapai
terlondeh nanti
pru15 kami tukar kerajaan kalau banyak ynag gelong
awas pakatan jangan ikut jejak langkah setan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails