Wednesday, May 02, 2018

Anak Pemandu Bas Muslim Dilantik Jadi Menteri UK

Anak Pemandu Bas Muslim Dilantik Jadi Menteri UK


Di sebalik gerakan anti-Islam dan penularan Islamophobia, Britain melakar sejarah apabila melantik seorang Muslim dari benua Asia yang pertama sebagai anggota jemaah Kabinet kelmarin.

Media tempatan melaporkan, Perdana Menteri Britain, Theresa May mula melantik Sajid Javid iaitu anak lelaki kepada seorang pemandu bas berketurunan Pakistan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu pada 30 April lalu.
Ia berikutan peletakan jawatan Amber Augusta Rudd, seorang menteri wanita yang berkhidmat hanya dua tahun, sekali gus menyaksikan Javid kemudian diumum pula sebagai pengganti dalam satu rombakan kecil Kabinet Britain.
Menurut laporan media, bapa Javid tiba di Britain pada 1961 lalu dengan cuma ada wang £1 dalam kocek seluarnya. Javid, yang memiliki lima adik-beradik; dilahirkan di Littleborough, Lincolnshire di barat daya England pada 1969.
Kerjaya beliau meningkat pantas selepas kali pertama menjadi ahli parlimen Bromsgrove pada 2010 apabila dilantik sebagai Setiausaha Ekonomi di Pejabat Perbendaharaan ketika era pentadbiran perdana menteri, David Cameron.
 SAJID JAVID BERSAMA ISTERI DAN EMPAT ANAKNYA. – GAMBAR HIASAN
Majalah antarabangsa terkenal Forbes edisi Julai 2014 menyamakan karier politik Javid seperti gaya bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama dan meramalkan bakal menjadi perdana menteri Britain pada masa depan.
Pelantikan Javid mencipta sejarah parti pemerintah Konservatif dalam tempoh 48 tahun dan May ketika mengulas isu itu menyatakan tokoh perbankan tersebut dipilih kerana prestasi rekod pengalaman cemerlang dalam Kabinet.
Javid pernah bertugas dalam pelbagai firma perbankan ternama di AS, Afrika Selatan dan Singapura sebelum sertai politik sepenuh masa pada 2009; meskipun ketika itu gaji tahunannya agak lumayan iaitu £3 juta (RM16 juta).
Berita tersebut menggemparkan bukan sahaja Britain malah dunia Barat kerana menggambarkan keterbukaan dasar May terhadap pengaruh komuniti Islam, agama kedua terbesar di negara Eropah itu. (IH)


Lihat juga.. 

E-Buku IH-118: 
Siri Politik Islam Masakini 
-Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Reply

Anonymous said...

Wah hebat anak pemandu bas Muslim di UK menjadi menteri UK. Pencapaian yang amat membanggakan.

Malanglah sebilangan pemimpin Melayu sekular liberal pula menjadi keldai tunggangan sifu evangelis roket di negara kita. Kemunduran yang amat membangangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails