▼
Friday, May 18, 2018
Anwar Perlu Jalani Prosedur Betul. Mengapa Layan Istimewa? -Siti Kasim
Petaling Jaya: Peguam Siti Kasim mempertikaikan “layanan istimewa” yang dinikmati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mendapatkan Pengampunan DiRaja yang menurut Siti Kasim, hanya kerana beliau mahu menjadi ahli politik.
Siti Kasim berkata, “Saya bersependapat dengan mantan hakim yang mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim perlu diberi layanan istimewa dalam mendapat Pengampunan DiRaja.”
“Hanya kerana dia mahu menjadi seorang ahli politik? Bagaimana dengan mereka yang sedang menunggu hukuman mati? Penjara seumur hidup? Sebagai seorang peguam, saya amat merasakan bahawa semua ini adalah salah.”
Aktivis peguam yang lantang bersuara itu berpendapat bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya menjalani prosedur yang betul dan mengikut undang-undang.
“Saya percaya beliau perlu menjalani prosedur yang betul. Saya bukanlah menentang pengampunan beliau sekiranya itu benar-benar berpatutan tetapi ia haruslah menerusi prosedur yang sepatutnya dan mengikut undang-undang.”
“PRU 14 ini bukanlah mengenai Anwar Ibrahim. Ia mula kelihatan seperti itu,” katanya lagi. (Menara)
makcik siti.... p belajar ngaji lah dulu.. udah2lah tu menyampuk hal org
ReplyDeleteselesaikan hal diri sendiri tu dulu
Entah susah nak ckp mngenai perkara ini, byk persoalan yg tidak terjawab, adakah suatu masa nnt bila najib join ph dia akan diberi pengapunan yg sama sekiranya dia bersalah, adakah badan kehakiman kita terlalu teruk dgn mudah dimanipulasi org2 tertentu, yg paling akhir adakah kes ini akan dibuka semula dan pndakwaan keatas saiful akan dilakukan, samakin difikir samakin tiada jawapan
ReplyDelete