Monday, May 21, 2018

Apabila Kita Berada Di Atas, Semua Orang Sanjung, Tetapi.. -Rosmah Mansur.


Kini saya boleh tidur lena - Rosmah

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena, biarpun beberapa rakan berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya, Datuk Seri Najib Razak, memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Rosmah, dalam temu bual khas bersama akhbar Malay Mail semalam, berkata beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya.

"Perkara ini normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.

"Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan," katanya.

Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah berkata fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya, namun berharap kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.

"Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengan keadaan sebegini.

"Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik," kata Rosmah yang ditemani peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan M Puravalen, serta beberapa kenalan rapatnya.

Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan beliau kini lebih bebas melakukan apa saja, termasuk tidur lebih lena.

"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.
"Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka," katanya.

Rosmah berharap, siasatan dan pemeriksaan polis di rumahnya dapat berakhir dengan cepat, selain meminta polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warga negara Malaysia.

"Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.
"Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati," katanya. (BH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails