Tuesday, May 29, 2018

'Bas Perpustakaan' Di Afghan, Kanak-kanak Dilatih Membuka Aurat Sejak Kecil Begini?



Gambar di atas, 'Bas Perpustakaan'.

KABUL, 12 Ramadan 1439H, Isnin – Graduan Universiti Oxford, England menjadi individu pertama di Afghanistan yang mewujudkan perpustakaan bergerak menggunakan sebuah bas di sekitar Kabul. 

Graduan Sarjana Kepolisan Awam, Freshta Karim, 25, bertekad mewujudkan perpustakaan itu bagi membantu kanak-kanak di Afghanistan membaca buku kegemaran mereka.

Freshta yang juga pelarian Afghanistan berkata, idea mewujudkan perpustakaan itu tercetus berikutan pengalaman sewaktu kecil beliau yang tidak berpeluang berkunjung ke perpustakaan. Keadaan tidak selamat seperti struktur bangunan yang musnah menyebabkan kehidupan kanak-kanaknya tidak seindah remaja di negara lain.

“Semasa saya kecil, saya tidak berpeluang untuk berkunjung ke perpustakaan dan membaca buku yang diinginkan. Ia adalah perasaan yang cukup memilukan kerana saya sedar, hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan sukar dan kemiskinan seseorang.
“Atas sebab itu, saya wujudkan perpustakaan bergerak untuk membantu anak-anak ini mengenal huruf, seterusnya berfikir secara kritikal mengenai tanggungjawab mereka dalam hidup ini,” katanya.


Bas bernama Charmaghz yang bererti walnut dalam bahasa Dari itu dilengkapi dengan rak buku, meja dan kerusi untuk kanak-kanak membaca secara santai. Charmaghz dimanfaatkan kira-kira 300 kanak-kanak Afghanistan setiap hari.

Kewujudan Charmaghz merupakan satu usaha murni untuk membantu penduduk Afghanistan yang merupakan antara negara mempunyai kadar buta huruf yang tinggi. Kenderaan yang disewa dari sebuah syarikat bas milik kerajaan itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan melalui jalan utama dan kawasan yang disasarkan militan di Kabul.

Bas berkenaan akan melalui jalan yang selamat bagi memastikan kanak-kanak dapat membaca dan bermain catur tanpa sebarang ancaman.- Agensi

Wanita Afghanistan menutup aurat.
Bildergalerie Afghanistan vor Taliban
Konon sudah moden, kerana meninggalkan menutup aurat?
Hasil carian imej untuk wanita afghhnistan bertinju
Wanita Afghan diajar bertinju pula.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara yang terkenal wanitanya menutup aurat, kanak-kanaknya dilatih membuka aurat melalui kegiatan-kegiatan begini. Suatu bentuk penjajahan fikiran ke arah memisah Islam dari penganutnya.

1 comment:

Anonymous said...

KONSPIRASI YAHUDI ZIONIS-KRISTIAN

Memusnahkan Afghanistan yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan menyesatkan dan memurtadkan umat Islam Afghanistan adalah rancangan yahudi zionis yang mengorbankan pengganas-pengganas kristian dari Amerika dan Eropah untuk mencapai cita-cita jahat yahudi zionis tersebut.

Pengganas-pengganas kristian dari amerika dan eropah telah mencipta alasan konon Afghanistan terlibat dalam Peristiwa 9-11 yang didalangi sendiri oleh yahudi zionis untuk menyerang dan memusnahkan Afghanistan dan membunuh rakyat Afghanistan secara beramai-ramai tanpa belas kasihan.

Akibatnya Afghanistan musnah dan rakyatnya menjadi miskin atau papa kerana harta benda mereka dan ladang mereka telah dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Kristian.

Dan peluang ini diambil oleh puak pendakwah kristian untuk memberi bantuan kemanusiaan (yang disumbangkan oleh umat Islam dan puak kafir) kepada umat Islam dengan syarat umat Islam menerima agama kristian atau menghantar anak ke sekolah mubaligh kristian dll. Contoh:

Pada 5 Ogos 2001, 24 pekerja NGO Shelter Now International telah ditangkap kerana didakwa berusaha memurtadkan umat Islam.

Dalam bulan Mei 2009, kumpulan-kumpulan pendakwah kristian telah menerbitkan Bible dalam bahasa Pashtun dan bahasa Dari untuk memurtad umat Islam Afghanistan.

Dalam bulan Jun 2010, Noorin TV telah mendedahkan pertubuhan bantuan kemanusiaan Norwegian Church Aid dan Church World Service teah memurtadkan sebilangan umat Islam.

Sebagai contoh, pada 9hb Ogos 2010 dua pendakwah Kristian yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan telah ditangkap dan dihalau keluar dari Afghanistan kerana mereka melakukan program dakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam di kawasan barat Herat.

Maka kita melihat suatu kerjasama wujud di antara puak-puak kafir untuk memusnahkan negara umat Islam dan menyesatkan dan memurtad umat Islam di Afghanistan.

Kesimpulan:

Semua bantuan kemanusiaan yang didermakan oleh umat Islam mestilah disalurkan terus kepada pertubuhan bantuan kemanusiaan Islam untuk diagihkan kepada umat Islam Afghanistan, Syria, Yaman dll supaya pendakwah Kristian tidak boleh menggunakan bantuan umat Islam untuk kepentingan pendakwah kristian.

Kita umat Islam wajib menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails