Ingat lagikah 'jambatan bengkok' impian Tun M yang gagal..
Kerajaan rugi dalam jumlah yang besar sekiranya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, katanya, kerajaan sedang mempertimbangkan cara bagi mengurangkan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura sekiranya projek itu akhirnya dibatalkan.
"Syarat dan perjanjian untuk HSR adalah antaranya jika kita membatalkan projek itu, kita perlu membayar pampasan yang tinggi. Kita sudah ada perjanjian dengan Singapura. Sekiranya kita langgar perjanjian itu, kita perlu bayar dalam jumlah yang besar," kata Dr Mahathir dipetik The Edge.
Projek HSR yang bernilai RM100 bilion merupakan salah satu projek mega di bawah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang diteliti semula oleh kerajaan.
Satu lagi projek mega lain yang sedang diteliti adalah projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Dr Mahathir berkata, tindakan Najib untuk melaksanakan dua projek mega serentak adalah langkah yang 'gila'.
"Dia macam tak fikir bagaimana kita akan bayar semua projek ini.
"Dia tahu ECRL, misalnya, adalah sesuatu yang kita tidak mampu. Ia tidak akan memberi banyak manfaat. Ia tidak akan memberi pulangan. Tapi dia teruskan juga dan buat keputusan untuk bina," kata Dr Mahathir.
Perdana menteri berkata kontrak ECRL 'pelik' kerana Malaysia perlu mendanai projek dengan meminjam dari China dan dalam masa sama mengupah kontraktor dari negara itu.
Meskipun ECRL mempunyai kemungkinan akan dibatalkan, pentadbiran kerajaan di bawah Dr Mahathir dilihat tidak menjarakkan diri daripada China.
South China Morning Post melaporkan memo dalaman daripada dr Mahathir kepada Setiausaha Menteri Luar Datuk Ramlan Ibrahim berkata "hubungan rapat kita dengan China akan terus berkembang".
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek jambatan bengkok di zaman Tun M jadi PM meneraju BN dulu, akan berulang jika projek HSR ini dibatalkan.
Nampaknya bekas PM BN Najib sebelum ini, lebih yakin mampu masih meneruskan pembangunan negara, sedangkan Tun M PM PH sekarang, sudah tidak 'yakin boleh' lagi.
Atau ada rahsia lain disebalik pembatalan HSR?
2 comments:
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek jambatan bengkok di zaman Tun M jadi PM meneraju BN dulu, akan berulang jika projek HSR ini dibatalkan.
Nampaknya bekas PM BN Najib sebelum ini, lebih yakin mampu masih meneruskan pembangunan negara, sedangkan Tun M PM PH sekarang, sudah tidak 'yakin boleh' lagi.
Atau ada rahsia lain disebalik pembatalan HSR?
Ana Tahu! Ana Tahu! Ana Tahu!!! Ente sdg keliru ibnu! Dipersimpangan dan terdesak. Pilihlah jalan yg lurus, bukan belok belok , apa lagi berbelit belit!
1. Jambatan bengkok Tun M dah design pun, tinggal buat je! Pak Lah diTIDORkan oleh menantu di tingkat 4! Bukan Tun M yg batalkan. Tun M bagi dgn ekonomi kukuh!
2. Keyakinan DSNR @ MO1 hanya ``FAKE-confidention`` - keyakinan yg menipu rakyat! PALSU!!!
3. 1 X lagi! ente keliru. saaaaangat(x5) jelas ente tak faham teks yg ente c/p je pon!
dah ahhhh..... boring dgn org KELIRU NI!.......
Damage yg di buat bn dah terlalu teruk. Sbb itulah diorang kena pulangkan balik hasil rompakan
Post a Comment