Oleh: KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak, semua pihak berganding bahu bagi membina dan membangunkan negeri Terengganu.
Justeru, katanya peranan pembuat dasar, pelaksana strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan negeri dan seluruh jentera kerajaan serta rakyat adalah sama penting.
“Bekerjalah bersama kami dan bukan hanya bekerja untuk kami. Matlamat kita adalah besar, membawa agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera.
“Ucapan ringkas ini, saya berpesan pada diri saya dan semua yang hadir bahawa kitalah sebenarnya yang menggalas tanggungjawab untuk membawa negeri Terengganu ke era baharu, menuju kenyataan iaitu ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’.
“Prinsip dan dasarnya menjadikan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, ilmu, akhlak dan inovasi sebagai asas membinapelan induk negeri ke arah yang cemerlang dan menjadi negeri contoh,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya selepas mula masuk ke pejabat Menteri Besar dan solat hajat kesyukuran di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini.
Dr Ahmad Samsuri turut menghuraikan matlamat kerajaan PAS Terengganu, mahu negeri ini menjadi maju, berkat dan sejahtera.
“Kita mempunyai sasaran untuk menjadikan negeri Terengganu yang kita cintai ini sebagai pertama, Terengganu koridor pelancongan Islam antarabangsa. Kedua, Hub Pendidikan Islam antarabangsa. Ketiga, Hub industri produk dan makanan laut serantau.
“Keempat, hub industri batik dunia. Kelima, hab industri pembangunan dan pembaik-pulih kapal negara. Keenam, Hub pembangunan sumber manusia bagi industri minyak dan gas.
“Ketujuh, Hub industri galian negara. Kelapan, Hub industri pembekal air. Kesembilan, pembangunan bersepadu dengan jaringan LPT2, ECER, ECRL dan lain-lain.
“Ke-10, pemerkasaan pertanian dan asas tani menerusi Rantaian Nilai Lengkap (complete value chains),” jelasnya.
Presiden PAS yang juga mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengimamkan solat hajat itu bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri dan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.
Hadir sama pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Dato’ Husain Awang dan ramai lagi.
PAS Terengganu kembali semula ke Wisma Darul Iman buat kali ketiganya setelah memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu. –HARAKAHDAILY 14/5/2018
busuk nye hati perut kau!
ReplyDeleteKomen anon 11:56 am jelas menunjukkan anon ini adalah bodoh berganda-ganda. Mungkin kepalanya terhempas ke lantai di waktu dia dilahirkan menyebabkan otaknya terencat.
ReplyDeleteFakta:
PAS sebagai kerajaan negeri tidak berkuasa untuk melaksanakan Hudud kerana kuasa kerajaan negeri adalah sangat terhad.
Hanya kerajaan persekutuan sebagai pembuat dasar mempunyai kuasa untuk melaksanakan Hudud.
Persoalannya ialah adakah kerajaan persekutuan yang terdiri dari Bersatu, PKR, DAP dan PAN mahu melaksanakan Hudud?
Anon 12.56.........jangan susah hati ye.
ReplyDeleteHUDUD pasti boleh dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.
Sudah pasti Tun Mahadir tidak akan menghalang niat suci kerjaan PAS
mahu melaksanakan Hudud di Terengganu dan Kelantan.
Tunggu sahajalah bila Tun sudah selesai menjalankan kerjanya yang rumit untuk menyelamatkan ekonomi negara di samping menyiasat kes penyelewengna 1MDB.
Masanya takkan lama kerana dia dah lantik orang-orang yang berkalibar untuk buat kerja, bukan hanya retorik-retorik kosong bekerja ikut landasan Quran.
Sabarrrr.....takkan lari gunung dikejar.
minah tulis komen yang mengadungi pelbagai dakwaan karut tanpa sebarang fakta atau bukti.
ReplyDeleteBahkan minah takut nak jawab soalan 12:56 pm. Cukup-cukuplah minah bersikap hipokrit.