Saturday, May 26, 2018

Benarkan Anwar, Anak-Anak Naik Jet Kerajaan. Tegur Peguam PPBM Kepada TPM.



KUALA LUMPUR – Peguam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamed Haniff Khatri menasihati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar tidak lagi membenarkan ahli keluarganya mengunakan jet milik kerajaan.
Beliau melalui satu catatan di Facebook petang semalam berkata, tindakan Wan Azizah itu disifatkan sebagai salah guna harta kerajaan bagi tujuan peribadi.
“Nasihat terdahulu kepada Rosmah Mansor di harap tidak perlu diulangi kepada pasangan pemimpin kerajaan baru.
“Sekiranya tidak, wahai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah salah guna harta kerajaan bagi tujuan peribadi,” jelasnya yang turut memuatnaik kenyataan beliau sebelum ini berhubung desakan yang sama terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Mohamed Haniff lagi isu yang dibangkitkan adalah mudah dan ianya selari dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
“Semudah itu saja isunya !! Sejak 24.05.2018 telah tertular berita di media massa berkaitan lawatan Timbalan Perdana Menteri WAN AZIZAH bersama dengan suami dan anak-anaknya menghadap bonda Agong di Kota Bharu, dengan menaiki kapalterbang kerajaan, seperti yang dapat dilihat dalam gambar-gambar di Ruang Kanan Atas dan Bawah.
“Saya juga ambil maklum satu laporan terkini di Astro Awani 25.05.2018 bertajuk “Guna jet kerajaan atas jemputan rasmi Istana – Nurul Izzah”, di mana dilaporkan Nurul Izzah mengesahkan penggunaan jet kerajaan atas jemputan rasmi Istana buat mereka sekeluarga.
“Namun, saya sesungguhnya percaya ianya adalah selari dengan perjuangan rakyat yang telah membawa kepada perubahan terkini dalam lanskap politik negara, agar pemimpin kerajaan tidak sama sekali tertempias dengan alegasi salahguna kuasa seperti era Kerajaan Najib Razak,” jelasnya lagi.
Mohamed Haniff turut menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak-anaknya membayar semula kos perbelanjaan bagi penggunaan jet tersebut kepada kerajaan.
“Justeru, adalah dengan penuh hormat saya katakan bahawa Timbalan Perdana Menteri tidak seharusnya membenarkan penggunaan kapalterbang Kerajaan untuk turut membawa suami dan anak-anaknya, jikapun atas urusan rasmi, ataupun sekurang-kurangnya kos perbelanjaan suami dan anak-anaknya hendaklah dipampaskan semula kepada Kerajaan. Itulah sebaiknya!!.
“Ianya adalah juga diharap, tidak ada perlunya untuk peringatan seperti ini perlu dikeluarkan selepas daripada ini,” tegasnya lagi.
Terbaru gambar Wan Azizah bersama keluarganya yang didakwa menggunakan pesawat jet milik kerajaan tular di media sosial
Dalam gambar Wan Azizah dilihat bersama Anwar dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman berada dalam pesawat tersebut. – SuaraTV

1 comment:

Anonymous said...

Semasa puak pakatan jadi pembangkang, puak pakatan sibuk mengutuk penggunaan jet kerajaan oleh keluarga VVIP.

Bila pakatan berkuasa, dua kali lima sahaja.

Cakap tak serupa bikin!

Siapakah yang diperbodohkan oleh pakatan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails