PERMATANG PAUH: Hasrat PAS Pulau Pinang membantu mengurangkan jurang ekonomi masyarakat di negeri ini akan terlaksana jika keputusan undian pada 5 dan 9 Mei ini berpihak kepada calon-calon PAS dan Gagasan Sejahtera.
Menurut calon PAS bagi N.12 Penanti, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, PAS telah mengenal pasti potensi yang dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat di negeri ini.
Ujarnya, ekonomi anak-anak tempatan dapat dihidupkan dengan menaikkan dan memajukan tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang.
"Di Pulau Pinang, tidak ada tanah rizab Melayu, tetapi memiliki tanah wakaf yang banyak. Masalahnya, tanah wakaf di sini tidak diuruskan dengan baik.
"Jadi tidak upaya kerana urusan isu tanah adalah di bawah bidang kuasa Ketua Menteri. Ada tanah wakaf yang diganti dengan duit, duit semakin banyak tetapi tanah wakaf semakin kurang dan bila nak beli keadaan tanah itu tidak sama begitu juga dengan harga tanah yang semakin mahal," katanya.
Ujarnya, inilah keadaan yang berlaku sekarang ini di Pulau Pinang yang mana sistem pembaziran menjadi amalan kerajaan PH begitu juga keadaannya ketika Umno-BN memegang tampuk pemerintahan di negeri ini enam dekad lalu.
"Sebab itu saya menyeru marilah kita bersama-sama ubah apa yang boleh diubah yang mana tanah wakaf ini kalau ianya diuruskan dengan baik, orang Islam di Pulau Pinang akan merasai nikmat kesenangan yang sangat besar.
"Tambahan pula, saya pernah bekerja di pejabat zakat Pulau Pinang, selain zakat adalah sumber kekuatan ekonomi orang Islam, tanah wakaf juga mampu menjadi sumber ekonomi orang Islam," katanya. –HARAKAHDAILY 4/5/2018
Mesti tolak DAP berselindung di balik PKR di P/Pinang.
No comments:
Post a Comment