Thursday, May 03, 2018

Bersama Kumpulan Islam. -Wasiat Rasul SAW




IMAM Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Kitab Al-Sahih:
أَبُو إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ حُذَيْفَةَ بْنَ اليَمَانِ يَقُولُ: كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الخَيْرِ، وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي، فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ، فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الخَيْرِ، فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ» قُلْتُ: وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَفِيهِ دَخَنٌ» قُلْتُ: وَمَا دَخَنُهُ؟ قَالَ: «قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي، تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ» قُلْتُ: فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ، دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ، مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، صِفْهُمْ لَنَا؟ فَقَالَ: «هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا، وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا» قُلْتُ: فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ؟ قَالَ: تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ، قُلْتُ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ؟ قَالَ «فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الفِرَقَ كُلَّهَا، وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ، حَتَّى يُدْرِكَكَ المَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ. صحيح البخاري (4/ 199).
Abu Idris Al Khaulani meriwayatkan bahawa dia mendengar Huzaifah bin Al-Yaman R.A. berkata:
  • “Orang ramai bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan, namun aku bertanyakannya berkenaan kejahatan (keburukan) kerana takut kejahatan itu mengenai diriku sendiri. Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahatan (kesesatan jahiliah), kemudian datang kepada kami kebaikan (Islam) ini. Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Aku bertanya lagi: Adakah selepasnya datang pula kebaikan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Di dalamnya ada kekeruhan. Aku bertanya: Apakah kekeruhannya wahai Rasulullah? 
  • Sabdanya: Adanya kalangan yang menunjuk bukan petunjuk (ajaran)ku. Kamu dapat mengetahui mereka dan kamu menegah (menentang) kemungkaran (kejahatan). Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Adanya golongan yang mengajak ke dalam Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahutnya (mengikutnya) nescaya dihumban bersama ke dalamnya. Aku berkata: Sila sebutkan sifat (rupanya) kepada kami. 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Mereka itu daripada kalangan yang sama warna kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita juga (daripada kalangan satu bangsa dan bercakap Islam juga). Aku berkata: Apakah perintah suruhan Rasulullah kepada kami, sekiranya kami berkesempatan menemui kumpulan itu? Sabda 
  • Rasulullah S.A.W: Kamu hendaklah bersama kumpulan Islam dan Imam (pemimpin) mereka. Aku berkata: Kalau tidak ada jamaah (kumpulan Islam) dan tidak ada imam (pemimpin)? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu pisahkan diri daripada semua kumpulan itu walau terpaksa memakan umbi pokok atau menemui kematian, namun tetap bersama Islam”.
Huraian

Wasiat ini menjadi renungan kepada sesiapa yang percaya kepada Kitab Hadis seperti Sahih Al-Bukhari dan lain-lain. Adapun sesiapa yang tidak percaya kepada Sahih Al-Bukhari atau yang berketuakan orang tidak percaya kepadanya, payah menerimanya. Biarkan mereka menjadi seperti orang-orang yang bersorak dalam kisah Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Si Luncai berjaya menyelamatkan dirinya dalam sorakan orang-orang bercita-cita membunuhnya. Si Luncai terlepas menyelamatkan diri. Orang-orang yang bersorak itu letih lagi berpeluh berkayuh membawa Si Luncai.

Abu Zar R.A adalah contoh daripada para sahabat R.A yang tidak memarahi Rasulullah S.A.W apabila menegurnya dengan bahasa yang keras:

إنك امرؤ فيك جاهلية

  • “Kamu adalah seorang yang masih ada sifat jahiliah di dalam dirinya”


Abu Zar terus mengaku bersalah dan meminta maaf. Walaupun ucapan itu difahami zahir katanya bahawa Rasulullah S.A.W telah mengkafirkannya (jahiliah). Tetapi difahaminya supaya meninggalkan sifat jahiliah yang dilakukan kerana jahil atau leka, bukan dia sudah jadi kafir dengan kesalahan dalam perkara akhlak, bukannya perkara aqidah dan dasar syariat dan akhlak. Jadikan wasiat tersebut panduan menghadapi akhir zaman yang banyak fitnahnya.
Semua kisah dalam Al-Quran dan Hadis seperti cerita anak Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Firaun, Namrud, Qarun dan lain-lain menjadi iktibar kepada umat Islam. Umat lain memang tidak kisah, mereka hanya menganggap cerita macam surat khabar lama sahaja atau dongeng dahulu kala untuk penglipur lara.
Gunakan akal dan ilmu dengan betul memilih pemimpin yang diwakilkan melalui pilihan raya. Jadikan Islam dan orang Islam yang memimpin bukan bermakna menolak kewujudan bukan Islam dalam masyarakat majmuk. Mereka juga adalah sebahagian daripada kita yang wajib dilayan dengan adil.
Syariat Islam melarang penganutnya menyerah perkara dasar Islam kepada bukan Islam atau mengizinkan mereka menentang Islam secara terbuka seperti kalangan DAP, Islam Liberal, Anti Hadis dan lain-lain.
Ramai kalangan bukan Islam yang berakhlak mulia menghormati betapa umat Islam mendominasi masyarakat majmuk. Malangnya ada kalangan umat Islam yang lupakan umat dan agamanya sendiri semata-mata mengharapkan kemenangan pilihan raya semata-mata, walaupun menghalalkan cara yang salah.
Inilah salah satu tanda Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W memaklumkan kekeruhan yang berlaku di zaman kita dan tidak berlaku di zamannya.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Syaaban 1439 / 1 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 1/5/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

 



3 comments:

  1. putar alam........

    ReplyDelete
  2. Hadi tu islam ke? Pas tu islam ke? Tak sedar diri, dia berada dalam kumpulan perosak agama. Jenis tak tengok cermin, hanya nampak nyamuk hujung dunia, gajah depan mata tak nampak. Dasar kaki auta, lidah bercabang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lim gonna end tu islam ke? kit sial tu islam ke? Parti roket tu islam ke?

      Tak sedar diri, barua roket 7:34am sondol dedak roket menjadi khadam lim gonna end dan kit sial berada dalam kumpulan musuh Islam dan penyamun harta rakyat dan harta negara.

      Jenis tak tengok cermin, kalau geng roket ni tengok cermin maka kelihatan imej syaitan dan iblis dalam cermin.

      Puak kafir harbi dan munafik hanya nampak nyamuk hujung dunia, gajah depan mata tak nampak. Dasar kaki auta, lidah bercabang.

      Siang dan malam khadam dan pemimpin roket berceramah pong pang pong pang mahu menggulingkan BN tetapi semua fitnah dan dakwaan karut ciptaan puak roket ditujukan kepada PAS siang dan malam.

      Maka jelaslah pemimpin dan khadam parti roket terdiri dari biawak yang mempunyai lidah bercabang kencing merata tempat. Hancing!

      Delete