Thursday, May 10, 2018

Bukan Mahathir, Tapi Wan Azizah PM Ke-7?




PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan dilantik menjadi perdana menteri baru negara.

Difahamkan, Anwar Ibrahim tidak mahu jawatan perdana menteri jatuh ke tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Anwar khuatir beliau tidak akan merasa menjadi perdana menteri andai Mahathir yang naik,” kata satu sumber kepada Mynewshub.
Perubahan calon perdana menteri dikatakan antara punca upacara mengangkat sumpah perdana menteri baharu yang sepatutnya berlangsung pagi tadi di Istana Negara ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dimaklumkan.
Dalam pada itu, sekiranya Wan Azizah mahu menjadi perdana menteri, beliau perlu berkerjasama dengan parti lain untuk mendapat majoriti mudah.
Sekiranya komponen Pakatan yang lain menolak idea itu dan berkeras mahukan Mahathir, Wan Azizah mungkin tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional untuk membentuk kerjasama. – MYNEWSHUB.CC

3 comments:

Anonymous said...

PH cepat naik, mungkin PH juga akan cepat turun. Dalam masa 5 tahun, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Tiada yang mustahil dalam politik.

Mampukah PH memenuhi semua manifesto PH seperti menghapuskan GST dan PTPTN dll?

Jika PH gagal memenuhi semua manifestonya sendiri, mungkin PH akan menerima nasib yang sama dengan BN dalam PRU15.

Anonymous said...

Mudah mudahan berita diatas tdk benar. Kita tahu siapa mahathir tapi jgnlah sampai wan azizah bekerjasama dgn bn. Bukannya senang nak tumbangkan bn. Wpun sy penyokong pas dan tdk menyukai dap dan pan tapi sy tetap hormati keputusan rakyat.

Usaha pas didalam mempertahankan Islam tdk akan putus dan bukan hanya utk pru sahaja. Barakallah semoga janji utk lantik mahathir sbg pm tdk dimungkiri dan usaha melantik anwar sbg pm ditepati...ambillah peranan masing2. Pas akan ttp kukuh berdiri sbg parti Islam sejati tdk kira samada didalam atau diluar kerajaan

Anonymous said...

Nobody...sy suka cara kamu. Teruskan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails