Akhirnya DAP telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa Tun. Dr. Mahathir Mohamad hanya diperalatkan untuk tarik sokongan Melayu kepada gabungan pembangkang itu.
Namun Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr. P. Ramasamy menjelaskan, penerimaan Mahathir dalam blok pakatan itu tidak bermakna isu lampau yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu akan dilupa begitu sahaja.
“Bukan kita sudah lupakan apa dia sudah buat dahulu, kita pilih Mahathir untuk tarik orang Melayu,” katanya yang juga calon kerusi DUN Perai dalam klip video ceramah politik di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 28 April lalu.
Dalam ceramah itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengakui beliau tidak senang dengan pemerintahan Mahathir selama 22 tahun itu tetapi terpaksa meletakkan keutamaan terhadap misi DAP ‘pancing’ undi Melayu.
“Mahathir perintah dahulu, kita semua tidak suka pada masa itu, sekarang tiba-tiba datang Pakatan Harapan (PH), dia kata tidak mahu lagi Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), UMNO, Barisan Nasional (BN).
“Kenapa kita terima Mahathir? Bukan kita lupakan Mahathir apa dia buat dahulu, dahulu dia memang jahat. Orang kata macam mana kita terima Mahathir? (Tapi) bukan kita lupakan apa Mahathir buat dahulu,” kata Ramasamy.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan kerjasama aneh Mahathir dengan DAP dalam gabungan pembangkang kerana Pengerusi PPBM itu turut dikenali sebagai cukup lantang mengutuk parti berkenaan semasa bersama BN.
Video rakaman lebih seminit itu tular melalui media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen sama ada pembangkang benar-benar ikhlas menerima Mahathir atau diperkudakan demi agenda politik sempit.
Mahathir, 92, yang kemudian dilantik menjadi Pengerusi PH juga diingati kerana pernah gelar DAP sebagai parti rasis cauvinis selain anti-Melayu dan Islam serta tegar pro-LGBT dan liberalisme.
3 comments:
Kita juga tidak pernah lupa PAS berpelukan dengan DAP suatu ketika dulu hingga berjaya mendapat 25 kerusi parlimen.
Mahathir digunakan sbg umpan memancing undi melayu tu umpan premium dimana orang memang tahu.. Pan pulak umpan murahan dap iaitu cacing kerawit yg buat orang terkejut dapat tahu
PAS menolak DAP kerana DAP dan khadamnya menentang Islam.
Mari kita undi PAS dalam PRU 14 dan tolak DAP dan khadam DAP ke laut.
Post a Comment