Sunday, May 06, 2018

Dedah Fitnah Terancang DAP Atas Nama PH Oleh Ahli DAP Seumur Hidup.

'Saya tidak mahu bersekongkol lagi’

KUALA LUMPUR - DAP didakwa menggunakan kaedah menyebarkan propaganda jahat yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada PRU14 ini.

Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad mendakwa, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.

“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan).

“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.

“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.

“Tapi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakannya membuat keputusan mendedahkan hal tersebut menjelang PRU14 adalah keputusan yang tepat.

“Mengapa baru sekarang saya buat pendedahan kerana bagi saya tempoh akhir menjelang PRU14 adalah masa yang tepat.

“Masa yang terbaik untuk kita menyedarkan rakyat adalah dalam tempoh seminggu atau empat hari sebelum pilihan raya kerana masa ini kedua-dua pihak akan terus berusaha menggiatkan promosi untuk pikat hati pengundi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.

“Saya juga telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.

“Jadi saya minta supaya pihak polis jalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi menghentikan tindakan DAP dalam menyebarkan propaganda jahat ini kepada orang ramai terutamanya dalam masa beberapa hari sebelum PRU14 ini,” katanya.

Berdasarkan tindakannya itu, Amran menegaskan bahawa dirinya telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan daripada DAP serta tohmahan daripada pelbagai pihak.

“Saya memang menjangkakan, dengan pendedahan ini akan muncullah tuduhan sebagai macai atau pemakan dedak dan sebagainya.

“Saya adalah ahli DAP seumur hidup menyeru serta memohon kepada semua rakyat terutama orang Melayu supaya tidak menyokong Harapan kerana undi anda adalah undi untuk DAP yang akan menguasai gabungan pembangkang itu untuk memerintah Malaysia,” katanya.



Lihat..E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Bila baca article ni tiba2 terflash back tindakan2 pkr dan pan yg terburu2 'mengagungkan' dap hingga membuang pas.

Nmpk tak bagaimana tindakan terdesak husam mempercayai rakaman suara nik abduh. Bila husam buat tindakan ini dia sedar tak yg secara langsung dia telah mengiyakan rakaman suara mat sabu. Malah lagi teruk dia secara x langsung juga telah mengiyakan rakaman suara dsai. Dsai lagi kesian apabila wujudnya fitnah video selain rakaman suara dgn perempuan. Sebaiknya dsai dtg pada husam, ambik file setebal tayar lori dan hempukkan pada kepala husam. Begitu juga dgn fitnah video mustafa. Tapi adakah husam senyap tak percaya sbb pada ketika itu dia berada dlm satu kapal dgn mustafa? Klu begitulah rupanya sikap husam, amatlah tdk ada prinsip dan tdk bermaruah bagi seorang yg konon membawa pendekatan Islam. Apabila sesuatu itu hanya dikira salah apabila tdk sekapal maka tiada bezalah perangai husam seperti umno.

Teringat juga pada rafizi dan tian chua yg pada awal retaknya hubungan pr. Rafizi dan tian chua dapat dilihat matang untuk mencari jalan bersangka baik dgn pas. Tapi slps beberapa ketika nmpk keduanya beralih arah uturn habis. Mungkin mereka berdua fedup dgn 'cerdik pandai' dlm pkr yg lebih menyebelah kpd dap. Mungkin end of the day diorang ckp 'ah lantak koranglah pendapat aku tak laku'.

Pkr telah 'tersilap' langkah sebenarnya apabila terlalu confident pada dap sbb beranggapan orang cina menyokong dap secara tuli. Begitu rendahkah tanggapan mereka pada orang cina? Diorang lupa...mmg lah orang cina tiada iman. Tapi jgn lupa orang cina tetap insan manusia yg Allah beri hati, akal fikiran dan tau yg mana buruk dan yg mana jahat dan yg mana merugikan hubungan baik sesama insan. Klu mereka lihat dap penuh rasuah dan pas kosong. Logic calculation secara direct akan memberikan mereka jawapan. Itu belum lagi sikap dap yg suka provoke agama!..Logic perkara mulia dan murni itu mmg ada dlm setiap proses fikiran manusia tdk kira bangsa dan agama. Klu cuba dilawan kebenaran maka berlakulah conflict dlm diri...mungkin seorang dua boleh ignore tapi utk secara mass effect adalah mustahil..

Anonymous said...

Sebenarnya pemimpin-pemimpin DA-Pig telah 'kencing' pemimpin-pemimpin munafik sekular liberal sehingga mereka menjadi keldai tunggangan DA-Pig.

Mereka sanggup mengkhianati agama Islam dan umat Islam semata-mata kerana janji-janji dajal yang disogokkan ke dalam otak mereka oleh DA-Pig.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails