Sunday, May 13, 2018

Gunung Merapi &Politik Malaysia Meletus Tiba-Tiba, Tanpa Tanda-tanda.




TANPA sebarang tanda, gunung berapi yang paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilaporkan telah meletus pada awal pagi semalam.

Malah, ketika kejadian, Gunung Merapi turut telah memuntahkan bahan berpasir serta kebanyakan bahan ialah jenis piroklastik seperti abu dan blok lava.

“Letusan terjadi secara tiba-tiba. Jenis letupan yang berlaku ialah letusan freatik yang terjadi akibat dorongan tekanan wap air dengan kepanasan di bawah kawah Gunung Merapi sendiri,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho kepada portal Kompas.
Dilaporkan, bahan tersebut turut dimuntahkan setinggi 5,500 meter ke udara.
Dalam masa yang sama, kesemua penduduk yang tinggal di radius lima kilometer sekitar kawasan pergunungan itu turut telah dipindahkan ke kawasan penematan sementara lain bagi menjamin keselamatan mereka.
Namun, sehingga kini tiada apa-apa laporan mengenai mangsa yang telah terkorban atau tercedera ketika insiden berkenaan.
Selain itu, para pendaki Gunung Merapi turut perlu mengikuti jadual yang ditetapkan serta tidak mendekati puncak kawah dalam masa terdekat. 
Rupanya dalam politik Malaysia pun meletus tiba-tiba tanpa tanda-tanda. Hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Kekal selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment