Sunday, May 27, 2018

Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH


SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.


Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.
Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.
Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.
“KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.
Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.
Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.
Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.
Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!
Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.
Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.
Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.
Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.
Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.
Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.
Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!
Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.
Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?
Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?
Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.
Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.
Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.
Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.
Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

6 comments:

Unknown said...

Oiii...ustad...kalau kamu kesian kat Pejawat Awam yang tak dapat
kenaikan gaji akibat pemerintahan Kerajaan Harapan, inilah masanya
kamu orang PAS TUNJUK BAIK. Berilah mereka 3 tangga kenaikan gaji.
Nik Amar kata nak memerintah bila menang PRU15 nanti. Kenalah tunjuk
PAS hebat dari sekarang. Jangan cakap berdegar-degar, tak sedar taik
tersangkur celah gelegar.

Anonymous said...

RAKYAT MENJADI LEBAI MALANG

Tahniah dan syabas kepada rakyat termasuk juga kakitangan awam kerana sudi mengundi pakatan kerana terpedaya dengan manifesto pakatan yang menjanjikan penghapusan GST, penurunan harga minyak, pengurangan beban rakyat dll.

Bahkan sebilangan pemimpin pakatan berjanji akan melaksanakan semua janji di atas sebaik sahaja memenangi PRU14. Wah mata kail berumpan cacing terus ditelan ikan terus ke dalam perut ikan ! Kah kah kah kah kah.

Akhirnya semuanya hampeh! GST tidak dihapuskan, harga minyak tidak turun, harga barangan keperluan asas meningkat pada tahap gila babi dll. Nampaknya pakatan = Be End versi 2.0 ! Maklumlah DNA parti keris telanjang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin parti bunga liberal dan parti bunga yang berasal dari parti keris telanjang juga!

Kakitangan kerajaan yang telah mengundi pakatan pula menyesal seumur hidup kerana satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) telah menjadi mimpi sahaja dan bonus raya pun belum tentu lagi sebaik sahaja pakatan menang PRU 14.

17000 orang Melayu Islam dibuang dari perkhidmatan tanpa belas kasihan. Nampaknya tiada belas kasihan untuk kaum Melayu Islam.

Dulu puak pakatan sibuk mengutuk VVIP Be End konon keluarga VVIP Be End menggunakan jet kerajaan tetapi sekarang puak pakatan yang berkuasa pun dua kali lima sahaja ! Kah kah kah kah

Puak liberal laknatullah pula semakin ghairah dan berani memprovakasi umat Islam dengan mendesak kerajaan pakatan supaya menghapuskan institusi agama Islam sedangkan kita semua tahu instistusi Islam diwujudkan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Akhirnya pengundi pakatan menang sorak kampung tergadai kerana diperdayakan oleh cybertrooper dedak pakatan dan pemimpin-pemimpin pakatan ! Nampaknya rakyat terpaksa tunggu 5 tahun lagi untuk menggulingkan kerajaan pakatan dalam PRU15.

Bilakah sebilangan orang Melayu Islam akan menjadi cerdik dalam politik? Dahlah ekonomi pun ditangan orang asing, politik pun hampeh !

Sepatutnya semua rakyat mengundi parti Islam PAS untuk menggulingkan Be End dalam PRU14 supaya PAS boleh menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat dan melindungi negara ini dari penipuan, rasuah, salahguna kuasa, penindasan dll.

Anonymous said...

Pembetulan komen 9:35 pm:

17000 orang Melayu Islam dibuang dari perkhidmatan awam tanpa belas kasihan. Nampaknya tiada belas kasihan untuk kaum Melayu Islam apabila pakatan berkuasa.

Anonymous said...

Minah dan barua 9:23 PM ternakan pakatan simpanlah sikit kebodohan kamu, jangan dedahkan semua kebodohan kamu nanti malu orang kampung kamu.

Pakatan telah menjanjikan pelbagai janji (kencing?) manis kepada rakyat maka menjadi tanggungjawab pakatan untuk menunaikan semua janji dalam manifesto pakatan tersebut.

Jika pakatan tidak tunaikan semua janji pakatan tersebut, maka apakah hukumnya?

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.

Huraian Hadith :

Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Anonymous said...

"Saya bergaji RM130k setahun (RM10800 sebulan). Baru2 ini saya tlh berhutang sebnyk 650k krn membeli sebuah rumah berharga RM500k dan sebuah kereta berharga RM 150K. Hutang saya ini 5x ganda pendapatan setahun. Bos tlh mencanang keseluruh pejabat bhw saya sdg menuju muflis krn hutang saya terlalu besar..."

Mengapa memfitnah saya kpd semua orang?...sdgkan statusnya :-

- Bayaran hutang bulanan saya hanyalah 35% saja dari pendapatan (Ansuran bulanan rumah= RM2200 dan ansuran kereta= RM1600. Jumlahnya RM3800 dari RM10800).

- Saya membayar hutang2 ini tepat spt jadual dan mampu hidup selesa dgn baki duit tu.

- Bank amat berpuashati dgn prestasi saya.

- Malahan saya mempunyai simpanan sebanyak 5 bulan gaji disamping lebihan wang tangan untuk menabung dan melancung dihujung tahun.

Jadi dimanakah tanda2 saya sdg menuju muflis?...

Berbetulan bos tau saya juga menjadi guarantor berjumlah RM350k kpd biasiswa adik saya yg sdg belajar diluar negara. Ini memberi peluang utk dia menyebar pulak berita kononnya hutang saya sebenarnya berjumlah RM1 juta (650+350).

Menjadi penjamin bukanlah bermakna saya mempunyai hutang sebanyak RM350k. Ia hanyalah tanggungan berisiko sekiranya adik saya gagal membayar ansurannya bila dah bekerja nanti. Sebaliknya jika adik saya membayarnya dgn baik, ia tidak sama sekali menjadi beban hutang kpd saya pada bila2 masa pun.

Jadi saya merasakan perbuatan bos mencanangkan hutang saya RM1 juta itu bermotif jahat krn memburuk2kan saya dgn alasan yg terang2 bercanggah dgn kaedah perakaunan dan prinsip ekonomi.

Adalah salah mengukur kesihatan ekonomi sesebuah entiti berdasarkan kpd nisbah "hutang/ pendapatan". Sebaliknya ia perlu dinilai dari sudut :-

- kemampuan kewangan utk membayar hutang setiap bulan.

- % pendapatan bulanan yg digunakan utk membayar hutang.

- wang simpanan yang ada dll.

Adalah salah juga jika jaminan yg diberi kpd sesuatu pinjaman dikira berhutang. Menjamin menambah liabiliti dan ia berpotensi tak menjadi hutang pun.

Betul tak...

Begitulah juga analoji kpd kes ekonomi Msia. Hutang kjaan Msia ialah RM650bilion iaitu 50% dari GDP. (Msia menetapkan siling 55%, tapi sbg pengetahuan Singapura, England, Jepun semuanya >100% skrg ini. Negara2 ini diktiraf sbg negara maju dan tidak pernah pula dgr mereka dikategorikan negara menuju bengkrap hanya krn hutangnya yg melebihi pendapatan spt tuduhan PH kpd ekonomi Msia. Kaedah PH itu tak digunakan oleh pakar2 ekonomi).

- Kerajaan tlh memperuntukkan 11% dari GDP utk bayaran hutang. Ianya jauh lebih rendah dari limit maksima 30% yg ditetapkan. Ia menunjukkan kemampuan tinggi kjaan membayar hutang2nya.

- Badan penarafan kredit antarabangsa pula memberikan penarafan baik gred A-menunjukkan tahap kebolehharapan Msia membayar hutangnya dgn baik.

- Bank Negara mempunyai rizab RM430 suatu angka tertinggi berbanding sepanjang masa lalu.

Semua ini petunjuk bhw ekonomi Msia dlm keadaan kukuh.

Kerajaan juga menjamin beberapa projek. Ini amalan kerajaan termasuk antaranya projek2 dizaman Tun M dulu... tapi dikali ini Menteri kewangan mengiranya sbg hutang utk menyatakan hutang negara mencapai RM1 trilion.

Anonymous said...

Sambungan..

Malangnya parti PH sejak sebelum PRU 14, tak sudah-sudah memfitnah Msia dibawah Najib sdg menuju muflis. Ini sama spt perangai bos dipejabat saya tadi.

Apabila PH berkuasa dan mendapati rizab Bank Negara mencapai RM430b, mereka isytihar ekonomi Malaysia adalah kukuh. Tiba-tiba keluar pula tuduhan baru Najib menyembunyikan angka sebenar hutang negara. Mereka kata hutang negara bukanlah RM645b tapi lebih RM1 trilion (80% dari GDP) dgn memasuk kira angka hutang yg DIJAMIN KERAJAAN. Sungguhpun begitu Menteri kewangan menyedari kesilapannya dan mengesahkan hutang kerajaan hanyalah RM685 bilion, itupun setelah dikomen Bloomberg. Betulkah ia satu kesilapan?...

Sungguhpun telah mengaku silap, disatu sudut yg lain mereka meneruskan agenda memberi gambaran kpd rakyat ekonomi Malaysia teruk. Mereka telah melancarkan kutipan derma rakyat yg kononnya bertujuan membantu utk membayar hutang yg sgt teruk skrg.

Apakah sebenarnya agenda PH ni ye?... Macam ada udang disebalik batu saja ni. Nak belajar bersangka baik tapi tak nampak jalan lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails