Thursday, May 03, 2018

IKRAM Bersama DAP Dalam Menuju Negara Rahmah.. Wajar?


DAP adalah satu-satunya parti politik yang belum di “jamah” lagi oleh pertubuhan Ikram. Tetapi ini tidak bermakna tiada langsung hasrat di hati segelintir ahlinya untuk bermain dengan idea untuk terlibat atau memasang hasrat untuk menjadi ahli DAP, demi “tujuan dakwah”.

Usaha ke arah normalisasi hubungan antara Ikram dengan DAP telahpun berlaku sejak 2013 ataupun lebih awal dari itu. Ini dapat dilihat dari pengakuan Dr Maszlee Malik sendiri (seorang anggota Syura Ikram) bahawa beliau adalah wakil Ikram untuk DAP.

Beberapa petikan kenyataan dalam perbincangan alam maya dari ahli dan kepimpinan Ikram seperti berikut barangkali boleh menunjuk arah ke arah kecenderungan Ikram (atau sebahagian ahli/pemimpinnya) untuk berintimasi dengan parti rasis cauvinis DAP ini:

[Untuk makluman, petikan-petikan di bawah telah di susun kembali tanpa memuatkan teks teknikal yang lazim terdapat di dalam perbincangan alam maya/Google Groups. Ini hanya bertujuan untuk menyampaikan isi-isi penting perbincangan sahaja.]
#############

Haron Mohd Yusof AJK Dakwah WP - Feb 1, 2012
Posted in group: Forum DISKUSI AJK IKRAM

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.
kira2 dlm setahun lepas ana dah terfikir utk masuk dap utk dapat kerusi bertanding.. infact ana share dgn pengarah it pas pada masa itu.
masa itu bayang2nya kerusi dijohor/muar... org yg totok pas sure rasa pelik... tapi bagi org yg praktikal & pragmatik, ianya boleh difikirkan.
###############

Ahmad Jamali Sepihie
February 1, 2012 3:14 PM
Bagi ana, ahli­ahli IKRAM yang mahu melibatkan diri dalam parti­parti politik seperti PAS, DAP dan sebagainya, dan mengambil pendirian dan niat nak jadi "spy" (dalam mata ahli parti, itulah parasit dan anai­anai_, bagi ana, itu niat dan pendirian yang salah.
Prinsip dan pendirian penglibatan kita dalam parti­parti politik lain (bukan ditaja oleh IKRAM) mesti jelas apa tujuannya.

Ana sengaja membuat pertanyaan "bombastic" jika IKRAM membenarkan ahli­ahli IKRAM terlibat dalam DAP, dengan pertanyaan, WHY NOT?
Begitulah juga pandangan ana mengenai kita, ahli IKRAM, mahu memanfaatkan medan politik yang ada. Amat mudah kita menolak terus DAP itu taghut, anti Islam, makan daging merah (babi lah tu), sebelum kita buka minda dengan bertanya WHY NOT?

Then the question arise. Jika ada peluang mendekati orang Cina atas dasar dakwah melalui DAP, WHY NOT?
Sebagai penutup, nak cerita pengalaman dengan orang cina. Setiap kali ana berjual beli dengan kedai orang cina, ana akan selalu dapat good diskaun, apabila ana berinteraksi dalam bahasa Cina. Depa cukup seronok dan feel close. So, WHY NOT, ramai kita mula belajar bahasa Cina, dan lepas tu, masuklah DAP. haha.

Bagi yang setuju dengan ide masuk DAP, harap jangan marah. Mulakan dengan WHY NOT?
Salam jamali
###############

“Salam akhi Nahar dan I/A sekelian..Point ana Ikram sebagai Gerakan Islam hendaklah punya jatidiri sebagai gerakan Islam. Gerakan Islam sewajarnya tidak terpengaroh/terikat dengan mana mana parti politik/pemimpin politik samada ia bernama PR/BN, atau Anwar Ibrahim atau TG Haji Hadi atau Dr Dzulkifli. Ikram harus mampu menggariskan agenda politiknya sendiri dan tidak terikat dgn agenda politik parti politik lain kerana Ikram punya manhaj taghyirnya tersendiri yang berbeza dengan manhaj taghyir parti parti politik lain.

Ikram hilang relevensinya kalau agenda politik dan manhaj taghyirnya sama dgn parti politik yg sedia ada. Bagi ahli Ikram yang telah graduate dari Ikram dan menjuarai agenda politik yg mereka sertai itu hak mereka sbg graduate, dan kalau kita nak jadi pengikut mereka kita boleh graduate sama seperti mereka. Salam.”
Mohd Esa Ibrahim
10/20/12
###############

On May 22, 2014 10:34 AM, "Rushdan Zakaria" gmail.com
> wrote: Terkini dah agak ramai anak2 muda ikram berkira2 n berkias2 ... utk bertunang n berkahwin dgn Dap 
##############

Mohammad Bin Abdul Hamid - Yang Dipertua Setiawangsa
Re: [ikram-ajk-DISKUSI] Kenapa bimbangkan kaum Tiong Hwa kuasai negara?
Salam. Boleh timbang utk sebahagian ahli Ikram masuk DAP dan bertanding atas tiket DAP dlm PRU14 di mixed constituencies.
Wassalam.
Mohammad

####################

2014­-05­-20 mohammadweb via Forum DISKUSI AJK IKRAM:
Salam
Boleh kan ahli IKRAM bertanding atas tiket DAP?

Wassalam
Mohammad

##################

Harryzan Yaakob - PSU IKRAM Seberang Perai Tengah
“Salam. Di Penang kalau ada arahan Jama’ah ahli bertanding di atas tiket DAP tiada masalah bagi ana rasanya..kalau dah arahan sami’na wa ato’na..”
Abu Siddiqiey
5/20/14

###################

Dari petikan-petikan di atas, pembaca dapat memahami bahawa perbincangan mengenai penglibatan dalam parti politik bagi Ikram dan ahli-ahlinya bukanlah sesuatu yang asing atau menggemparkan. Malah, sejak tahun 1990 lagi, idea penglibatan (atau istilah mereka sendiri - “infiltration”) sudah pun dirancang.
Saya pernah menyentuh tentang idea penglibatan Ikram dan ahli/pemimpinnya di dalam satu posting lain (https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1818731658150836) di mana du hujungnya saya menyatakan bahawa yang belum di “usul” kan lagi ialah penglibatan di dalam DAP sahaja.

Rupa-rupanya idea ini sudah pun dibincangkan sejak tahun 2012 lagi!
Maka, tidak hairanlah boleh wujud persamaan tema antara Ikram, PAN dan DAP iaitu konsep Rahmatun Lil Alamin, Maqasid Syari’ah dan seumpamanya. Persamaan yang turut dikongsikan dan digerakkan di seterusnya dalam penglibatan politik.

Amat malang sekali apabila Ikram memilih untuk menongkah arus dengan arus perdana umat Islam yang meletakkan prinsip Wala/ dan Barra’ sebagai satu tunjang kefahaman yang Thawabit (Constant/Tetap) yang sangat asasi dan berkait rapat dengan hubungan sesama Muslim dan sikap terhadap musuh.
Terdapat dalil-dalil yang sangat kuat tentang prinsip besar ini dan disokong dengan banyak pengalaman pahit dalam lipatan sejarah umat Islam apabila prinsip besar ini dilepaskan.

Kelonggaran dalam berpegang teguh terhadap prinsip tunjang inilah yang melahirkan idea-idea songsang liberal, hak asasi, kebebasan mutlak individu dari kerangka Barat, yang telah mengusir apa yang disebut “ugama” dari sebarang peranan dan dominasi politik sejak ratusan tahun.

Seorang sahabat saya dari Indonesia pernah memberi peringatan tentang betapa umat Islam perlu sangat berhati-hati terhadap bahaya dan ancaman ini. Mereka telah mengalami luka-luka pedih dan mendalam akan kesan akibatnya.

Justeru itu, saya ingin bertanya: Apakah ahli-ahli dan pimpinan Ikram yakin bahawa penglibatan dan ta’awun (kerjasama) dengan parti rasis cauvinis DAP akan benar-benar membawa Rahmah kepada umat Islam, atau musibah semata-mata? (TKO)

Hanya PAS Sifar Rasuah!

1 comment:

Anonymous said...

Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berkerjasama dengan puak kafir harbi untuk menegakkan ajaran Islam kerana puak kafir harbi adalah musuh Islam yang sangat jelas dan nyata.

Bagaimana boleh NGO ikera bersekongkol dengan parti kafir HARBI DA-Pig yang telah menentang , menghina , memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam konon untuk kebaikan umat Islam?

Inilah kerja gila oleh pesakit mental !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails