Oleh Mohd Luttfi
Sudah Sampai Masanya Ikram Bertukar Menjadi NGO Politik Sepenuhnya. Dengan begitu ramai calon-calon PRU14 yang terdiri dari ahli-ahli Ikram (dan bekas ahli Ikram), pertubuhan Ikram dicadangkan mengubah status NGO non-partisan kepada NGO-Politik sepenuhnya.
(Saya teringat satu pesanan daripada Saari Sungip kepada ahli-ahli Ikram (ketika itu masih dikenali dengan nama JIM) di Sungai Petani satu masa dahulu supaya ahli-ahhli JIM membuang pendirian non-partisan mereka).
Ini memandangkan Ikram kali ini telah menghantar begitu ramai ahli/pimpinannya untuk bertanding sebagai calon di dalam PRU14 kali ini.
Meskipun “memiliki” parti politik sendiri iaitu PAN, nampak gaya (dan malangnya) ahli-ahli Ikram tidak dapat menampilkan kehebatan dan kecekapan mereka berkempen untuk parti sendiri. Ini kerana parti PKR telah menjadi pilihan utama sebagai logo umum pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (dan juga PAS).
Adakah ini kali pertama Ikram menghantar calon-calon tajaannya untuk bertanding? Tidak. Ikram sudah lama menghantar calonnya untuk bertanding sebagai calon, sejak PRU12 lagi. Dan ada di antara ahli-ahlinya juga sudah berura-ura untuk bertanding atas tiket DAP, sekiranya terdapat arahan dari kepimpinan pusat Ikram supaya berbuat demikian. Ahli-ahli Ikram akan pasti mengikut arahan.
Apakah tujuan dan matlamat penglibatan Ikram dan ahli-ahli Ikram bertanding di dalam pilihanraya?
Jawapannya telah diberikan oleh Presiden Ikram iaitu Dr. Mohd Parid bin Sheikh Ahmad di dalam satu Perutusan IKRAM kepada semua pengundi:
[Nota: Edaran Dalaman ini (Versi Untuk Ahli IKRAM Sahaja) disebarkan semasa PRU13, ketikamana PAS masih bersama di dalam blok pembangkang, yang turut dianggotai oleh parti rasis cauvinis DAP].
Matlamat utama penglibatan PRU13 ialah untuk memastikan:
1. Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, و ية عامة (wilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyai القوى ا مين (kebolehan dan integriti).
2. Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem ‘check dan balance’ yang berkesan.
Sekretariat Ulama Ikram, di dalam satu Edaran Dalaman (Versi Untuk Ahli IKRAM Sahaja) bertarikh 19 April 2013 juga telah memberikan beberapa garispanduan mengenai beberapa isu dalam PRU13.
Antaranya ialah:-
Adalah sangat perlu untuk kita membezakan antara syakhsiyah tab’iyah (personal entity / ) الشخصية ا عتبارية / dengan syakhsiyah I’tibariyyah (legal entity) الشخصية الطبيعية parti yang didokong oleh calon tersebut. Dalam memberi pengundian kepada parti, maka hukum asalnya perlu dilihat kepada status
parti itu sendiri seperti UMNO/BN parti apa?
Begitu juga PKR, PAS, DAP / PR. Maka, hukum mengundi calon Muslim yang baik juga bergantung kepada parti itu sendiri (ideologinya). Begitu juga isu calon Muslim yang menyertai parti yang terang-terang sekular/kafir seperti DAP maka hukum penyertaannya bergantung kepada iktikad (niat dan pegangan) calon tersebut.
Bagaimana pun dalam kes sekarang, DAP bersama dengan PAS dalam konteks Tahaluf al-Siyasi dengan niat dan tujuan yang jelas ke arah maslahah yang lebih besar (dan tidak merugikan Islam).
Maka realiti (waq’i) kita dalam persoalan politik ini ialah adanya dua aliran, dua (2) pakatan parti- parti politik iaitu BN dan PR. Amat menarik dalam PRU ke-13 ini kerana kita dapat menyaksikan yang kita memang berada di antara dua mafsadah (undi BN pun ada mafsadah, undi PR pun ada mafsadahnya) dan dua maslahah (undi BN ada maslahah, undi PR juga ada maslahah).
Dalam mencari jalan penyelesaiannya, kita perlu mengaplikasikan“fiqh muwazanah”(kaedah: mana yang lebih ringan dhararnya dan mana yang lebih berat maslahahnya).
Sekiranya BN dimenangkan, maka kebatilan dan kezalimannya (yang telah terbukti) akan berterusan. Adapun dari segi maslahah, ianya belum pasti.
SekiranyaPR dimenangkan, maka kebaikan dan keadilan yang diperjuangkan (terbukti dengan melihat Negeri di bawah PR sekarang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) akan terus diperkasakan. Adapun dari segi mafsadahnya, ianya masih belum pasti.
Kalau realiti yang ada sudah sedemikian. Kita kenalah menjatuhkan pemerintah BN yang kebatilan dan kezalimannya telah terbukti supaya ia tidak berterusan, serta menaikkan kerajaan baru PR yang kebaikan dan keadilannya telah terbukti di semua negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan – “ الضرر يزال“ : mereka supaya ia diperluaskan keseluruh Negara.
Ia berasaskan kaedah fiqh kemudaratan. itu hendaklah diangkat/dihapuskan”
**************
Ini merupakan “fatwa” untuk PRU13. Saya percaya terdapat “fatwa” terbaru atau yang telah di “update” kan berhubung isu yang sama bagi PRU14 sekarang.
Menarik juga diperhatikan antara petikan dari Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras 2016 (PAT 2016) Ikram oleh Presiden Ikram, yang antara lain menyebut:
(a) Menutup jurang hasil perpindahan ahli ke AMANAH:
(i) Penyediaan pimpinan pelapis
(ii) IKRAM terus kuat sebagai “vehicle perjuangan” (enjin perjuangan)
(b) Menggerakkan penglibatan politik berkesan – 20% ahli
(c) Meningkatkan penglibatan masyarakat madani (luaran) – 60% ahli
[Saya masih ragu-ragu tentang peratus 20% penglibatan politik berkesan itu, melihat kepada jumlah besar penglibatan ahli-ahli Ikram di dalam PRU14].
Berikut adalah senarai calon-calon Ikram/tajaan Ikram untuk PRU14:
KEDAH
1. N03 Kota Siputeh Dr. Salmee Said
2. P006 Kubang Pasu & N15 Anak Bukit Dato’ Ir Amiruddin Hamzah
3. N12 Suka Menanti Ir Zamri Yusuf
4. N27 Pantai Merdeka Rosli Yusof
5. N32 Kuala Ketil Mohamad Sofee Razak
6. P014 Merbok Nurin Aina Abdullah
JOHOR
1. P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh.
2. P150 Batu Pahat – Datuk Mohd Rashid Hasnon
3. P151 Simpang Renggam – Dr Maszlee Malek
4. N4 Kemelah – Dr Sulaiman Mohd Nor
5. N9 Gambir – Dr Faizul Amri
6. N16 Sungai Balang – Na’im Jusri
7. N35 Pasir Raja – Mohd Abrary Ramly
KELANTAN
1. N08 Tanjong Mas – Hafidzah Mustakim
2. N12 Pengkalan Pasir – Dr Mohd Sharani Mohd Naim
3. P024 Kubang Kerian – Dr Abdul Halim Yusof
PAHANG
P. 083 Kuantan – Fuziah Salleh
PERAK
P. 057 Parit Buntar – Mujahid Yusof
P. 067 Kuala Kangsar – Ahmad Termizi Ramli
N16 Kamunting – Dr Hj Mohd Fadhil Nuruddin
N39 Belanja – Yahanis Yahya
SELANGOR
P. 096 Kuala Selangor – Dzulkefly Ahmad
P. 101 Hulu Langat – Hasanuddin Mohd Yunus
P. 108 Shah Alam – Khalid Abd Samad
N. 18 Hulu Kelang – Saari Sungib
N. 20 Lembah Jaya – Haniza Mohamed Talha
N. 29 Seri Sedang – Siti Mariah Mahmud
Belum ada data bagi negeri-negeri Perlis,Terengganu,Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
[Nota: Data-data dan nama-nama di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya para pembaca mempunyai maklumat terkini, boleh dinyatakan di dalam ruang komen].
Berapa jumlah wang yang calon-calon Ikram/tajaan Ikram perlu belanjakan atau cari atau sediakan?
Berdasarkan maklumat mengenai PRU13 yang lalu, kos minima yang diperlukan untuk bertanding di dalam sesuatu pilihanraya adalah seperti berikut:
Deposit kepada Pegawai Pengurus:-
* Kerusi Parlimen – RM10,000.00
* Kerusi Negeri – RM5,000.00
[Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi di kawasan tersebut.]
Deposit untuk membersihkan bahan yang digunakan semasa tempoh kempen:-
* Kerusi Parlimen – RM5,000.00
* Kerusi Negeri – RM3,000.00
Perbelanjaan yang dibenarkan semasa kempen:-
* Kerusi Parlimen – RM200,000.00
* Kerusi Negeri – RM100,000.00
Semua kos ini tidak termasuk lagi segala perbelanjaan yang diperlukan untuk membayar kakitangan, elaun perjalanan, makan minum, penginapan dan lain-lain.
Secara umum, untuk menjalankan pilihanraya, jumlah purata yang diperlukan adalah seperti berikut:-
* Kerusi Parlimen – RM215,000.00
* Kerusi Negeri – RM108,000.00
*****************************
Tentu ramai pembaca tertanya-tanya: dari mana sumber kewangan itu akan diperolehi?
Di kebanyakan negara, perbelanjaan pilihanraya khususnya bagi parti-parti dalam blok pembangkang, dana pilihanraya biasanya datang dari sumbangan korporat atau pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk menaikkan sesuatu parti politik atau gabungan partii-parti politik tertentu dalam keadaan suasana politik yang dianggap menekan rakyat atau terlalu berleluasa kuasa dan wewenangnya.
Untuk ahli-ahli Ikram, kita tidak boleh menolak kemungkinan semua wang dan dana mereka datang dari tabungan setiap ahlinya sejak kecil. Ini tentu merupakan satu pengorbanan besar sebagai harga perjuangan parti politik yang lahir dari sulbi sebuah NGO berwajah “Islam”.
“Lawan Tetap Lawan!”
Nota: Sebenarnya lebih ramai daripada di senaraikan oleh penulis. Misalnya di Perak penulis tidak masukkan Dr Hatta Mohd Ramle dan beberapa orang lagi - Webmaster TKO
Hanya PAS Sifar Rasuah!
2 comments:
ikelam = poliTIKUS
Apakah kerja tikus? Bolehkan tikus membaiki labu?
Amat memalukan NGO yang mendabik konon pembela Islam bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pig yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.
Jika Abu Jahal dan Abu Lahab masih hidup, mungkin NGO ini juga bbersekongkol dengan Abu Jahal dan Abu Lahab.
Post a Comment