MENGIMBAS kembali peranan Tun M dan penentangannya terhadap Islam, maka elok dilihat semula tulisan ini..
Dr M paling kuat paling kuat bantah pelaksanaan Islam di Kelantan - Hadi.
Posted on Friday, April 27 @ 16:01:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman (TKO)
Posted on Friday, April 27 @ 16:01:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman (TKO)
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa paling kuat menentang pelaksanaan perundangan Islam sepenuhnya di Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri kemudian menghantar sepucuk surat amaran kepada menteri besar Kelantan ketika itu, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar Kelantan tidak meneruskan hasrat menguatkuasakan enakmen berkenaan atau diambil tindakan.
“Ini yang berlaku sebenarnya… Dr Mahathir bersama timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perundangan Islam di negeri Kelantan setelah 2/3 Adun Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas program ceramah perdana Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan malam tadi.
Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata ketika pemerintahan Dr Mahathir, PAS yang mentadbir Kelantan ditekan dengan pelbagai bentuk tekanan termasuk dilewatkan agihan geran kepada kerajaan negeri, diugut, diganggu-gugat pentadbiran menerusi pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selepas parti itu menang besar pada pilihan raya umum 1990.
Beliau mendakwa kerajaan Persekutuan ketika itu sengaja melengah-lengahkan pembayaran peruntukan kepada kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya dibayar pada Februari atau April dan Jun atau Ogos setiap tahun, sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.
“Setiap tahun, kerajaan pusat perlu membayar 2 kali peruntukan (geran tahunan) kepada setiap kerajaan negeri termasuk Kelantan berdasarkan persetujuan pelaksanaan sistem Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Lazimnya geran tahunan ini akan diberikan pada Februari atau Mac. Disusuli sama ada Julai atau Ogos. Namun dalam kes kerajaan Kelantan ini peruntukan hanya diberikan pada Disember untuk melengahkan kerajaan kita membayar gaji kepada kakitangan,” katanya
Bagaimanapun, Hadi berkata keadaan itu berbeza bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka.
“Ini termasuk memberikan laluan untuk kita membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) di Parlimen,” katanya. (TKO)
Komen Weblog ini, Islam di Malaysia sekarang berada di ambang 'terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'.
15 comments:
anon 10.40...tak payah berkalau2 lebih...dan masih lagi memainkan fitnah 90juta tu. Dan paling pelik boleh ishtihar kemenangan BN dan PAS pd PRU14 boleh terbatal? hahaha lawak la ko ni...
Siapa ada masa boleh terus report blog ibnu hasyim nii..saya beri tempoh kepada tuan ibnu hasyim utk mohon maaf dgn segera..kalau tk saya sendiri akn report pasal blog nii di skmm..sekarang menteri blm dilantik akn ambil masa sikit dn tuan ibnu boleh menggunakn waktu yg ada utk minta maaf..jgn jadii batuapi utk cetuskn kemarahan rakyat ibnu..beri ruang kepada kabinet baru bekerja utk rakyat..😈😤😡
Artikel 11:40 AM jelas menunjukkan penulis pro-pakatan wayang roket menghina hak rakyat Kelantan dan Terengganu untuk memilih pemimpin dan kerajaan mereka seolah-olah penulis ini adalah penulis komunis atau fasis yang tidak menghormati prinsip demokrasi. Maka penulis ini layak menjadi rakyat Korea Utara atau China Komunis.
Dari perkataan pertama hingga ke perkataan akhir dalam artikel tersebut 10:26 AM jelas menunjukkan penulis artikel ini berniat jahat dengan membuat pelbagai fitnah atau dakwaan karut tanpa sebarang bukti terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
Ini bererti penulis ini telah menyebarkan fitnah terhadap PAS secara terbuka semata-mata untuk memfitnah dan memburuk-burukkan PAS dan rakyat Kelantan dan Terengganu kerana rakyat Kelantan dan Terengganu telah menolak pakatan secara total dan mengundi PAS untuk membentuk kerajaan Islam di negeri-negeri tersebut. Maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin wayang roket telah menentang RUU anti-berita palsu.
Konon pakatan mendakwa mahu membela rakyat tetapi artikel tersebut seolah-olah pakatan mahu menindas rakyat Kelantan dan Terengganu. Artikel tersebut seolah-olah membuktikan pakatan wayang roket mengamalkan politik balas dendam dan menghina prinsip demokrasi yang menjadi hak rakyat Kelantan dan Terengganu.
Inilah yang berlaku semasa Revolusi Perancis di mana pemimpin dan penyokong revolusi sibuk membunuh raja Perancis dan menteri-menteri Perancis dan penyokong kerajaan beraja. Selepas itu, pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong mereka sibuk pula membunuh antara satu sama lain. Semua pembunuhan ini terhenti apabil Napoleon Bonaparte merampas kuasa dan membentuk kerajaan baru.
5 tahun adalah tempoh yang pendek dan PRU15 pasti akan menjelma dan dalam poltik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Pakatan yang cepat naik mungkin pakatan juga akan akan cepat jatuh ! Rakyat sedang menunggu untuk melihat sama ada pakatan boleh memenuhi semua janji dalam manifestonya sendiri.
Jika 'Malaysian Malaysia' dilaksanakan, kita akan bertepuk tangan apabila sebilangan kaum Melayu yang mengundi pakatan terkejut beruk melihat hak keistimewaan bumiputera termasuk kaum Melayu dihapuskan dan hak agama Islam dinafikan !
Kita cuma tunggu dan lihat sahaja dalam tempoh 5 tahun ini. Jika BN yang kuat pun boleh lingkup, maka tidak mustahil pakatan pun boleh ditumbangkan dalam PRU15.
Cepat naik, cepat bungkus..
lari mulut harimau masuk mulut buaya lebih baik daripada masuk mulut gua terus ke dalammm....
makan untuk hidup
hidup untuk taat pada perintah Allah n Rosul
bukang hanya tau nak makan kedarah saja samapi muntah
Islam cara hidup bukan hnaya solat puasa zakat haji nikah saja
sistem siasah mesti berpandu pada ajaran Islam
ada hukum hudud ynag Allah perintahkan dijalankan oleh sang penguasa
kalau tidak hidup mansuia di alam ni macam lombu dll
lombu lagi baik tak masuk neraka
mansuia ramai ynag akan dilempar dalam neraka
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Ustaz sekolah kami bgtu pas gunakan ayat quran dan jadikan perlembagaan parti islam. Tapi berjuang dlm khemah parti yg yahudi buat. Junjung undi utk berkuasa. Mcmmana islam nk tegak dgn jalan yahudi?
PAKATAN BER'UG' DENGAN Be End !!!
Dulu barua-barua ternakan pakatan wayang roket sibuk menfitnah konon PAS ber'UG' dengan UMNO ! Sekarang pembohongan dan fitnah pakatan terdedah apabila pakatan sendiri sedang ber'UG' dengan Be End !
Alhamdulillah Allah telah mendedahkan pembohongan dan fitnah barua-barua pakatan !
WAH PAKATAN WAYANG ROKET BER'UG' DENGAN 11 EKOR KATAK BE END !
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Paku Dulang Paku Serpih,
Mengata PAS, Pakatan Yang Lebih.
Berpakat atau bekerjasama dgn mana mana partai memang dibolehkan. Takkan tak paham lagi. Kan pas umno pkr mic mca upko ke adalah pejuang bersama berebut kuasa dlm sistem zionis. Satu antara lain sama sahaja.takde beza. Adik beradik. Teruskan prjuangan itew.
Dan byk2 belajar.jgn byk tertinggal. Sian
Wah mangkuk ayun 12:49 am ternakan pakatan wayang roket cuba mencipta alasan bodoh berlapis-lapis untuk menghalalkan pakatan wayang roket ber'UG' dengan 11 ekor katak Be End selepas pakatan mencipta dan menjaja fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS kononnya PAS ber'UG' dengan Be End.
Allah Maha Mengetahui ! Sekarang terbongkar pakatan ber'UG' dengan YB-YB katak Be End !
Nampaknya barua-barua dedak roket seperti barua 12:49 AM adalah khadam sistem Yahudi yang mengamalkan 'matlamat menghalalkan cara' seperti menghalalkan pakatan ber'UG' dengan Be End.
Pengundi-pengundi pasti tertipu dengan janji pakatan konon pakatan mahu menggulingkan Be End. Akhirnya pakatan ber'UG' dengan katak-katak Be End.
Malanglah pengundi-pengundi pakatan kena kencing!
Khadam sistem zionis 12:49 AM,
Mana bukti kononnya pas umno pkr mic mca upko ke adalah pejuang bersama ?
Kamu membuat dakwaan karut tanpa sebarang bukti terhadap PAS , maka kamu adalah penjaja fitnah dalam sistem yahudi Zionis !
Kamu mempunyai lidah biawak zionis yang bercabang !
Betui jugak la
Post a Comment