Monday, May 07, 2018

Ini, Tahap Islam &Imannya Tun M. -Menurut Pru14.tv


Nak Jadi Islam Bukan Kena Ucap Dua Kalimah Syahadah, Kata Saja Duit – Mahathir

RAKYAT Malaysia tahu tahap keimanan Mahathir berdasarkan cara hidup ahli keluarga beliau yang dipaparkan di media sosial secara berleluasa. Beberapa orang anak dan cucunya dikatakan mengamalkan cara hidup songsang LGBT. Malah mereka dikatakan tanpa segan silu memaparkan kebanggaan tidur bersama anjing-anjing kesayangan.

Ironinya lelaki bernama Mahathir Mohamad ini walaupun umur hampir mencecah 100 tahun namun tidak langsung menunjukkan tanda-tanda mahu mempersiapkan diri menghadapi Alam Kubur. Malah pengakuan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengemparkan negara apabila beliau mendedahkan yang Mahathir tidak suka melihat Hasmah bertudung sehingga beliau memalingkan muka.

Kini Mahathir mahu bercakap mengenai Islam pula. Rata-rata rakyat Malaysia mencebikkan mulut mereka. Beliau mempersendakan PAS dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.

Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.

Berdasarkan kenyataan itu, Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.

“Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.
“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja “duit.
“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.
“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya.

Mahathir ketika ceramah sama malam tadi, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.

“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit…mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.
“Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.
Hasil carian imej untuk iman tun m
“Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi,” katanya.

Seorang lelaki yang hidup keluarganya tunggang langgang dalam menjalani dan mendokong agama Islam namun ada hati mengkritik pihak lain mengenai Islam dianggap sebagai menepuk air di dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri. – pru14.tv


Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

8 comments:

Anonymous said...

Selama ini mahafiraun liberal sibuk menentang dan menghina ajaran Islam termasuklah Hudud contoh hukum potong tangan pencuri.

Bahkan anak perempuan mahafiraun liberal yang menjadi pemimpin Sisters In Sins juga turut menentang dan menghina ajaran Islam.

Apakah hukum menghina dan menentang Hudud?

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"; dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir."
(Al-Maaidah 5:44)

Mahafiraun juga terpengaruh dengan tokoh anti-hadis yang mahu mentafsirkan Al-Quran semula mengikut hawa nafsu serakah puak liberal dan menolak Sunnah secara total.

Apakah hukum menolak Sunnah? Menolak Sunnah bererti menolak ajaran AlQuran kerana Allah memerintahkan manusia mentaati perintah Allah.

Ini bererti puak anti-hadis telah membatalkan iman mereka sendiri.

Bahkan tangan-tangan mahafiraun berlumuran dengan darah ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah.

Pelbagai skandal besar seperti skandal forex, skandal perwaja, skandal BMF yang mengorbankan seorang auditor yang tidak bersalah dll menunjukkan mahafiraun juga adalah kepala bapak penyamun. Sudahkan dia kembalikan wang berbillion ringgit kepada rakyat dan negara? Sekadar mohon maaf tidak mencukupi!

Tindakan mahafiraun menahan orang ramai tanpa perbicaraan sehinggakan menyebabkan keluarga mereka menderita melengkapkan sifat sebagai firaun yang maha zalim.

Maka mahafiraun tidak layak untuk bercakap tentang Islam kerana dia sendiri sesat dan menyesatkan.

Anonymous said...

Pembetulan:

Apakah hukum menolak Sunnah? Menolak Sunnah bererti menolak ajaran AlQuran kerana Allah memerintahkan manusia mentaati perintah Rasulullah s.a.w.

Anonymous said...

Yg dulu persenda hudud tu sapa...yg dulu persenda klu buat hukum Islam makan sup tangan tu sapa...yg dulu persenda nabi tak cukur janggut sbb x ada pisau cukur tu sapa...tapi skrg mat sabu dan pan nak ambik org ini pi jadi pm..

Anonymous said...

kamu sama sahaja seperti Tun M.....Meletakkan parti lebih tinggi dari al-quran, sunnah dan agama Islam. Ingatlah, parti dan politik adealah bahan sampingan sahaja. Masuk parti BUKAN BERMAKSUD MASUK AGAMA. Keluar parti BUKAN BERMAKNA KELUAR AGAMA. Jangan lebih2...jagalah akidahmu wahai umat Islam dan ahli PAS.

Anonymous said...

Kamu balaci dedak 4:11 pm berlagak bodoh sombong mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Malangnya kamu gagal menunjukkan sebarang bukti yang bererti kamu adalah pembohong bangsat.

Maka tidak hairanlah boss-boss bodoh kamu menentang RUU anti-berita palsu.

Kamu dan boss kamu tidak boleh hidup tanpa fitnah.

Anonymous said...

Malanglah orang-orang munafik yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi hati mereka menentang Allah dan RasulNya dan agama Islam.

Bahkan mereka bersekongkol dengan musuh Islam ( kafir harbi) untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan perjuangan Islam , menafikan hak umat Islam dan mempromosi dan membela kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, atheis, LGBT, pesta arak terbuka dll.

Inilah jawapan Allah untuk puak munafik tersebut:

"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka (orang munafik) mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan (dikunci mati) atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)."
(Al-Munaafiquun 63:3)

Malanglah puak munafik jika mereka tidak bertaubat sekarang dan kembali kepada ajaran Islam .

Anonymous said...

manusia yang bernama bangsa melayu yang bodoh/bangang/tolol/bahlol je yang sentiasa bersama si mahathir laknat (kalau boleh nak jer pangil mahathir murtad bin kafir). apa yang jelas akhir zaman ni memang semakin ramai penyokong penentang islam. mereka akan mencipta berbagai istilah yang membawa maksudnya saya sama ia itu : tolak islam. diorang fikir tahap pemikiran mereka melebihi kebijaksanaan Allah. Sedangkan pemikiran dan akal mereka di kurniakan oleh Allah. kerana itulah agaknya bila firaun (mahafiraun...? ) mengaku dirinya tuhan Iblis datang dan menemui dia mengatakan bahawa dia sendiri (Iblis) sendiri tak pernah mengaku dirinya tuhan. So apakah kini kesah itu akan berulang dan kali ni orang melayu pulak yang mengaku lebih bijak dari Allah.

Anonymous said...

Terbaik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails