KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran agar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terus dilantik sebagai perdana menteri sejurus kembali ke Parlimen.
Daim, yang mengetuai Majlis Penasihat dalam pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata peralihan patut berlaku pada pertengahan penggal dan menyifatkan menukar perdana menteri sekarang sebagai satu tindakan “bodoh”.
“Kalau kita berbohong kepada rakyat, mereka tidak akan percaya pada kita lagi,”katanya dalam wawancara dengan akhbar Singapura, Straits Times.
Katanya lagi, beliau sendiri bertemu dengan Anwar dan memberitahunya: “Anda semua mencuba dalam beberapa pilihan raya dan gagal. Suka atau tidak, Mahathir telah berjaya.”
Anwar dijadual dibebaskan pada 8 Jun dengan ditolak masa hukuman kerana berkelakuan baik.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas kesalahan meliwat yang didakwa penyokongnya sebagai bermotif politik.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan pada ketua PKR itu, yang akan disempurnakan prosesnya hari esok.
Sebelum ini, Mahathir ada menyebut yang beliau akan memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sebelum melepaskannya kepada Anwar. Isteri Anwar pula menjawat jawatan timbalan perdana menteri.
Ahad lalu, Anwar dalam kenyataannya menegaskan sokongan kepada kepimpinan Mahathir, ekoran keresahan berhubung lantikan anggots Kabinet kanan oleh Mahathir yang dikatakan tidak dirunding dengan PKR. – MT/Mynewshub.cc
1 comment:
Ini yg buat confuse dan dilema...satu sudut mmg nak dsai cepat jadi pm. Tapi klu tgk sudut lain dr mahathir ni amat berani bersuara dn buat keputusan yg critical. Cth bersuara menentang tpp-one world order, menentang yahudi-zionis dan prnah terbukti dpt keluarkan negara drpd kemelut krisis ekonomi 1997. In fact negara paling awal yg keluar drpd krisis soros. Cuma pd masa tu terpaksa singkirkan dsai dulu disebabkan percanggahan pendapat utk method penyelesaian. Cuma cara penyingkirannya amat kasar hingga terpaksa menggunakan fitnah..sbb dsai clean. Tapi kesannya adalah utk greater good bila dr mahathir dapat fokus selesaikan masalah krisis kewangan negara...
Dlm proses utk mengatasi krisis ekonomi tu dr mahathir menghabiskan masa 6 hari seminggu dan 2 jam sehari bersama kumpulan ekonomi utk meneliti pelbagai data2 ekonomi bertujuan utk tindakan segera/tepat berikutan Kadar kemerosotan yg amat cepat masa tu. Klu silap keputusan, domino effect.
Dr mahathir bukan cuma biarkan pakar2 ekonomi utk analise dan buat keputusan sebaliknya dia sendiri usaha untuk fahami isu2 teras ekonomi mikro/makro...jarang2 ada seorang pm yg mcm tu...klu kita bagi dia agreement tinggi gunung pun dia sendiri akan selak selai-selai...klu kita jgn harap la...paling tdk pun cuma bagi lawyer kita baca dan teliti...hmmm mmg dilema dilema...
Post a Comment