JANJI Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak semudah disebut dan dijanjikan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.
Apabila sudah berada di tampuk pemerintahan negara di Putrajaya, realiti yang jauh lebih rumit terpaksa dihadapi.
Tidak mudah untuk janji-janji yang berani itu dipadankan dengan realiti dalam pentadbiran kewangan negara.
Kerajaan telah menetapkan kadar GST pada 0 peratus bermula 1 Jun, yang sebenarnya hanya langkah awal sebelum pemansuhan sistem GST seperti dijanjikan.
Penetapan kadar 0 peratus bukan pemansuhan, dan belum ada penjelasan kerajaan bila ia hendak dilaksanakan.
Pemansuhan ini pula mesti diganti dengan cukai lain supaya pendapatan negara tidak merosot dengan mendadak dalam jumlah yang amat besar.
Kerajaan bakal berdepan cabaran lebih besar untuk mencapai bajet yang berimbang ekoran tekanan ke atas pendapatan ini.
Pada tahun 2017, pendapatan dari GST ialah sebanyak RM44 bilion, menyumbang 17 peratus pendapatan kerajaan.
Apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan, kerajaan tidak akan dapat menampung jumlah RM44 bilion itu.
Pada tahun 2014, jumlah sumbangan terbesar SST diperolehi hanya sebanyak RM17 bilion, jauh lebih kecil daripada kutipan hasil GST.
Kerajaan pula telah berjanji untuk mengawal harga minyak dan memberikan subsidi bersasar pada mereka yang layak.
Jumlah ini memerlukan pendapatan lain dalam jumlah yang sama, dan tidak cukup dengan memotong perbelanjaan yang jumlahnya tidak sebesar mana.
Agensi penarafan Moody’s Investors Service pernah memberi amaran agar kerajaan tidak memansuhkan GST.
Menurut Moody’s, pemansuhan akan menuntut langkah lain untuk menampung kesannya yang besar kepada pendapatan negara.
Ini bakal mengakibatkan kerajaan bergantung pada pendapatan daripada minyak seperti yang berlaku sebelum ini.
Masalah dihadapi ini bakal melambatkan pembuatan beberapa keputusan penting kerajaan, kerana tumpuan pada isu GST dan pelaksanaan semula SST.
Pendapatan negara juga akan terikat dengan janji-janji lain dalam manifesto PH dan banyak lagi janji lain yang dijaja mereka sejak beberapa tahun lepas.
Isu cukai ini ialah janji utama PH, dan mungkin sebab paling utama ramai mengundi mereka, dengan harapan menjelang Aidilfitri ini, perbelanjaan harian akan lebih murah. – Mynewshub.cc
manefesto pas lagi best hapuskan gst & ptptn "immediate',sekurang2nya ph resonable 100hari.
ReplyDeleteBarua pakatan seperti barua 12:35 am kaki auta @ temberang.
DeleteFakta: Sebelum PRU14, sebilangan pemimpin pakatan telah berjanji akan laksanakan manifesto pakatan sebaik sahaja pakatan menang.
Wah nampaknya barua-barua pakatan sudah mula berdolak-dalih
apabila pakatan gagal menunaikan janji pru 14.
Nik amar minum ketum??haram jadah punya ustaz!!
ReplyDeleteBarua pakatan mabuk air daun ketum menulis komen merepek merapu. Haram jadah punyai barua dedak ternakan pakatan.
DeleteKomen 5:51 am ditujukan kepada spesies barua pakatan 1:21 am yang suka memaki hamun ulama Islam.
DeletePadan muka...hehehe
ReplyDeleteRakyat tolak kadar kutipan cukai yang tidak berpatutan dan membebankan, bukan tolak gst. Gst itu method of tax collection. Ianya lebih efficient agar peningkatan markup harga barang pada setiap supply chain tdk dikaut sepenuhnya oleh peniaga. Markup tinggi2 tapi declare rugi atau untung sikit. Sbb tu gst ni tak disukai peniaga. Kelemahan utama dlm sistem kapitalis itulah. Peniaga akan try maxkan untung melampau. Itu belum lagi dikira berapa banyak supply chain sebelum sampai kepada end user. Kalau setiap end user tu bisnesnya bergantung penuh pada hutang, dah nak bayar 'profit sharing' lagi dgn bank dalam bentuk interest. Kalau interest rate pulak tinggi dah bertambah lagi effect pada costing untuk decide harga barang. Tambah pulak kalau peniaga yang fikir nak kaya cepat walaupun economy scale dah berjaya reduce harga kos, tetap jugak mereka tak nak turunkan harga...
ReplyDeleteDalam untuk memperbaiki keadaan negara yang teruk kesan drpd rompakan bn selama puluhan tahunn ini, antara tindakan crucial yang jgn ph silap langkah ialah elakkan drpd banyak mengambil tindakan populis. Tindakan populis biasanya melibatkan kos yg tinggi. Mcm bn zaman najib bagi brim itu tindakan populis. Zaman paklah menaikkan gaji kakitangan kerajaan terlalu tinggi. Kalau hanya dinaikkan bagi yang bawahan tidak mengapa sebab mereka berjuang untuk survive dgn gaji yang terlalu kecik tapi bukan semua. Sampai terabai institusi keluarga sbb parents masing2 buat 2 kerja. Kita tak nak jadi mcm greece yang bankrup kerana keghairahan pemerintah untuk popular dengan spend terlalu banyak pembangunan tapi semuanya hutang. Akhirnya tak mampu nak bayar balik.
Saya penyokong pas. Tapi sebelum pilihan raya saya memang tak setuju pun pas dan pakatan letak manifesto gst dihapuskan. Tapi cuma memikirkan ianya bagus sebagai point untuk tumbangkan perompak maka saya diam aja tak komen langsung. Rompakan dan rasuah yg perlu dihapuskan dulu. Ph bagi saya wajar untuk tidak hapuskan gst untuk greater good. Kawal lah kadar cukai sahaja. Memang akan ada suara sumbang yang cakap tak ikut manifesto. Tapi mereka itu pastinya penyokong bn berkepentingan. Biarlah mereka dgn emosi kecewa...pas saya yakin tidak akan sembrono mengkritik sebab pas kebiasaannya akan meniliti pemberat akan sesuatu mudharat.
Rakyat juga kena buat perubahan untuk buang sikap bermegah megah. Perbuatan syirik kahfi ini juga antara penyumbang kita berebut2 untuk buat apa sahaja demi mengejar kekayaan. Tahun lepas semasa ke uk saya ada berkenalan dengan seorang businesman melayu yang berjaya disana. Businesman ni cakap antara sikap yang susah orang kita di malaysia ni ialah lifestyle. Orang politik yang diperingkat bahagian pun sampai berbelas berpuluh biji kereta mewah (itu dia refer pada orang yang duduk dikampung dia di malaysia). Bila pemimpin menunjukkan tanda aras kejayaan adalah bermewah, jadi secara tanpa sedar dan tdk lansung rakyat akan mencondong ke arah yang sama dan terbentuk budaya ingin bermegah dan menunjuk 'konon' pencapaian material itu adalah indikasi kepada kejayaan. Selepas itu 'bermegah' telah dijadikan saingan dan sanggup buat apa shj untuk ke arah itu hingga mengambil mudah halal haram sumber. Sedangkan dia yang berjaya di central london itu hanya ada sebiji kereta. Itu pun dia lebih prefer naik public transport jika keadaan tak memerlukan untuk dia drive. Pemimpin kena bagi tauladan dalam hal ini
Untuk move forward ni rakyat dan kepimpinan kena seiring dan support each other. Tapi kalau ph tidak mengambil serius isu2 utama yang lain seperti isu liberalisasi dan sekular, saya setuju untuk pas tidak toleran dan terus isthiqamah berjuang kerana ianya teras yang kena kita gigit dengan geraham... wallahualam
Mungkin ada baiknya juga kalau kerajaan kenakan cukai berganda ganda bagi sesiapa yang membeli kenderaan/aset yang kedua atau ketiga jika ianya berharga 50K keatas. Jadi kpd yang nak beli extra untuk keperluan anak belajar atau isteri pergi pasar tdk ada masalah. Sbb banyak orang sekarang kelam kabut beli 2 3 biji kereta mahal sbb nak menunjuk konon dah berjaya...w.pun lepas ditolak tolak gaji tinggal berapa ringgit je. Tapi end of the day nnt menyalahkan kerajaan bila dah susah
DeleteMasalahnya ialah cukai kereta di Malaysia antara yang tertinggi di dunia menyebabkan harga terlampau tinggi dan rakyat berhutang 10 tahun kerana mwmbeli kereta.
DeleteSepatutnya cukai kereta diturunkan kerana kereta keperluan asas rakyat.
Betul 5.55. kalau untuk kereta kelas ekonomi adalah amat wajar diturunkan.
Delete