Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan.
Sarawak repost telah mengemukan 55 muka surat dalam interlokutori mereka yang 42 muka surat melibatkan 1MBD dan selebihnya berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Anda boleh dapatkan salinan penghujahan SR di sini (laman Sarawak Report dah boleh akses kerana kerajaan Harapan buka sekatan. Jika sukar boleh juga dapatkan di sini)
Antara penghujahannya ialah;Jasim acquired a Porsche Cayman car. PAS MP and Information Chief Khairuddin Aman Razali gave his second wife a RM500,000 Audi Q7 car as a gift. PAS Information Chief Nasrudin Hassan Tantawi bought a RM300,000-plus Toyota Vellfire. Secretary to the Syura Council, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh acquired a luxury Mercedes with the number plate PAS 9, itself worth around RM100,000, and a luxury Audi.
Takiyuddin bin Hassan, MP for Kota Baru and Secretary General of PAS has acquired a fleet of expensive cars and a luxury motorbike, including a Volkswagen Passat priced about RM160,000 with personalized number plate TAK 11, itself worth up to RM100,000, Muhammad Khalil, PAS Youth Leader, has acquired a luxury BMW motorbike. Mokhtar Senik, chairman of the PAS Pahang Ulama Council, has acquired a luxury Mercedes and Toyota.
Nak percaya atau tidak itu yang mereka tulis dalam penghujahan 55 muka surat. Jadi tak hairanlah Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791).
Tapi yang peliknya ramai yang percaya dan sebar perkara ini. Dan paling menghairankan ialah perangai blogger HARAPAN si al-Husseyn yang menulis fitnah di sini. Agaknya dia ni faham tak nasihat agama Islam tentang dosa fitnah?
Ada yang menangis setiap malam di bulan Ramadan ini, jika dia terbabit dengan penyebaran fitnah, boleh terhapuskah dosa fitnahnya? Adakah amalan di Ramadan mampu untuk dia melunaskan hutangnya kepada 17 pimpinan PAS yang difitnah?
Kalau dia tak fitnah tapi dia yang sebar dan "forward"perkara tersebut... apakah dia terselamat dan terhapuskan dosanya?
Pembaca boleh fikir sendiri.
MINDARAKYAT
2 comments:
SR telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan dengan mengemukakan 55 muka surat dalam interlokutori mereka yang 42 muka surat melibatkan 1MBD dan selebihnya berkenaan dengan kekayaan pemimpin PAS dan bekas ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Malangnya 55 mukasurat kertas pembelaan SR hanya mengandungi 'hearsay' @ khabar angin @ 'dengar cakap' yang menyebabkan hakim mahkamah UK menolak kertas pembelaan SR dan memerintahkan SR membayar membayar kos £28,900 (RM156,000) kepada plaintif, Hadi.
Hakim mahkamah UK juga menolak permohonan Clare Rewcastle-Brown untuk membatalkan saman fitnah difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana kes saman PAS ke atas SR mempunyai prima facie.
Maka perbicaraan penuh dalam tahun 2019 besar kemungkinan ialah untuk menentukan jumlah gantirugi yang perlu SR bayar kepada TGHH dan PAS.
Nota:
(1) Adakah orang-orang Malaysia yang memberi maklumat palsu kepada SR berani menghadiri perbicaran PAS vs SR di UK dalam tahun 2019 kerana semua maklumat mereka adalah berdasarkan 'hearsay' @ khabar angin @ 'dengar cakap' sahaja?
Jika mereka memberi maklumat palsu dalam mahkamah UK, besar kemungkinan mereka akan dipenjarakan di UK. Best juga jika jika mereka mendapat penginapan dan makanan percuma dalam penjara UK. Wah hidup percuma di UK dan boleh menikmati 4 musim melalui tingkap penjara.
(2) Dajal-dajal ternakan pakatan pula cuba menipu orang ramai dengan mengarang cerita dongeng (fiction) tentang perbicaraan PAS vs SR.
Memang tak suka pan. Tapi paling tak disukai ialah husam. Dia paling konsisten kutuk dan fitnah pas walhal dialah teraju utama scandal balak masa jadi exco dikelantan dulu. Itu yg ditransfer pi bertanding di putrajaya pd pru13 sbb dah jadi burden di kelantan.
Post a Comment