Friday, May 11, 2018

Jual Harta B/Presiden, Bayar Hutang Negara. Bolehkah Buat Begirtu Kepada Najib?




GAMBIA menjual beberapa pesawat dan sejumlah kereta mewah dibeli bekas Presiden, Yahya Jammeh demi mengurangkan hutang kerajaan dibuat ketika tempoh pemerintahan panjang diktator itu.

Jammeh merampas kuasa pada 1994 dan melarikan diri dari Gambia, Banjul pada tahun lalu, ketika beberapa negara jiran Afrika dijangka campur tangan secara ketenteraan untuk menggulingkan beliau kerana enggan meletak jawatan susulan kekalahan pilihan raya kepada Presiden Adama Barrow.
Kebanyakan rakyat negara itu miskin di bawah antara rejim paling kejam di Afrika Barat, namun Jammeh mengumpul banyak kekayaan yang dibawa bersamanya dalam beberapa pesawat ke Equatorial Guinea.
Bagaimanapun, sejumlah kenderaan termasuk beberapa kereta Rolls-Royce yang tertulis nama Jammeh pada kerusi kulitnya ditinggalkan di landasan kapal terbang.
“Semua kereta mewah di State House dan tiga pesawat yang dibeli bekas Presiden Yahya Jammeh sedang dijual. Kementerian akan menerbitkan harga jualannya tidak lama lagi,” kata Menteri Kewangan, Amadou Sanneh.
Kelmarin, Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran terhadap Gambia supaya tidak melakukan pinjaman baharu selepas hutang negara itu mencecah 130 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir tahun lalu. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah buat begitu kepada bekas PM kita Hj Mohd Najib? Atau kepada bekas-bekas PM lain sebelumnya?

4 comments:

Anonymous said...

Boleh! tapi kpd bekas PM MO1Najib SAHAJA! Ex-PM yg lain tak mufliskan Malaysia dgn hutang hingga TERPAKSA MENYEMBAH CHINA Xi-Ping mintak hutang!!! CUMA MO1Najib SAHAJA terlibat! Kenapa libatkan org lain ibnu??? ..... Sah sebab dengki kan!!! Kamu debgki, hasad, kecewa Tun M jadi PM Malaysia sekali lagi!!!! Taubatlah admin / ibnu / a/l ah sim!

Anonymous said...

Kita nak tanya puak PH:

Siapakah yang memerintah negara kita di waktu skandal berskala mega seperti skandal PKFZ, skandal BMF, skandal Forex dll berlaku yang menyebabkan rakyat dan negara kita mengalami kerugian berskala besar yang melibatkan berbillion ringgit?

Bukankah pemimpin tersebut sepatutnya menjual harta bendanya sendiri untuk dikembalikan kepada rakyat dan negara?

Wahai puak PH silalah jawab soalan di atas, jangan pula malu dan segan nak jawab soalan ini.

Anonymous said...

Hope dsai cepat keluar. Dsai masuk penjara pakatan jadi huru hara

Anonymous said...



Aku rindu kat wakil rkyt dun PAS kat Selangor dulu ada 15 org tu tau..

Nanti klu dah ada SPRM yg betul2 dilantik dibwh kuasa parlimen, barulah episod BALAK dan kes 90juta yg dianggap fitnah t.hari tu dpt diketahui dgn sempurna..

Isu kes pilkuda aritu pon rasanya boleh diulang bicara dibwh kuasa kehakiman rkyat yg baru..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails