Thursday, May 24, 2018

Kaji Semula, Rugi Teruskan Liga-M Bulan Ramadan – Radhi Mat Din


SUKAN


BEKAS pemain Kedah dan kebangsaan, Radhi Mat Din menganggap Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M) rugi jika diteruskan sepanjang Ramadan.

Lapor Harian Metro, Radhi berharap keputusan meneruskan perlawanan bola sepak semasa bulan Ramadan ini perlu dikaji semula.
Malaysia Football League (MFL) sepatutnya lebih peka dengan merehatkan liga sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan komuniti bola sepak beragama Islam, sama ada pemain mahupun penyokong memberi tumpuan kepada amal ibadat.
“Ramadan datang setahun sekali dan hanya sebulan sahaja. Ia adalah bulan kebesaran umat Islam yang mana kita digalakkan meraikannya dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk yang sunat seperti solat tarawih.
“Tapi, apabila liga diteruskan, pemain dan penyokong sudah tentu tidak dapat bersolat tarawih bukan sahaja pada malam perlawanan malah sepanjang Ramadan kerana pemain terutamanya perlu menjalani latihan selepas berbuka puasa,”katanya.
Berdasarkan pengalaman Radhi, terdapat pemain sanggup meninggalkan puasa semata-mata mahu menjaga kecergasan terutama pada hari perlawanan.
“Pihak yang menyusun jadual perlawanan ini sepatutnya lebih peka. Apa salahnya mereka merehatkan liga selama sebulan untuk memberi peluang kepada umat Islam menumpukan perhatian kepada bulan mulia ini.
“Lagipun, ini liga kita dan kita yang susun jadual, jadi saya tidak nampak masalah untuk kita berkompromi mengenai hal ini,” tegas Radhi.
Keputusan meneruskan pertandingan itu juga akan melibatkan kepada kerugian dari segi prestasi pasukan serta jumlah kehadiran penonton yang pasti menjejaskan kutipan tiket.
Tambahnya lagi, prestasi pemain hanya mampu bertahan sehingga 60 minit dalam setiap perlawanan sekali gus menjejaskan kualiti persembahan.
Beliau berharap agar pihak pengendali liga melihat semula situasi tersebut dan membuat keputusan yang sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Hibur hibur sikit.. Video...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails