Ankara – Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh berikutan kegagalannya menangani keganasan di Gaza yang menyebabkan lebuh 60 penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel.
Keganasan yang berpunca daripada tunjuk perasaan membantah pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis itu dikecam antarabangsa berikutan tindakan Israel menggunakan peluru hidup terhadap pendudul Palestin yang tidak bersenjata.
Reuters melaporkan, menurut Erdogan, majoriti masyarakat antarabangsa gagal bertindak terhadap keganasan di Gaza dan memberi amaran, jika terus berdiam diri, ia akan membuka pintu yang lebih bahaya.
“PBB sudah berakhir. Ia ‘keletihan’ dan runtuh.
“Jika keganasan Israel berterusan didiamkan, dunia akan terseret menjadi huru-hara,” katanya.
Sementara itu di Ottawa, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa siasatan bebas diadakan berikutan lebih 60 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel sejak Isnin lalu.
“Keganasan melampau dan penggunaan peluru hidup sesuatu yang tidak boleh diterima. Amat penting untuk kita mengetahui fakta mengenai apa yang berlaku di Gaza.
“Kanada mendesak siasatan bebas segera dijalankan untuk mengkaji secara menyeluruh fakta di lapangan, termasuk hasutan, keganasan dan penggunaan kekerasan berlebihan,” katanya yang dilaporkan AFP. – Agensi
No comments:
Post a Comment