Saturday, May 26, 2018

Kejinya Pengundi PAS Di Kaca Mata Kit Siang.. -Helen Ang

Hasil carian imej untuk kit siang
Dalam kenyataan media beliau hari, Lim Kit Siang berkata:
“In the 14th General Election, Pakatan Harapan secured 48.3% of the popular vote, while Barisan Nasional secured 33.9% and PAS 16.6% of the popular vote.
“However, I do not believe that 33.9% of the popular vote which supported Barisan Nasional, in particular Umno, candidates would have done so if they fully understood that their vote would be regarded as a vote for Malaysia continuing as a global kleptocracy and the slew of abuses and excesses of power under the Najib premiership.
“Similarly, I do not believe that there would be 16.6% of popular votes for PAS if these voters had realised that this popular vote would be used to prop up Datuk Seri Najib Razak as Prime Miniser and Malaysia continuing as a global kleptocracy scorned and humiliated by the world.”

Ertinya:

("Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan memperoleh 48.3% undi popular, manakala Barisan Nasional memperoleh 33.9% dan PAS 16.6% undi popular.
"Bagaimanapun, saya tidak percaya bahawa 33.9% undi popular yang menyokong Barisan Nasional, khususnya Umno, calon akan berbuat demikian jika mereka memahami sepenuhnya bahawa undi mereka akan dianggap sebagai undi untuk Malaysia meneruskan kleptokrasi global dan membunuh penyalahgunaan dan kekufuran kuasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib.
"Begitu juga, saya tidak percaya bahawa terdapat 16.6% undi popular untuk PAS jika pengundi-pengundi ini menyedari bahawa undi popular ini akan digunakan untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Miniser dan Malaysia terus sebagai kleptokrasi global yang dihina dan dihina oleh dunia. ")
Mengikut kiraan Kit Siang, Pakatan Harapan mendapat 48.3 peratus undi popular.

(1) Angka yang dipetik Kit Siang diperbesarkan sedikit oleh DAP dengan mengira sekali undi yang diraih parti Warisan di Sabah beserta undi yang diberikan kepada calon bebas P. Prabakaran di Batu (kawasan Tian Chua dulu).
Juga, angka yang disebut Kit Siang hanya mengambil kira undi sah sahaja. Beliau telah mengetepikan undi tidak sah, yakni #UndiRosak.
Ada sebanyak 217,083 (anggaran) undi yang mungkin sengaja dirosakkan.
Pada hemat saya, undi rosak sepatutnya dianggap sebagai suara pemilih yang telah memutus untuk menentang kedua-dua Pakatan Harapan dan BN, iaitu mereka berupa pengundi anti-Harapan/BN.

(2) Kit Siang seterusnya berkata 33.9 peratus undi popular yang pergi kepada BN, terutamanya Umno, tidak akan diperolehi BN-Umno jikalau sokongan tersebut betul-betul difahami sebagai membayangkan mereka yang pro-BN itu sebagai tidak mengambil peduli reputasi negara sebagai “a global kleptocracy”.
Pengundi BN turut dibayangkan Kit Siang seolah-olah merestui salah guna kuasa oleh kerajaan Najib.
Tanggapan Kit Siang ini sebenarnya menghina peribadi seseorang pengundi pro-BN. Sesiapa yang mengundi BN diertikan sebagai tidak beretika, konon.
Pandangan Kit Siang sungguh meleset.
Ambil contoh undi saya: Bukannya ‘pull factor’ tertarik kepada BN kerana (mengikut pandangan/cerita DAP) saya ini tak endah dengan isu 1MDB ataupun saya kurang prihatin terhadap kaedah urus tadbir kerajaan BN.
Tuduhan Kit Siang jauh menyimpang.
Jadi kenapa saya boleh pilih BN? Jawapannya mudah.
Undi saya berasaskan ‘push factor’ yang membuat saya enggan mendekati Harapan. Saya yakin DAP bersifat dajal.


(3) Kit Siang juga percaya 16.6 peratus undi popular tidak akan diperolehi PAS sekiranya penyokong PAS dari awal-awal menyedari bahawa sokongan 17 peratus mereka tersebut bakal diperalatkan untuk “prop up” (mengabsahkan) kedudukan Najib Razak.
Si Kit Siang ini memang tukang putar.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir.
Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa.
Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib?
Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS.
Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan undi anti-Harapan.
Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah.
Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon-colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan.
Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu angka paling tinggi tetapi masih belum mencapai 50 peratus. Dalam kata lain, Harapan mendapat majoriti relatif berbanding BN dan PAS.
Ini bermaksud kerajaan Harapan ialah sebuah “kerajaan minoriti”

by Helen Ang's Blog

11 Comments
  • 1. aiman1981  |  May 24, 2018 at 11:08 pm
    How come I feel that LGE is now becoming cocky in his responses nowadays?
    Reply
    • 2. wawe  |  May 25, 2018 at 6:29 am
      Dalam keadaan tersepit memang lee gone end rasa jittery. Cakap marah2.. Mana nk fikir hal rasuah die. Mana nk fikir janji 100 hari. Dan fikir cara nak buat uturn.
      Reply
  • 3. Pak Long  |  May 25, 2018 at 2:27 am
    Bagus
    Reply
  • 4. Mohd Bazli Johor  |  May 25, 2018 at 5:36 am
    Kejinya LKS memaksa org mengikut kehendak dan kepercayaannya..Memang Dajjal org tua ni..
    Reply
  • 5. Temujin  |  May 25, 2018 at 6:08 am
    Biarlah LKS dengan pendapat dia.Untuk PRU kali ni saya pilih PH kerana saya rasa BN telah terlampau jauh menyeleweng.Antara Maruah dan Rasuah, saya pilih Maruah dulu, walaupun saya percaya mungkin ada setback pada permulaannya.Ini risiko tindakan yang saya ambil.Sebagaimana Indonesia dan Phillipines, waktu awal pertukaran sudah tentu ada setback.Yang penting, sekarang mereka ni dah stabil kerana rakyat perlu lihat penambah baikan dalam kehidupan mereka dengan mereka memilih pemimpin yang lebih baik dari sebelumnya.Antara Najib dan Mahathir, pilihan saya adalah sejernih air ..tiada ragu ragu.
    Reply
    • 6. lufang  |  May 25, 2018 at 6:46 am
      Temujin,
      Wa Manyak manyak manyak setuju maa aa itu macam punya pikir lor rr .
      Reply
    • 7. sman  |  May 25, 2018 at 7:22 am
      Saya memang undi BN dan sokong Najib ,keran saya berpandangan Najib lebih baik dari Mahathir.Nak hina hinalah,kan ini demokrasi.Jadi mengenai undi saya LKS salah sama sekali.
      Reply
      • 8. Concerned rakyat  |  May 25, 2018 at 8:29 am
        Ya,najib lebih sensitif pada keperluan rakyat dari semua golongan.UTC,Klinik 1 Msia,MRT,Pan Borneo, BRIM,kenaikan gaji dan insentif pada penjawat awam,pengukuhan dan bantuan pada pusat tahfiz.
        di zaman dr m,tiada keperluan seperti ini diber perhatian.yg ada projek mega pada kroni seperti KLCC, Putrajaya,Sepang Circuit.tiada bonus penjawat awam apatah lg kenaikan gaji yg setara dgn pekerja swasta.
        Rasuah….ya benar zaman BN mmg wujud sitambah dgn permainan persepsi, tapi di zaman dr m ia lebih berleluasa.tiada kebebasan bersuara dan tiada SPRM utk mengambil tindakan dan tiada internet.segala rasuah dan skandal spt perwaja dan byk lg was swept under the carpet.
        17000 pekerja bakal dibuang,tiada lg pengambilan baru, pelbagai jabatan ditiadakan,pengangguran akan meningkat,gst diganti dgn sst 10% mengikut tokong. PTPN dan tol tidak juga terhapus.tidak mungkin harga barangan akan turun.ini fenomena dunia.minyak dijanjikan rm1.50…mmg hancur ekonomi negara walhal yg dapat manfaat adalah org2 kaya yg mempunyai 3-5 kereta mewah.petronas sekali lagi menjadi kantung duit dr m.
        ekonomi jenis apa yg kita harapkan utk memacu negara.kita sedang moving backwards.tapi inilah Malaysia Baru yg dibanggakan.
        Reply
  • 9. tooyid  |  May 25, 2018 at 6:51 am
    Betul sebab famili saya sokong PAS. Mereka masih anti-Najib dan anti-UMNO/BN. Mereka undi PAS bukan sebab nak teruskan pemerintahan Najib/BN tapi sebab mereka lihat PAS yang paling bersih (kerana tiada pendakwaan rasuah di mahkamah) antara BN dan Pakatan. Jadi tidak betul LKS menuduh dan merendah2 orang PAS sebagai penyokong rasuah.
    Reply
  • 10. Concerned rakyat  |  May 25, 2018 at 8:04 am
    Its really sickening to see guan eng being very cocky and provocative.he always forgets that he is the government not the opposition.old habits die hard. Very soon he will be scolding anyone who critizes him.aiyah…..tokong will never change.
    Reply
    • 11. tooyid  |  May 25, 2018 at 9:29 am
      Guan Eng dah kena tegur dengan Bloomberg. Dia diingatkan bahawa dia sekarang kerajaan bukan pembangkang lagi.
      Tengok lemah pasaran saham sekarang dan ringgit pun nak cecah RM4.00 untuk USD.
      Takut krisis ekonomi melanda kembali. Tapi mungkin masa ini yang boleh digunakan Anwar untuk paksa Mahathir berhenti.
      https://helenang.wordpress.com/

5 comments:

Anonymous said...

Elo:
1-Time sekarang dah tak ada puak2 dalam PH, jangan nak provokasi nanti anda dibuang parti.
2- Malaysia DEMOKRASI, pilihanraya dah berlalu TOLONG jangan buat kempen individu lagi yg tak diterima akal.
3- Siapa Helen Ang? Presideng parti mana? Jangan siar komen polityik jelak yang kita tak kenal juru tulisnya.

MALAYSIA BARU bermatlamatkan untuk semua rakyat Malaysia. Tunggu 100 hari dulu, baru komen lah...

Anonymous said...

Malaysia hebat!!mohon kerajaan bekukan bn dan pas.haha

Anonymous said...

Elo barua-barua bodoh sonbong ternakan pakatan yang cuba berlagak suci konon tetapi barua-barua yang sama jugalah yang sibuk mencipta dan menjaja fitnah sebelum PRU14 untuk menghasut orang ramai untuk membenci PAS.

Maka tidak hairanlah puak pakatan menentang RUU anti-berita palsu.

5 tahun masa yang pendek dan pakatan pun boleh lingkup dalam PRU15 seperti BN lingkup dalam PRU14.

Barua dedak sembang lebat, habuk pun tarak, kencing hancing seluruh negara.

PORRAHHHH

Anonymous said...

Komen 12:04 am ditulis oleh kepala tahi komunis.

Anonymous said...

Elo cybertrooper dedak roket 11:36 pm,

Tulis demokrasi konon tetapi cybertrooper yang sama juga cipta dan sebar fitnah untuk memburuk-burukkan PAS sebelum PRU14.

Ini demokrasi apa? Demokrasi ala rejim pengganas Israel.

Cybertrooper kepala bapak hipokrit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails