Dari MALAYSIA DATELINE
Tun dah minta maaf, maka sewajarnya dia dimaafkan, kata Ahmad Awang. Penasihat AMANAH, Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau pernah dihalau dari mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan kerana memberikan pandangan bahawa mangsa Memali adalah syahid.
“Saya dihalau dari Majlis Fatwa kerana kata mangsa Memali syahid,” kata Ahmad Awang yang pernah menjadi Pengarah Institut Dakwah Islamiyah (Indah), nama asal kepada Pusat Islam dan kini Jakim.
Menurut Ahmad, “satu-satunya ahli yang menentang keputusan Majlis Fatwa itu adalah saya (yang hadir mesyuarat Majlis Fatwa sebagai ex-officio).
“Akibatnya saya diusir daripada sidang mesyuarat itu (1986) dan dilarang terus daripada menghadiri mesyuarat Majlis itu hingga saya bersara pada tahun 1991,” katanya.
Bagi beliau, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bahawa korban Memali tidak syahid ada asasnya tetapi berkata korban itu mati katak memang tidak wajar.
“Tun kata korban Memali tu tak mati shahid kerana ikut yang Tun faham peristiwa itu berbangkit daripada amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno.
“Lagi pun ikut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (dengan 14 mufti dan 5 ahli lagi) telah memutuskan bahawa korban Memali itu hukumnya tidak mati shahid kerana mereka di anggap sebagai bughah (penderhaka).
“Yang masih hidup jadi mufti adalah mufti Perak Tan Sri Haji Harussani Zakaria. Sila confirmkan daripada beliau,” katanya.
Ustaz Ahmad Awang menyokong bahawa Tun Mahathir tidak wajar dan terkasar apabila mendakwa korban Memali adalah ‘mati katak’
“Tun telah agak terkasar bila beliau mengatakan korban Memali itu tidak syahid dan ‘mati katak’.
“Tun M sudah mengaku terkasar bahasa dan minta maaf kepada keluarga yang terkorban dalam peristiwa Memali. Nampak ikhlas sungguh-sungguh.
“Maka wajarlah beliau memohon MAAF dan yang berkenaan patutlah memaafkan Tun Mahathir. Itu lah yang diajarkan Rasul kepada ummatnya,” kata Ahmad, bekas naib presiden Pas itu.
Bekas pengarah Institut Dakwah Negara (Indah) itu menyatakan, korban Memali adalah mati syahid, namun tidak persetujui oleh para mufti.
“Kalau ada yang marah Tun kata korban Memali tak mati syahid saya cadangkan minta Majlis Fatwa Kebangsaan kaji semula fatwa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad, beliau sendiri telah sampaikan nasihat supaya Tun Mahathir jangan sentuh hal hukum hakam Islam (melalui Presiden).
“Mungkin Tun terkadang terdesak bila di provok Ustaz Haji Hadi yang tak habis-habis menyerang peribadi Tun.
“Jadi kita pun boleh faham situasi beliau seperti itu. Apa pun kita doakan agar Tun M sentiasa diberi Allah hidayahNya,” kata Ahmad.
4 comments:
Moga Allah swt mengampuni dan merahmati, semua yg terlibat, samada di pihak org kampung yg teraniaya, dan di pihak anggota yg menjlnkan tugas.
Dr M boleh berkata apa sahaja selagi dia masih hidup sedangkan tangannya berlumuran dengan darah umat Islam yang tidak bersalah. Mereka dibunuh kerana mereka belajar agama Islam di sebuah pondok pengajian Islam.
Dr M memang zalim kerana dia pernah memecat beberapa orang timbalannya kerana dia percaya mereka boleh mengambil alih tempat dan status Dr M.
Bahkan mulut Dr M pernah menghina , memburuk-burukkan dan menfitnah ajaran Islam seperti Hudud dll.
Maka membunuh umat Islam yang tidak bersalah dan tidak mengancam keselamatan negara untuk dijadikan kambing hitam untuk memburuk-burukkan parti Islam adalah perkara mudah bagi Dr M.
Apabila malaikat maut mendatangi Dr M, barulah dia sedar langit itu tinggi atau rendah. Mulut yang bodoh sombong akan kaku kebiruan.
Apabila malaikat munkar dan nakir mula menyoal Dr M di di alam Barzah, Dr M menanggis air mata darah pun tiada gunanya.
Rasulullah s.a.w telah bersabda "Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (HR. Tirmidzi)
Allah mengharamkan surga bagi pemimpin yg.zalim...mafhum ayat qur'an...
Seorang penagih dadah atau bekas banduan drpd pusat serenti haruslah diterima jika benar2 dia menyesali perbuatannya...namun masyarakat janganlah membiarkan bekas banduan itu berjinak semula bersama penagih aktif.. kerana jika bekas banduan itu pergi bercampur gaul bersama penagih aktif maka disitulah puncanya banduan ini akan menjadi penagih semula...byk berlaku bekas penagih serenti yg telah berubah ttp ditangkap semula setelah bebas.
Sinopsis diatasi adalah analogi utk mahathir. Jika mahathir telah insaf pada perbuatannya. Pas dilihat bukanlah tdk memaafkan mahathir. Tetapi pas dilihat berkeras bila melihat mahathir cuba aktif semula didalam politik. Krn apabila ada pihak yg meletakkan semula tun ke dalam tmpt dimana mahathir bergelumang dgn dosa tiada bezanyalah dgn sipenagih tadi. Dia akan mengulangi apa yg natural dlm dirinya..sbb itulah amat wajar bagi pas utk tdk menenerima tindakan mahathir utk aktif semula didalam politik w.pun pada komposisi yg sama sbg pembangkang. Mahathir sepatutnya bersara, insaf dan tumpukan pada ibadah. Bukan kembali aktif didlm politik yg merugikan dirinya sendiri dan bakal menyusahkan semula rakyat..
Post a Comment