Wednesday, May 09, 2018

Kisah Yahudi Lari Sembunyi Balik Batu, Dalam Tafsiran DAP &PKR Masakini..



Logo PKR jadi 'Gharqad' kepada DAP

Oleh  IZWAN ABDUL HALIM 

RASULULLAH S.A.W pernah mengisahkan mengenai perang akhir zaman antara orang Islam dengan Yahudi. Dari perang itu Yahudi lari bersembunyi, lalu batu berkata-kata memberitahu kepada orang Islam bahawa Yahudi sedang menyorok di belakangnya, kecuali pohon Gharqad.
Kini perkara sama berlaku di Malaysia dalam pertembungan politik yang wujud. Jika pohon Gharqad menjadi tempat Yahudi bersembunyi, DAP pula menyorok di sebalik logo PKR pada PRU14 ini. Bermakna, logo PKR adalah pohon Gharqad yang terselindung identiti dan agenda DAP.
Tindakan DAP itu adalah satu pemerdayaan dan muslihat yang semata-mata mahu mendapat undi, khususnya kaum Melayu. Parti Cauvinis itu terpaksa melakukan sedemikian setelah menyedari ‘Tsunami Hijau’ bakal tercetus, sedang DAP telah tercedera teruk akibat sikap anti-Islam dan perkaumannya.
Juga kerana DAP akur, dapatan kajian menunjukkan rakyat Malaysia telah melihat hakikat bahawa Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai bersama PKR, PAN dan PPBM sebenarnya diketuai, dikuasai, dikongkong dan dicengkam oleh DAP. Semua mereka dibeli, dicatur dan dipaksa tunduk kepada DAP dengan menggunakan jawatan dan wang. 
Susunan strategik
PAN: Bermula dengan menaja PASMA dan G18 untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS. Setelah gagal di Muktamar PAS 2015, lalu diwujudkan GHB diikuti PAN untuk menjadi wadah mengumpulkan orang PAS di situ. PAN memberi kesetiaan (wala’) tinggi kepada DAP yang ‘membiayai’ pemimpin dan parti itu.
PKR: Setiausaha Agung, Dato’ Saifuddin Nasution dan Ketua Biro Agama, Wan Ji Wan Hussin masing-masing dilantiknya sebagai Penasihat Strategik dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. DAP menjadikan mereka ‘suntikan’ untuk mempengaruhi keputusan mesyuarat PKR dalam sesuatu kepentingan.
PPBM: Memberi laluan mudah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan Pengerusi PH, walhal musuh ketat Penasihat DAP, Lim Kit Siang (LKS). Berpuluh tahun LKS berjuang di Parlimen mengheret Mahathir atas besarnya skandal dan kezaliman, malah bertekad mahu memenjarakan diktator itu. Tiba-tiba mereka sentiasa menampilkan senyuman dan aksi sangat mesra di hadapan kamera.
Gugat dan ancam
DAP telah menjadi parti politik yang sangat bahaya terhadap keharmonian masa depan negara dan rakyat dengan memperalatkan wadah demokrasi untuk mencapai cita-citanya. Terlalu banyak sikap sama ada kebiadaban, provokasi, penglibatan, campur tangan dan melampau melibatkan DAP antaranya terhadap urusan-urusan berikut: 
i.     Memperolok, memperlekeh, mempertikai dan menentang hal ehwal Islam seperti Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Akta Mahkamah Syariah atau RUU355, azan, solat Jumaat, zakat, para ulama, mufti dan tokoh Islam. Juga berkaitan kepentingan Melayu dan Bumiputera;
ii.     Mendalangi, mempengaruhi, menyokong, menyebar dan menggerakkan usaha dakyah Evangelis Kristian, Liberal, IFC, Comango, BERSIH dan banyak lagi;
iii.     Menyertai, menggalak dan mempertahankan penganjuran program seperti pesta arak seperti Better Bear Festival dan Octoberfest serta tidak bermoral oleh kumpulan LGBT;
iv.     Menganjur, mengundang dan melibatkan pihak atau entiti asing untuk mempengaruhi mahupun mewujudkan tuduhan, pandangan salah dan berat sebelah atau campur tangan terhadap kestabilan urusan pentadbiran, perundangan, keselamatan dan kedaulatan negara;
v. Menafi, membohongi, mengabai dan menggagalkan pelaksanaan janji atau manifesto atau perjuangan berkaitan hak rakyat atau kepentingan awam. Menjadi punca masalah alam sekitar, tambakan laut, projek mega dan mewah, pengusiran penduduk, pemilikan dan warisan.
Bagasi masalah
Pelan DAP terhadap sekutu politiknya dalam PH telah menimbulkan konflik dengan anggota partinya sendiri dan parti-parti tersebut serta mengalihkan para penyokong mereka. Semuanya angkara hipokrit, opurtunis, pragmatik, curang, khianat dan angkuh pemimpin parti-parti dominasi anak beranak dan kroni iaitu DAP, PKR dan PPBM 
Mereka hanya bergerak dengan membaja suburkan sensasi, kontroversi dan manipulasi. Ironinya, segala dilakukan pemimpin utama mereka merupakan bagasi penuh masalah. Ketika PH mencela kebobrokan BN dan menuduh fitnah PAS, mereka sendiri mengidap penyakit integriti dan maruah melibatkan penipuan, penyelewengan, skandal dan kleptokrasi.
PH tahu mereka masing-masing adalah ‘biawak hidup’ dan pakatan yang mereka jalin itu telah melarikan kendong sokongan undi dimiliki selama ini. Tentulah DAP paling terkesan dan sukar untuk menerima susutan tersebut apatah lagi kemungkinan kehilangan penguasaan yang ada. 
Strategi sesumpah
Bersisa baki yang ada, DAP percaya mereka masih punya imbangan tambahan undi bersumber dari PAN dan PPBM. Ketika sama PKR atas Kerajaan Negeri Selangor diterajui dan PPBM yang berpengerusikan Tun M, menjadi aset penting untuk sokongan wang sebagai ‘kekuatan’ utama.
Tetapi DAP perlu tamak untuk menang dan berkuasa, setelah pula ‘pelaburan dan pengorbanan’ besar dibuatnya terhadap PAN, PKR dan PPBM. Untuk itu, DAP mesti mengendur dan meredakan persepsi sasarannya, yakni pengundi Melayu Islam.
DAP berjaya memboneka Tun M dengan mengikonkannya sebagai calon Perdana Menteri Ketujuh. Diwajahkan bekas PM selama 22 tahun itu penuh suci, bertaubat, dimaafkan dan mahu menebus kesilapan. Menjadikan Tun M paling ampuh untuk menghadap kehangatan pertembungan bagi menjatuhkan BN. 

Gelojak pengundi yang juga mahu menjatuhkan BN ‘disatukan’ mereka kepada Tun M. Menggunakan Mahathir juga, reputasi PAS cuba digoncang dengan beberapa isu dan pendekatan antaranya Memali, ziarah kubur dan memuji tokoh PAS. Selain mendapat ‘tenaga diperbaharui’ daripada Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Namun, DAP perasan bahawa pengundi tetap nampak rupa paras sebenarnya yang sangat mudah dikenali. DAP mesti menutup semua potensi isu berbangkit atas kelihatannya. Maka DAP perlu halimunan dan untuk mencapai itu, PH disyorkan bersetuju dengan satu logo yang sebenarnya menjadi ‘Gharqad’ menyelindungi segala cela.
Hakikat logo mata
Persembunyian disebalik logo PKR itu mesti dibongkar di mana terdapat 46 calon DAP dengan 44 daripadanya adalah bukan Islam. PAN pula biarpun hanya bertanding 34 kerusi, tetapi wajib dilihat sebagai proksi DAP yang sangat patuh dan tunduk. Potensi DAP juga terletak pada 32 kerusi yang ditandingi calon bukan Islam dari komponen PH lainnya. Bermakna, terdapat keseluruhan 78 calon bukan Islam dalam PH. 
Faktanya, daripada 78 kerusi ini, 48 daripadanya telah dimenangi pada PRU13 lalu dan mereka yakin mengekalkannya bersama kemenangan tambahan di 18 kerusi bukan Islam baharu. Jika tercapai, bukan Islam PH akan ada sekurang-kurangnya 66 kerusi dan melebihi separuh dari majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Perancangan strategik DAP ini tidak boleh dipandang ringan, bahkan mereka mendapat sokongan para paderi yang turut terlibat dalam kerja-kerja pilihan raya. Ini sebagaimana kursus Polling Agent and Counting Agent (PACA) yang dianjurkan menerusi gereja-gereja. Demikian itu, para pengundi Islam adalah penyelamat, pastikan logo mata (PKR) tidak diundi! - HARAKAHDAILY 8/5/2018

7 comments:

  1. Kita sokong dan undi parti Islam PAS kerana:

    1. PAS menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik PAS.

    2. Pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berjuang untuk membela, memartabatkan dan memperkasakan agama Islam, institusi Islam, ulama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat walaupun parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi bergabung menyerang, memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

    3. Pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll berbanding dengan pemimpin Be End dan pemimpin PH yang telah atau sedang disiasat oleh SPRM kerana ked rasuah.

    4. Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah yang bererti kita wajib menolak semua agama lain dan ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, kafir harbisme dll.

    5. PAS menentang kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, atheis, LGBT, pesta arak terbuka dll yang dipromosi oleh parti sekularisme, liberal, pluralisme, dan kafir harbi.

    ReplyDelete
  2. Dah berapa orang hari ni jadi kafir, munafik, murtad ? Adakah anda yakin tak doh LBGT, nationalist, liberal dan plural undi parti PAS? Jgn petik satu ayat fit into a puzzle. Ada mimpi baru?

    ReplyDelete
  3. Fakta2 dalam petikan rencana di atas adalah "ciptaan" penulis. Bagaimana kalau saya katakan unsur2 FREEMASON telah menyerap ke dalam jiwa pemimpin tertinggi PAS?

    ReplyDelete
  4. Unsur2 FREEMASON:
    1-Meletakkan PARTI lebih tinggi dari Agama ...Sanggup menuduh orang lain murtad, bercerai dengan suami/isteri kerana perbezaan parti, Bai'ah menceraikan isteri bila keluar parti dll.
    2-Pembohong, pendusta...ada pada Hj Hadi.
    3-Spin berita , ada pada ahli PAS.
    3-Apa yg PAS buat boleh termasuk dahulu baik dgn DAP, sekarang berpisah dgn DAP dan kutuk2 parti yg berbaik dgn DAP termassuk menuduh bersubahat dengan Yahudi.
    4-Pemimpin PAS makan dedak (rasuah) boleh? Bukti, bila calo PH gagal masuk bertanding DUN Rembau, calon PAS turut tidak masuk bertanding dan beri kemenangan percuma kepada Mohamad Hasan.

    ada 1001 lagi ciri2 FREEMASON dalam PAS, semua telah difahami pengikut PAS. Lihatlah keputusan PRU ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu barua dedak roket 10:51am adalah penjaja fitnah maka tidak hairanlah pakatan wayang DA-Pig menentang RUU anti-berita fitnah.

      Fakta:

      1. PAS menjadikan Al-Quran, Sunnah , Qias dan Ijma sebagai perlembagaan PAS yang bererti Islam adalah keutaman PAS.

      2. Dakwaan kamu tanpa bukti. Kamu penjaja fitnah

      3. PAS berkerjasama dengan DA-Pig sebab DA-Pig bersetuju menghormati Islam. Apabila DA-Pig melanggar janjinya sendiri, PAS menolak DA-Pig.

      Rasulullah s.a.w. sendiri membatalkan kerjasama dengan Yahudi apabila Yahudi menentang Islam.

      4. Dakwaan tanps bukti adalah fitnah.

      Kamulah barua Yahudi Zionis yang menentang perjuangan Islam.

      Delete
  5. Nampaknya barua ternakan lim gonna end dan kit sial adalah penjaja fitnah kerana semua dakwaan karut mereka tidak disokong oleh sebarang bukti .



    ReplyDelete
  6. DA-Pig dan pakatan haprak dipimpin okeh puak evangelis.

    Dr Kamarul Yusoff berkata, jika dibuat kajian dan penelitian ke atas gereja memang jelas pembabitan mereka dalam politik kepartian termasuk membuat pembohongan.

    Beliau menegaskan, “Bukti aktiviti begini memang wujud pun, malah bukti sebahagian mereka mahu menegakkan politik secara yang dikehendaki oleh ajaran mereka pun banyak.” “Termasuk juga aktiviti Johor for Jesus, KL for Jesus atau Subang for Jesus dan sebagainya yang menunjukkan matlamat mereka lebih dari sekadar untuk keagamaan,” jelas beliau.

    Read more at: https://www.menara.my/mungkin-gereja-tidak-mahu-tembelangnya-pecah-dr-kamarul-zaman-yusoff/

    ReplyDelete