Friday, May 04, 2018

K'jaan DAP Didakwa Mungkir Janji Hapuskan Tol. S/Nyior -T/Pengerusi PCM



BUTTERWORTH 4 Mei – Lebih 100 orang mengadakan demonstrasi membantah Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mereka memungkiri janji untuk menghapuskan tol Lebuhraya Sungai Nyior di sini.

Diketuai Timbalan Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, kumpulan berkenaan yang turut disertai ahli Penang Front Party (PFP) dan Pas turut membawa pelbagai sepanduk mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut Cheng Guan, Guan Eng sepatutnya tidak membuat janji kepada rakyat untuk menghapuskan tol itu sekiranya tahu perkara berkenaan bukan berada di bawah bidang kuasanya.

“Adakah beliau mahu memperbodohkan rakyat negeri ini dengan membuat tawaran yang tidak mampu di-tunaikan?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Yang turut hadir, Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan, Mohd. Yusof Ghazali dan Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi.  Lapor UTUSAN ONLINE
Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

No comments:

Post a Comment