Friday, May 25, 2018

K'jaan PAS T'ganu Terus Mula Tunai Janji Di Manifesto. Ininya..


KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu yang baharu mengambil-alih pentadbirannya telah menunaikan beberapa janji awal manifesto Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiga janji manifesto awal PRU14 lalu mula ditunaikan.

Maklumnya, antara janji manifesto PAS pada kempen PRU14 jika Terengganu berjaya diperintah akan menangguhkan bayaran pinjaman Yayasan Terengganu.

"Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal.    
"Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu," jelasnya kepada media.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Besar Terengganu selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di U2 Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Selain itu menurutnya, janji manifesto mengenai Karnival Kahwin kali pertama percuma setiap Dun akan dilaksanakan pada bulan Jun depan.

"Karnival Kahwin, pakej pertama pada bulan Jun 2018 ini. Kita (kerajaan) buat di peringkat 32 Dun. terus 
"Peserta baharu, kita buka semula pendaftarannya sekarang untuk pakej kedua bulan November 2018, akhir tahun ini. 
"Permohonan boleh dibuat di Pejabat Khidmat Dun masing-masing atau di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)," ujarnya.

Menurutnya, pakej perkahwinan itu bagi meringankan beban rakyat yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja agak besar. -HARAKAHDAILY 24/5/2018

No comments:

Post a Comment