Wednesday, May 02, 2018

Kor Ming, Kuan Yau Dibidas Biadab Kutuk Melayu




Tindakan Nga Kor Ming dan Hee Kuan Yau menggunakan kata kesat dan merendahkan orang Melayu serta Islam dalam ceramah mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan kurang ajar.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, tindakan Pengerusi DAP Perak dan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sentiasa menanti peluang untuk menyerang orang Melayu.
Justeru, pemimpin PAS tersebut menyeru supaya umat Islam di negara ini segera berhenti daripada bertelagah atau menentang sesama mereka sehingga akhirnya menampakkan kelemahan sendiri dijadikan bahan hinaan oleh DAP.
“Pertama saya lihat keberanian dan keceluparan pemimpin DAP merendah-rendahkan orang Melayu memang tidak bolehlah. Tetapi, kita juga perlu ingat kenapa orang (DAP) berani memburukkan kita (umat Islam) secara terbuka.
“Bagi saya ini turut disebabkan kesalahan antara kita juga yang tidak menyokong sesuatu perkara besar melibatkan kebaikan Islam. Sebagai contoh, kita ajak orang Islam sendiri kepada Islam seperti isu RUU355.
“Tetapi terdapat dalam kalangan kita (orang Islam) tidak setuju dengan itu (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lalu.
“Apabila orang Islam sendiri menentang Islam dan mereka (DAP) lihat secara tidak langsungnya dia semakin berani untuk menyerang balik orang Islam,” kata Hashim ketika ditemui media di Arau, Perlis semalam.
Beliau yang juga calon PAS di kerusi Parlimen Arau mengulas demikian ketika ditanya mengenai sikap biadab Kor Ming dan Kuan Yau dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.
Dalam pada kegagalan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengawal dan mengambil tindakan tegas terhadap Kor Ming dan Kuan Yau menunjukkan seolah-olah beliau sendiri merestui perbuatan dua pemimpin terbabit.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, di Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sikap berdiam diri pemimpin supremo DAP itu sehingga kini turut menimbulkan pelbagai kemusykilan.
Kata beliau, perbuatan jelik Kor Ming dan Kuan Yau boleh dianggap sebagai hasil produk DAP sendiri untuk memecah belah perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama hidup harmoni di negara ini.
“Mustahil Kit Siang akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana kedua-duanya merupakan kesayangan beliau. Jika tidak diambil tindakan bermakna Kit Siang merestui perbuatan mereka. Ini sudah jelas dan ­nyata.
“Bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh ahli Barisan Nasional (BN), habis satu Malaysia beliau akan kritik supaya diambil tindakan tetapi apabila melibatkan ‘geng dia’, Kit Siang hanya diam seribu bahasa,” katanya.
Antara kata-kata hina Kor Ming apabila me­nyentuh warna kulit gelap Menteri Besar Pe­rak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir manakala Kuan Yau mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penipu agama.
Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass pula berasa pelik dengan tindakan Kit Siang membenarkan bekas pemimpin kanan yang juga dikenali ‘Superman Hew’ untuk berceramah.
Kata beliau, Kuan Yau sepatutnya dihalang terus daripada memberi sebarang ceramah dalam mana-mana majlis DAP sekiranya benar parti itu tidak berunsur perkauman seperti yang didakwa.
“Jadi, soalan saya, adakah perletakan jawatan Kuan Yau itu satu gimik politik?”soalnya mempertikaikan Kuan Yau yang pernah dikecam pelbagai pihak kerana keceluparan mulutnya sendiri.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai di Selangor, Jenice Lee pula menyifatkan sikap Kor Ming dan Kuan Yau sebagai tidak mempunyai perwatakan yang baik dan berbudi bahasa.
“Meskipun ia merupakan isu dalaman parti (DAP), namun kita tidak menyokong mana-mana pemimpin untuk bebas menggunakan bahasa kasar. Ia tidak sopan langsung,” ujarnya. 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: 

Siri Politik Islam Masakini 
-Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

6 comments:

Anonymous said...

KEBODOHAN BARUA TERNAKAN DA-Pig MENGALAHKAN KEBODOHAN HAIWAN TERNAKAN.

Tindakan puak munafik yang memimpin parti sekular liberal menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig pimpinan puak evangelis yang telah menentang, menfitnah , memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud dll dan perjuangan Islam dan menafikan hai umat Islam dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti pesta arak terbuka, murtad, atheis, LGBT dll adalah di antara tindakan paling bodoh di dunia ini kerana:

1. tindakan sesat ini menyebabkan puak munafik ini tergolong kepada puak evangelis.

2. puak munafik ini menentang Allah dan Rasulnya.

3. puak munafik ini telah membatalkan iman mereka sendiri.

4. Fakta 1, 2 dan 3 menyebabkan puak munafik ini sama seperti haiwan ternakan bahkan mereka lebih buruk dari haiwan ternakan.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al-A'raaf 7:179)

Anonymous said...

Dap memg ditubuh untuk anti islam dari dulu hingga bila2. Tapi yang hairan parti melayu pun bersekongkol bersama2 tolak islam sekarang mereka bersama2 hentam perjuangan islam. Antara parti umno bn dan pkr ph dan pas sapa yang istikomah perjuangkan islam. Dan parti mana yang 24jam dihentam. Ph sebenarnya tongkat umno.

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2017/08/20/kit-siang-bohong-kata-tak-anti-islam-melayu/amp/

Kit Siang bohong kata tak anti-Islam, Melayu

BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Kenyataan penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa dirinya tidak anti-Melayu dan Islam jelas menunjukkan dia bercakap bohong.

Ibarat sudah terang lagi bersuluh, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, Kit Siang tak perlu berselindung atau cuba menunjuk baik, hakikatnya semua orang tahu dia memang anti-Islam dan Melayu.

“Saya tak tuduh dia. Tetapi tindakan dan kenyataan dia bersama DAP sebelum ini secara lantang sudah jelas menampakkan memang anti-Islam.

“Banyak sikap DAP anti-Islam. Mereka sokong Interfaith Council (IFC), mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka terlibat dengan COMANGO. Mereka juga yang tuntut supaya dibenarkan seks songsang dan tidak dikategorikan sebagai jenayah.

“Mereka memperlekeh institusi agama, bahkan mereka juga yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Titah Sultan mereka tidak terima dan secara jelas mereka menyatakan menolak hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan.

“Mereka melobi negara luar tekan kerajaan Malaysia untuk lawan Perlembagaan. Mereka menolak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mahukan bahasa lain sama taraf. Mereka juga minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Adakah itu tidak anti-Islam? Itu baru sedikit. Hakikatnya banyak lagi tindakan Kit Siang dan pimpinan DAP ini memang anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam.

Semalam Kit Siang berkata, tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia.

http://www.ismaweb.net/2017/08/kit-siang-dakwa-tak-anti-islam-anti-melayu/

Komentar Facebook

Anonymous said...

https://v2.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP Tetap Anti-Islam Walau Berkawan Dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

KATA PEDANG: Setuju pemimpin bermasalah perlu ditukar tapi bukan dengan DAP dan konco-konconya.

Anonymous said...

PEMBETULAN:


Tindakan puak munafik yang memimpin parti sekular liberal menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig pimpinan puak evangelis yang telah menentang, menfitnah , memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud dll dan perjuangan Islam dan menafikan HAK umat Islam dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti pesta arak terbuka, murtad, atheis, LGBT dll adalah di antara tindakan paling bodoh di dunia ini kerana:

Anonymous said...

Video knp jgn sokong dap tu terbaik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails