Saturday, May 26, 2018

KPDNKK Kesan 99 Barang Naik Harga




KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis barang menerusi operasi pemantauan harga pasaran.

Antara yang mengalami kenaikan harga ialah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.
Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, pegawainya melaksanakan pemantauan harga bagi meninjau perubahan harga di pelbagai lokasi antaranya di pasar raya, pasar basah dan kedai runcit.
“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).
“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.
“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ummi Nasrah juga berkata 103 jenis barangan menunjukkan penurunan harga, manakala barangan lain masih kekal pada harga sama.
“Harga ikan cencaru turun RM1 menjadikan harga pasaran ikan itu kini RM7 sekilo. Begitu juga harga udang putih alami penurunan harga sebanyak RM2 menjadikannya RM24 bagi setiap kg.
“Memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, saya mengesyorkan supaya pengguna menjadi `pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli-belah atau menggunakan aplikasi `Price Catcher’,” katanya.
KPDNKK turut memaklumkan sepanjang dua minggu lalu tiada sebarang aduan diterima khusus mengenai kenaikan harga barang.
Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna diminta menghubungi kementerian di talian 03-800 886 800, membuat aduan di aplikasi ez-adu atau menerusi emel kepadaeaduan@kpdnkk.gov.my – Metro Online

8 comments:

Anonymous said...

Wah betapa bijak pengundi-pengundi yang telah mengundi pakatan semata-mata kerana manifesto pakatan telah berjanji untuk meringankan beban rakyat.

Sekarang mereka boleh bergembira dan memberi ucapan syabas dan tahniah kepada kerajaan pakatan kerana kenaikan harga 99 ( bukan 999) barang keperluan asas rakyat.

ted manoff said...

Biasalh tuu..menteri blm dilantik lagii..bawa bertenang ibnu hashim jgn cpt jatuh hukum..ph mewarisi hutang lebih 1trilion kerajaan bn dulu..baru 2 minggu ph naik mesti khucar kacir sikit tapi ph tetap akn tunai janji...ruu335 apa cherita ibnu..

Anonymous said...

Bodoh sungguh ko nie

Anonymous said...

Ruu pa cita? Bagi pluang bentang g mintak tngguh. Dasar penunggang agama.

Anonymous said...

munafik 9:24 am berpura-pura tanya RUU sedangkan puak munafik liberalnya yang menentang RUU tersebut dan buat kecoh dalam parlimen semasa pembentangan. Dasar munafik bangsat.

I said...

Kita sama2 tunggu...ko kata orang bodoh..samalah dengan kossekali... bodoh x99

I said...

Apa yg munafiknya ruu tersebut belum sempat dibahas pun. baru bacaan pertama dah kata orang bangkang... apa punya bangang daaa...suruh sekolah ponteng..dah tak berapa pandai nk tuduh2 orang munafik pulak...

Anonymous said...


Nampaknya masih ada lagi katak pura hidup bawah tempurong tulis komen tahap bawah tempurong untuk menegakkan benang basah.

Bukankah puak pakatan yang histeria melakukan pelbagai kekecohan untuk mengganggu pembentangan RUU 355 di parlimen sehinggakan perbahasan RUU terpaksa ditangguhkan?

Siapa lagi jika bukan puak munafik yang suka menentang usaha memartabatkan dan memperkasakan undnag-undang Syariah dan mahkamah syariah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails