INI komen dari seorang pengomen dalam Blog Ibnu Hasyim di bawah tajuk artikel 'Satu Contoh Buruk, Selebriti Ini Tidak Keluar Meng....
Anonymous said...
Anonymous said...
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Cadangan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Miri,Dr Michael Teo Yu Keng yang mahu mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan disifatkan sebagai kurang ajar dan sengaja mencetuskan ancaman kepada agama Islam.
Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, usul seumpama itu dilihat sebagai satu cabaran bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, barisan Kabinet dan Ahli Parlimen lain.
Bahkan, ia juga adalah cabaran kepada seluruh umat Islam di negara ini, untuk melihat sejauh mana mereka sensitif menolak usul berkenaan.
“Inilah bahana politik tanpa asas agama, tetapi sekadar meraih undi. Ini juga merupakan kesinambungan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) yang antaranya menuntut penghapusan agama pada kad pengenalan.
“Kenyataan YB Dr Michael Teo Yu Keng dianggap kurang ajar dan memberi ancaman kepada agama Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Kesal dengan perkara itu, Aminuddin berkata, cadangan seumpama itu membuktikan bahawa kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu bukan saja kejayaan hapuskan kleptokrasi, tetapi juga bagi puak liberal yang giat menggugat agama umat Islam.
“Ini adalah usaha2 licik bagi menghilangkan rasa izzah umat Islam terhadap agama. Masyarakat akan celaru kerana tidak lagi akan kenal mana yg islam mana yg tidak.
“Malah ia akan menggalakkan gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Teo Yu Keng yang dimuat naik di laman Facebooknya minggu ini, berhubung cadangan untuk mengusulkan pemansuhan status agama dalam kad pengenalan.
Katanya, dia bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen, di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan dalam kad pengenalan.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/cadangan-ahli-parlimen-pkr-miri-kurang-ajar-ancam-islam/
KOMEN: INILAH HADIAH DARI MP PAKATAN UNTUK UMAT ISLAM YANG MENGUNDI PAKATAN. JIKA MP PAKATAN MENAFIKAN HAK AGAMA ISLAM DAN HAK UMAT ISLAM, PENGUNDI-PENGUNDI PAKATAN JUGA AKAN MENDAPAT DOSA BESAR!
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga."
(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Soalan untuk pengundi MP pakatan yang menentang Islam:
Berdasarkan hadis di atas, jika kamu menyokong dan mengundi pemimpin zalim yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam, kamu bukan umat Nabi Muhammad s.a.w. maka kamu umat siapa?
Ruang utk mereka menyerang Islam begitu terbuka luas sekarang. Apakah ini pengorbanan yg dibanggakan?
ReplyDelete
ReplyDeleteArtikel yang menarik untuk dibaca:
Isu agama amat relevan dalam PRU14: Aminuddin Yahaya
Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/isu-agama-amat-relevan-dalam-pru14-aminuddin-yahaya/
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
ReplyDeleteoi pakatan jangan ikut kehendak setan
KALAU dinilai dari segi pencapaian PRU14, pada pandangan saya PAS merupakan parti paling cemerlang. Walaupun dihina, ditohmah, difitnah dengan pelbagai isu tetapi PAS telah berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu.
ReplyDeleteHampir-hampir menguasai Kedah dan hampir menjadi ‘kingmaker’ di Perak, juga merebut beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.
Ini semua kawasan majoriti Melayu Islam dan mempunyai ramai pengundi muda. PAS hampir-hampir buat ‘clean sweep’ di Terengganu dan Kelantan.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/isu-agama-amat-relevan-dalam-pru14-aminuddin-yahaya/