Sunday, May 27, 2018

Lagi Akhbar Charlie Hebdo Hina Gadis Berhijab.

Akhbar Charlie Hebdo hina gadis berhijab
PARIS - PERANCIS. Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo menyertai kempen kebencian digerakkan ahli politik dan beberapa pengamal media terhadap pemimpin Kesatuan Pelajar Universiti Paris Sorbonne, Maryam Pougetoux.

Pougetoux dipilih menerajui Kesatuan Pelajar Kebangsaan Perancis (UNEF), namun pemilihannya tidak disenangi golongan konservatif kerana beliau beragam Islam.

Malah, kemunculannya di kaca televisyen minggu ini turut dilabel sebagai menjatuhkan maruah UNEF kerana Pougetoux muncul dengan imej berhijab. Susulan itu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun provokatif dengan menggambarkan Pougetoux sebagai seekor monyet memakai hijab dengan kapsyen "mereka memilih saya untuk mengetuai UNEF.'

Difahamkan, kartun itu adalah penerbitan terbaharu akhbar kontroversi tersebut yang mempunyai sejarah cukup panjang dalam menyemai kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya. Pada 2015, pejabat penerbitan Charlie Hebdo di Paris menjadi sasaran serangan militan yang mengorbankan 12 orang.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mencetuskan kontroversi apabila mengkritik pemakaian Pougetoux kerana ia jelas bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Malah, Collomb secara sinis mendakwa gadis Muslim berusia 19 tahun itu merancang untuk melancarkan 'perang' budaya. Sementara itu, Pougetoux mempertahankan dirinya mengatakan keputusannya untuk memakai hijab tiada kaitan dengan politik dan ia hanya memenuhi tuntutan agama.

Baru-baru ini, Pougetoux muncul dalam sebuah dokumentari televisyen Perancis untuk membincangkan protes pelajar mengenai pembaharuan pendidikan yang dicadangkan Presiden Emmanuel Macron. - Middle East Monitor

3 comments:

Anonymous said...

'Najib perlu jelaskan mana pergi RM33 bilion dana 1MDB' Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB. "Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011? "Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia? "Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini. Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.

Mak!!!!!! Tolongggggggggggggggg!!!!!!!

Anonymous said...


Pakatan menang kerana cybertrooper dan pemimpin pakatan mencipta dan menjaja pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan perjuangan Islam PAS. Suatu kemenangan yang menjijikkan seolah-olah seperti suatu kejayaan pencuri memecah masuk rumah orang untuk mencuri dan menjadi kaya!

Anonymous said...


Kejayaan pakatan adalah seperti kejayaan dajal kerana kedua-duanya menggunakan fitnah dan penipuan sebagai modal untuk memukau dan menipu orang ramai. Tiada bezanya antara pakatan dan sendiket skim cepat kaya di mana towkay bermodalkan air liur menjadi kaya raya dan pelabur menjadi mangsa papa kedana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails