Friday, May 18, 2018

Lebih RM35,000 Wang Ceramah Dicuri Sukarelawan DAP.

Hasil carian imej untuk sukarelawan   daP -ceramah


PETALING JAYA, 2 Ramadan 1439H, Jumaat – Seorang sukarelawan wanita DAP dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang hasil kutipan ceramah parti berjumlah RM35,019.45, minggu lalu.
Chung Siew Kim, 41, seorang peniaga dalam talian itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.
Wanita itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM34,428.45, dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75, mata wang Thailand 100 baht (RM12) dan mata wang Amerika Syarikat US$1 (RM4) di Pejabat DAP, Damansara Servis Center, No 55M, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, di sini, pada 4 petang, 9 Mei lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes.- Bernama

No comments:

Post a Comment