BAGHDAD – Wartawan penyiaran televisyen Arab, Muntadhar al-Zaidi yang pernah mencetuskan kontroversi dengan baling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pada tahun 2008 lalu, dikatakan sedang mengejar kerusi Parlimen di Iraq.
Kira-kira 10 tahun selepas insiden tersebut, Zaidi mengimpikan kerusi di dalam Majlis Perwakilan Iraq, lapor IB Times. Negara bergolak itu bakal mengadakan pilihan raya pada 12 Mei ini bagi jawatan presiden dan perdana menteri serta bakal melantik 238 orang ahli di dalam majlis perwakilannya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai rasional tindakan beraninya itu kepada wartawan Rusia, Anissa Naouai dalam satu wawancara pada tahun 2015 yang lalu.
“Saya (al-Zaidi) melakukannya kerana pembunuhan lebih 1.5 juta rakyat Iraq dan lima juta lagi kehilangan tempat tinggal.
“Lebih lima juta kanak-kanak menjadi anak yatim dan lima juta wanita menjadi balu. Ia sebagai tambahan kepada kecurian sumber asli Iraq, kemusnahan dan perpecahan di negara ini,” ujarnya.
Dalam kejadian itu, al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik ketika membuat lawatan perpisahan ke negara teluk itu pada 2008.
Ketika Bush sedang berucap, tiba-tiba al-Zaidi berteriak dalam bahasa Arab: “ini ciuman perpisahan untuk kamu, anjing!” sebelum membaling sebelah kasut yang dipakainya.
Bush bagaimanapun sempat mengelak dan mendakwa wartawan itu hanya melakukannya untuk mendapatkan perhatian ramai.
Namun, al-Zaidi menolak dakwaan tersebut dan mengakui bahawa dia memang telah merancang terlebih dahulu sebelum bertindak demikian.
Akibat tindakannya itu, akhirnya dia telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, tetapi kemudiannya dikurangkan menjadi sembilan bulan.
“Saya bukanlah seorang hero. Saya cuma bertindak sebagai seorang warga Iraq yang telah menyaksikan kesakitan dan pertumpahan darah terlalu ramai rakyat yang tidak bersalah.
“Saya tidak melakukan semata-mata kerana mahu ‘lakar sejarah’ atau untuk kepentingan materialistik. Saya hanya mahu mempertahankan tanah air saya,” kata Zaidi kepada akhbar The Guardian.
Bagi memperingati tindakan berani Al-Zaidi itu, sebuah monumen berbentuk kasut telah didirikan pada tahun berikutnya di Tikrit, iaitu bandar kelahiran bekas presiden Iraq, Saddam Hussain. (IH)
2 comments:
Bekas pencuri nak tangkap pencuri.. ye ke? Jgn melalut admin
Penyokong, khadam dan pemimpin ternakan lim gonna end dan kit sial perlu belajar makan babi sebab mereka menjadi alat parti roket menentang , menghina dan memburu-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Maka tiada perbezaan antara lim gonna end dengan kit sial dan barua mereka kerana mereka bersekongkol menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam.
Post a Comment