TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
“Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan baginda bersedia untuk memberi pengampunan segera kepada Datuk Seri Anwar, jadi kami akan menyiapkan proses dokumen.
“Ia adalah pengampunan secara penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan.
“Jadi selepas itu, beliau bebas untuk menyertai politik,” kata Mahathir dalam sidang media di ibu negara. Namun pihak Istana Negara setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kesahihan perkara itu.
Menjawab soalan lain, beliau berkata untuk menyertai barisan Kabinet, Anwar perlu menjadi anggota Parlimen terlebih dahulu, “jadi proses ini akan mengambil masa yang panjang”.
“Sama ada Anwar akan segera menyertai Kabinet atau tidak akan diputuskan bila tiba masanya,” kata Mahathir. Memohon pembebasan dan pengampunan bagi Anwar adalah satu daripada janji dalam manifesto pilihan raya PH.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya. – BERNAMA
6 comments:
Amiin
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
hai pakatan jangan ikut perangai setan
bila dah ada kuasa
takutlah janji Allah bagi sesaipa yang pecah amanah
Jgn sebut pakatan shj..
Pesan juga pd krjn negeri Trengganu dgn Kelantan
Kerajaan kelantan bersih kerajaan terengganu baru sekarang baru pun dah terbukti bersih sebab pernah perintah tahun 1999 dulu. Tapi kerajaaan pakatan baru mesti telus dalam mendakwa persalah bukan hanya 1mdb tapi pada semua yang telah ada dakwaan baru bersih kalau ada yang ditinggalkan nnt pembangkang tuntut jangan marah pembangkang pulak.
Bila agaknya royliti minyak pada negeri sarawak sabah kelantan dan terengganu nak di bayar. Agak2 kerajaan baru nak bagi ke kalu tak sama aja bn umno dng pkr ppbm.
Dlm manifesto ph dia akan pulang 20 peratus royalty kan klu x silap
Post a Comment