Monday, May 07, 2018

'Mahathir Kini Pelik'. -Dedah B/Ketua Hakim Negara.




BONGKAR… Ini bukannya cakap kosong orang tepi jalan. Siapa yang tidak kenal dengan Tun Abdul Hamid Mohamad iaitu bekas Ketua Hakim Negara yang kelima dari tahun 2007 hingga 2008.

Beliau yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2015 lalu dikenali antara hakim yang lantang gigih mempertahankan kesucian ajaran Islam termasuk melarang kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Pada 2014, anak jati Pulau Pinang itu pernah mendedahkan agenda jahat pihak tertentu mahu mengkristiankan masyarakat Melayu dengan berselindung di sebalik tema hak asasi manusia dan pemikiran liberal pluralisme.
Bahkan, Abdul Hamid, 76, pada tahun itu pernah menyarankan UMNO dan PAS bergabung demi memastikan nasib umat Melayu Islam di Malaysia tidak menjadi seperti etnik pribumi Red Indian di Amerika Syarikat yang disisihkan.
Beliau malah mendedahkan Pakatan Rakyat ketika itu dan kini dikenali Pakatan Harapan, sebenarnya dikuasai DAP yang jelas agenda mahu hapus segala kepentingan hak Bumiputera dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini Abdul Hamid menulis pandangan peribadi mengenai senario menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menerusi surat terbuka disiarkan dalam laman blog rasmi beliau dengan tajuk sinis PRU-14: Sedikit Pemerhatian.
Antara yang menarik katanya pemimpin blok pembangkang itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampak seperti orang pelik yang sudah buang tabiat sehingga membuat pusingan U dalam banyak perkara yang dilakukannya dahulu.
Mengenai watak Presiden Pakatan Harapan yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Abdul Hamid menyindir dengan berkata “Janganlah nampak seperti pelakon opera Cina yang lengkap dengan kipasnya.
BERIKUT IALAH TULISAN PENUH TUN ABDUL HAMID MOHAMAD:
Saya bukanlah peminat ucapan-ucapan ahli politik tempatan, apatah lagi di musim pilihan raya. Ini kerana, pertama, saya tidak suka cara mereka menjerit-jerit, seolah-olah suara siapa yang paling kuat dialah yang betul.
Saya teringat firman Allah SWT dalam al-Quran Surah Luqman ayat 19 yang bermaksud “….dan sederhanakanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.”
Kedua, saya tidak tertarik dengan apa yang dikatakan mereka yang penuh dengan kata mengata, kutuk mengutuk, tuduh menuduh dan apa sahaja yang tidak baik mengenai lawan politik semasa mereka itu.
Jika kita mengharapkan “golongan ulama” untuk menunjuk teladan yang berlainan, kita akan kecewa. Mereka juga serupa. Jika hendak mendengar apa yang tidak baik, dengarlah ucapan ahli politik di musim pilihan raya.
Jika kita menerima semua yang dikatakan oleh mereka, penyudahnya ialah mereka membuktikan bahawa mereka semua, tidak kira parti apa, adalah sama, seperti yang mereka pernah katakan.
Tetapi, sekali-sekali saya buka Youtube untuk lihat apa dinaikmuatkan. Mengenai sambutan orang ramai kepada ceramah Pakatan Harapan, di peringkat awal, ia cuma menunjuk penceramah dan tidak ditunjuk pendengarnya.
Tetapi kebelakangan ini, terutama sekali jika penceramah itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mohamad Sabu atau Mat Sabu, ia menunjukkan pendengar puluhan ribu orang. Kemudian, kebetulan saya terlihat seorang aktivis NGO.
Saya tidak tahu namanya dan dari petubuhan mana dalam lingkungan umur awal 40-an. Jika tidak silap dia berkata dialah yang melawan Khairy Jamaluddin di kerusi Rembau dalam PRU ke-13 dan mengurangkan majoritinya.
Bayangkanlah daripada lebih daripada 20,000 kepada majoriti lebih kurang 3,000. Kali ini dia berkempen bagi pihak BN pula.
Semasa membuat satu kenyataan akhbar di Langkawi, antara lain, katanya, “Hari Mahathir datang ke Langkawi, jeti di Kuah dan lapangan terbang antarabangsa Langkawi adalah sibuk.” Ertinya orang luar yang banyak datang.
Saya bertanya seorang orang Langkawi, penyokong BN, “Yang ramai pi dengar ucapan Mahathir tu orang Langkawi atau orang luar?” Jawabnya, “Depa import dari luar pun banyak. Penuh menginap kat (di) Pantai Cenang.”
Kemudian, saya terlihat pula YouTube Mahathir berceramah di Putrajaya. Kelihatan beribu orang yang hadir, hampir kesemuanya lelaki, berumur 20an atau awal 30an, memakai baju T tanpa kolar dan seluar jeans.
Masing-masing membawa colok dan menjerit “reformasi” semasa Mahathir berucap. Bagi saya, itu bukan rupa dan sifat orang Putrajaya. Orang Putrajaya adalah penjawat awam, kebanyakannya dalam lingkungan 40-an.
Jika mereka pergi untuk mendengar ucapan Mahathir pun, saya percaya mereka akan memakai baju kemeja atau, sekurang-kurangya, baju T berkolar, tidak bawa colok, mendengar diam-diam, apatah lagi menjerit “reformasi”.
Saya terus berpendapat bahawa mereka itu adalah penyokong atau orang upahan yang dibawa dari luar. Selain daripada apa yang saya telah sebutkan, rupa dan bentuk badan mereka adalah seperti pekerja binaan Indonesia.
Ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri bahawa pada malam itu berpuluh-puluh buah bas membawa orang luar masuk ke Putrajaya.
Orang-orang itu nampak seperti orang-orang yang sama dengan orang-orang yang menunjuk perasaan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh mahkamah buat kali pertama.
Mereka juga mengambil bahagian dalam tunjuk-tunjuk perasaan anjuran PKR dulu. Mereka bukanlah ahli PPBM, PAN apatah lagi DAP yang tentu sekali tidak akan jerit “reformasi” dan rupa orang Cina (DAP) juga tidak nampak.
“Reformasi” sebenarnya adalah cogan kata PKR apabila ia ditubuhkan dahulu, bukan pun cogan kata PPBM, PAN atau Pakatan Harapan. Lebih pelik lagi, ia dilaungkan semasa Mahathir berucap!
Mahathir pula nampak seperti orang yang sudah buang tabiat. Beliau membuat pusingan U dalam banyak perkara yang dilakukannya dahulu.
Dulu beliau menggunakan UMNO dan orang Melayu sehingga beliau dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama lebih daripada dua puluh tahun.
Sekarang beliau bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib, malah hendak menghancurkan UMNO. Beliau juga sudah tidak peduli kepada orang Melayu. Beliau berkata beliau akan reform Badan Kehakiman.
Sebenarnya beliaulah Perdana Menteri pertama yang campur tangan dalam kenaikan pangkat hakim. Sebelumnya, ia mengikut kekananan. Di samping itu, sudah lupakah kita kisah penyingkiran Tun Salleh Abas?
Sekarang, beliau telah pun berkata beliau akan melakukannya semula, jika menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Dalam hal ini beliau konsisten? Dulu beliau memusuhi dan menyingkir Anwar.
Sekarang beliau melutut kapadanya dan menggunakan logo PKR untuk melawan UMNO dan menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Siapa menunggang siapa akan kelihatan kemudian.
Dulu beliau mengutuk DAP dan Lim Kit Siang. Sekarang mereka menjadi rakan seperjuangan hingga DAP sanggup membuang logo roketnya. Sekali lagi, siapa akan menunggang siapa akan dapat dilihat kemudian.
Apa yang nyata, dulu DAP yang mahu bilangan penjawat awam dikurangkan setengah. Serang Tun Dr Mahathir yang berkata demikian. Sudah lupakah beliau bahawa penambahan besar tentu telah berlaku semasa pemerintahan beliau selama lebih daripada dua dekad itu?
Tidakkah beliau sedar beratus-ratus ribu yang akan dibuang dan menganggur itu adalah orang Melayu? Jika termasuk polis dan tentera, berjuta orang Melayu akan menganggur.
Setakat ini pun kita sudah nampak siapa menunggang siapa. Dulu Mahathir mengutuk Mat Sabu. Sekarang mereka sudah menjadi rakan seperjuangan, malah seolah-olah Mat Sabu adalah mentor Mahathir sekarang.
Perhatikan bahasa dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh Mahathir sekarang. Ia menyerupai bahasa dan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Mat Sabu dulu dan sekarang.
Cuma Mat Sabu menjerit tetapi Mahathir pula tidak. Jika beliau hendak menjerit pun, beliau sudah tidak ada tenaga lagi dan kesihatannya pun tentu tidak mengizinkanya lagi.
Sedikit mengenai Wan Azizah. Jika beliau hendak menjadi Perdana Menteri, nasihat saya ialah buangkanlah kipas kertas itu dan berjalanlah dengan tegak supaya nampak lebih assertive dan confident.
Janganlah nampak seperti pelakon opera Cina yang lengkap dengan kipasnya itu. Entah apa yang hendak dikipas atau adakah beliau cuba menutup mukanya kerana perasaan malu?
Biar apa pun alasannya, jika hendak menjadi Perdana Menteri, kipas itu kena buang terlebil dahulu. Itu pun, saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana beliau akan menjadi Perdana Menteri.
Beliau bukanlah “material” untuk jawatan itu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada 9 Mei 2018. Jangan salah ibu mengandung.
Tun Abdul Hamid Mohamad
7/5/2018
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

*Video bawah sekadar hiasan…

17 comments:

Anonymous said...

PAS dan UMNO adalah parasit yang banyak memudaratkan kewangan rakyat dan negara.Kedua parti ini sering berlomba2 dalam acara songlap duit rakyat ,1MDB dan negara.Kedua parti ini memang patut dibuang ke longkang pada PRU14 nanti.

Anonymous said...

sama aja amono jaman matde ngan matjib lani
bnayak menyusahkan ornag aja
dah puloh tahun merintah hukum hudud tak tegak
ada orang pas pung macam sewel pun ada
pas nak kuasa tapi buat ceramah pung kurang
apa hal ni

Anonymous said...

Lanun Bugis + Zahid Bangla + Datin Rosmah Bangla + Jho Low + Hadi + Ibnu Hasyim maka terkenalah Malaysia sebagai negara rasuah di dunia.

Anonymous said...

Nampaknya 3 komen di atas ditulis oleh orang yang sama iaitu barua ternakan roket yang suka menjilat sifu evangelis roket.

Anonymous said...

Umno BN adalah parasit yg byk memudaratkan kewangan rakyat. Dan diikuti rapat oleh pakatan harapan. Klu pakatan harapan menang maka pakatan harapan akan meninggal kan jauh bn sbb rekod cemerlang disabitkan dgn 21 kes salah guna kuasa

Anonymous said...

Hehehe sorry yer pas zero x dak kes. Klu nak masukkan dlm ranking masukkan pakatun harapang. Ada 21 kes tu. Tu belum lagi jumpa lubuk besar klu memerintah negara. Mungkin jauh lebih teruk drpd bn

Unknown said...

Ustad Hasyim, anda percaya ke itu adalah pandangan Tun Hamid bekas Ketua Hakim Negara.............?????
Tulisan itu very low quality - bunyi macam penyokong UBN atau PAS. Ada ke menasihat Wan Azizah buang kipas kertasnya kalau nak jadi PM!!!
Kalau yang tulis itu Mat Maslan atau Haji Hadi, boleh diterima akal. Mana mungkin seorang Ketua Hakim Negara yang biasa menulis bahan-bahan akademik ilmiah berkaitan undang-undang & perlembagaan, menghasilkan tulisan berbentuk gosipan dan cercaan low qualty ?
Memang susah nak diterima akal yang rasional.
Saya tak percaya he got such a low mentaliti. Tulisan ini betul-betul menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang intelektual dan bekas KETUA HAKIM NEGARA.
Jadi, saya tak fikir itu TUN HAMID.
Mesti penyamarnya dari kalangan UBN.

Anonymous said...

Parasit 9;46 pm ternakan pakatan opera DA-Pig adalah penjaja fitnah.

Pemimpin-pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah sedangkan sebilangan pemimpin-pemimpin dan kroni pakatan opera DA-Pig sendiri disiasat oleh SPRM.

Sifu evangelis roket pun sedang terketar lutut kerana dia sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah.

Cuba parasit pakatan ini ludah ke langit dan tunggu air liur jatuh ke muka parasit itu sendiri.

Anonymous said...

Malangnya puak pakatan opera roket sedang menjilat matde.

Malangnya matde pula dihina oleh pemimpin kafir harbi roket konon bila matde mati boleh main mahjong dengan lee ikan yu.

Anonymous said...

Komen ini menunjukkan minaah tidak cerdik sebab dia gagal memahami mesej yang tersirat dan yang tersurat.

Cuba fikir kaitan kipas tangan dengan perempuan tersebut dari segi psikologi dll.

Standard mentaliti minaah hanya melayakkannya sebagai barua atau pak turut sifu evangelis roket sahaja.

Anonymous said...

Cik minah undilah pas untuk mendaulatkan islam dimlaysia kita orang islam wajib bersama perjuangkan islam tolak sapa2 yang rasuah hina islam dan para2 penghina islam.

Anonymous said...

Jika minaah undi PAS, kita respect minaah sebab minaah berani melakukan perubahan.

Maka mentaliti minaah akan berubah dari seorang barua kepada seorang yang merdeka dari perhambaan sifu evangelis roket.

Come on minaah!

Unknown said...

PRU14 bukan mengundi untuk agama.
KITA SEMUA sudah ada agama, kecuali akidah kamu tidak kukuh,barulah menganggap ada orang boleh gugat agama kita.

ADA 5 PERKARA DALAM PERLEMBAGANA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH OLEH 22 KERUSI PARLIMEN (DEWAN RAKAYAT) ATAU MANA-MANA PARTI PUN YANG MEMB ENTUK KERAJAAN KECALI dengan persetujuan RAJA-RAJA MELAYU. LIMA PERKARA ITU IALAH;

1. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
2. Hak Istimewa raja-raja Melayu
3. Hak Istimewa orang Melayu
4. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
5. Hak pengistiharan Darurat

LIMA PERKARA INI TERPAHAT KEMAS DALAM PERLEMBAGAAN. Ia tidak boleh diubah sekalipun diluluskan 100% oleh 222 orang ahli Parlimen Kerusi Dewan Rakyat, tidak kira parti mana yan g membentuk kerajaan KECUALI mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja seperti yang disebut dalam Afrtikel 159(5) PERLEMB AGAAN PERSEKUTUAN.

Justru itu, segeralah berhenti daripada terus memperbodoh-bodohkan diri anda, khususnya orang-orang Melayu dan ISLAM.

PRU14 adalah PERIHAL MEMILIH CALON DAN PARTI MANA YANG MENAWRKAN DASAR, PROGRAM DAN KHIDMT YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT DAN NEGARA. BUKAN MASA UNTUK MEMILIH AGAMA ATAU PUN BANGSA.

Anonymous said...

PRU14 adalah sangat penting untuk agama Islam dan umat Islam kerana agama Islam dan hak umat Islam sedang diancam oleh parti sekular liberal seperti parti mahafiraun, parti kak jah liberal, parti mike selfie dada amoi dan parti kafir harbi seperti DA-Pig, Gelakkan, MaCAi, MICkey mouse dll yang telah menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.

Jika puak-puak sesat dan menyesatkan ini berkuasa , mereka boleh mengubah perlembagaan negara untuk mengubah negara Islam menjadi negara sekular liberal yang akan menindas dan menafikan hak agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Mengikut peraturan yang dibuat oleh mahafiraun sendiri iaitu jika DYMM Agong tidak tanda tangan keputusan yang diluluskan oleh parlimen, keputusan parlimen itu tetap berkuatkuasa selepas satu tempoh yang pendek.

Lihatlah bagaimana mahafiraun mengkhianati agama Islam dan umat Islam.

Lihatlah nasib malang umat Islam yang ditindas oleh pemerintah kafir Singapork. Ini bererti pakatan sarkis DA-Pig boleh mengubah negara kita menjadi republik singapork yang kedua.

Jika malapetaka ini berlaku, menanggis air mata darah sekali pun tidak berguna. Anak cucu cicit pasti akan meludah kubur ibu bapa dan datuk jika ibu bapa dan datuk nenek mereka mengundi parti sekular liberal dan parti kafir harbi dalam PRU14.

Oleh sebab itu marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk menjamin, melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat negara ini.

Anonymous said...

Minah ternakan sifu evangelis DA-Pig telah berdusta dan membohongi umat Islam supaya umat Islam mengundi pakatan wayang DA-Pig yang telah menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Jika pakatan wayang DA-Pig berkuasa, mereka akan mengubah perlembagaan persekutuan untuk mengubah negara Islam Malaysia (perkara 3(1)) kepada negara republik seperti republik singapork yang menindas agama Islam dan umat Islam.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 (Akta A584) telah meminda peruntukkan tersebut untuk memgehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berkenan akan suatu rang undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hanya diberikan kuasa untuk menangguh penguatkuasaaan rang undang-undang selama 30 hari sahaja sementara Parlimen mempertimbangkannya semula. Parlimen diberikan kuasa di bawah Fasal (4A) Perkara 66 sebagaimana yang diperkenalkan oleh Akta A584 untuk mengatasi kengganan baginda Yang di-Pertuan Agong dengan undian dua pertiga majoriti dijalankan berkenaan rang undang-undang yang tidak diberikan Perkenannya. Prosedur ini kemudiannya disusun semula oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 (Akta 885) yang mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berkenan dengan suatu rang undang-undang selama 30 hari sahaja sebelum ia menjadi undang-undang sebagai telah diperkenankan olehnya, dan sekaligus memansuhkan keperluan Parlimen untuk menimbangkannya semula. Pindaan ini yang masih dipakai sekarang telah berkuatkasa pada 24 Jun 1994.

Anonymous said...

Betul tu minaj. Oleh itu jgn lah pilih parti yg sama sahaja rakusnya dgn yg sedia ada. Baru perintah 2 negeri dah berpuluh kes salahguna kuasa. Itu tak termasuk nak liberal Islam di Malaysia. Klu agama Islam rasmi tapi liberal apa maknanya. Jadi pilihlah parti yg menawarkan dasar, program dan khidmat terbaik iaitu Pas insyaAllah aminn..

Anonymous said...

Betul tu minah. Oleh itu jgn lah pilih parti yg sama sahaja rakusnya dgn yg sedia ada. Baru perintah 2 negeri dah berpuluh kes salahguna kuasa. Itu tak termasuk nak liberal Islam di Malaysia. Klu agama Islam rasmi tapi liberal apa maknanya. Jadi pilihlah parti yg menawarkan dasar, program dan khidmat terbaik iaitu Pas insyaAllah aminn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails