Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) bersetuju anggota jemaah Kabinet diumumkan esok dan sebagai permulaan hanya ada 10 kementerian utama yang dibentuk.
Perdana Menteri paling tua di dunia itu berkata, semua empat pemimpin utama parti komponen daripada PKR, PAN, DAP dan PPBM bersetuju pada masa ini hanya Kabinet kecil dibentuk membabitkan kementerian penting.
“Kita tidak perlukan Kabinet yang besar. Untuk itu kami namakan 10 kementerian saja dan tidak namakan menteri. Setiap parti diberikan mandat untuk menentukan dan menamakan calon Menteri yang mereka fikirkan sesuai.
“Kami memberikan masa kepada setiap parti untuk bermesyuarat dan memilih kementerian yang mana mereka mahukan untuk meletakkan calon masing-masing. Majlis Tertinggi Presiden PH akan meneliti nama setiap calon.
“Ini untuk menentukan barisan Kabinet,” kata Mahathir yang juga Pengerusi PH dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara, hari ini.
Turut hadir ialah Presiden PH selaku Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.
PH yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), melakar sejarah apabila menang Pilihan Raya Umum ke-14 kelmarin menumbangkan kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO yang berkuasa lebih 60 tahun.
Dalam pada itu, Mahathir juga mengumumkan secara rasmi pelantikan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mengumumkan nama kementerian bakal diwujudkan tersebut antaranya Kementerian Kewangan.
Turut ditubuhkan ialah Kementerian Dalam Negeri selain Pertahanan; Pendidikan; Pembangunan Luar Bandar; Ekonomi; Kerja Raya; Pengangkutan; Multimedia, Sains and Teknologi dan tidak ketinggalan Luar Negeri.
Beliau menegaskan pendekatan sama rata akan dipraktikkan bagi menentukan Menteri dalam barisan Kabinetnya dan mendakwa kononnya beberapa lagi tambahan kementerian lain akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Semua wakil parti dalam PH akan diberikan jawatan tertentu dan setiap kementerian mempunyai kekuatan dan keutamaan masing-masing berdasarkan peranannya, ” kata Mahathir lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Kenapa pas berpuluh tahun apatahlagi dgn adanya perlembagaan partinya Islam Dan alquran Dan hadis gagal Dan akan gagal membentuk kerajaan persekutuan?
ReplyDelete...sebab ada orang seperti anda...
DeleteUstaz sekolah ana bagtu Sebab menjunjung sistem undi. Sistem parti. Yg akhirnya ahlinya mengejar jawatan. Dakwah hanya sekadar ceramah meriakkan parti
Delete