Saturday, May 26, 2018

Media Berhak Kritik, Tegur Pentadbiran Kerajaan PH - Anwar

Media berhak kritik, tegur pentadbiran kerajaan PH - Anwar
ANWAR: Media, seperti suara rakyat, harus bebas untuk memberi pandangan dan teguran. - BERNAMA

SEBERANG JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pimpinan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat Pakatan Harapan (PH) supaya bersedia menerima teguran dan kritikan daripada pengamal media.

Katanya, pengamal media berhak untuk membuat kritikan yang bertujuan memberi kebaikan kepada corak pentadbiran Kerajaan PH kelak.

Ujarnya, jatuh bangun sesebuah negara dan pemimpinnya bergantung kepada laporan berita yang disiarkan pengamal media.


Justeru, sebagai wakil rakyat, mereka perlu bijak menangani semua kritikan yang dibuat terhadap mereka.

"Rakyat akan pantau, media sekarang lebih bebas dari dahulu. Media berhak menegur dan mengkritik kerajaan negeri dan persekutuan Pakatan Harapan.

"Sebab itu kita mesti terima kenyataan. Media, seperti suara rakyat, harus bebas untuk memberi pandangan dan teguran… dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti UMNO, kita mesti sedia terima (kritikan) dan jawab," kata Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong PH di SP Arena di sini, malam tadi.


Menerusi ucapan julung kali di bumi Permatang Pauh itu juga,  beliau berterima kasih kepada rakyat kawasan itu yang disifatkannya amat setia apabila terus memberi kepercayaan kepada parti sehingga PH berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, beliau juga tidak akan melupakan jasa rakyat di seluruh negara yang telah membuat kejutan besar sehingga membawa kepada pembebasan dirinya.

"Seperti yang disebut ramai termasuk Nurul Izzah, saya takkan ada di sini kalau rakyat tidak menentukannya. Jadi saya berterima kasih.

"Saya sangat tergaru. Saya tidak akan lupa sehingga ke akhir hayat," tambahnya. (AA)

4 comments:

Anonymous said...


Kita pernah melihat seorang tokoh NGO Islam berceramah tentang Islam dan mengutukparti pemerintah kaw-kaw di universiti dahulu. Kita fikir dia akan join PAS tetapi sangkaan kita salah.

Selepas itu, dia buat u-turn menjadi pemimpin parti pemerintah. Dia berkata dia dapati tiada masalah dalam parti pemerintah. Kita terkejut melihat sikap hipokritnya.

Keberanian dia mencabar kedudukan boss menyebabkan dia dipecat dari umno dan didakwa di mahkamah kerana kes jenayah seksual.

Maka berdasarkan bukti dan saksi, dia dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim mahkamah. Akhirnya dia diampun dan dibebaskan yang bererti dia bukan 'suci'.

Malanglah negara kita apabila bekas banduan disambut seperti selebriti oleh beribu-ribu penyokong. Selepas ini bolehlah penyokong-penyokong tersebut menyambut bekas pencuri, perogol, penyamun, penipu dll seperti selebriti yang keluar dari penjara.

Wah luar biasa !

Anonymous said...

Pembetulan ralat perenggan ke 3 komen 12:03 PM:

Keberanian dia mencabar kedudukan boss menyebabkan dia dipecat dari parti pemerintah dan didakwa di mahkamah kerana kes jenayah seksual.

I said...

Seperti mana Rasulullah juga didustakan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan sehingga Allah swt menolongnya. Pertuduhan terhadap dsai penuh dengan keraguan dan komplotan yg boleh meragukan. Kes mahkamah dsai adalah kes sampah dan tak diterima pakai untuk dijadikan rujukan mana2 mahkamah di dunia ini. Ko masihvdibuai mimpi tahun 1998 ke....

Anonymous said...


Wah nampaknya cybertrooper 12:35 PM sedang mabuk todi tulis komen merepek dan merapu.

cybertrooper 12:35 PM ternakan pakatan adalah pendusta kerana:

(1) menyamakan Rasulullah s.a.w. dengan pemimpin liberal yang mengamalkan liberalisme yang bertentangan ajaran Islam.

(2) menghina hakim dan mahkamah kerana hakim telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas pemimpin tersebut berdasarkan bukti dan saksi yang mencukupi.

Jika cybertrooper 12:35 PM tidak berpuas hati , pergi tanya sendiri Dr M mengapa pemimpin liberal tersebut dipecat dari jawatan no 2 dan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan.

Cukup-cukuplah cybertrooper pakatan menjaja fitnah !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails