▼
Sunday, May 13, 2018
Menangani Gangguan Seksual, Diskriminasi Agama
PENGLIBATAN wanita dalam sektor pekerjaan negara meningkat daripada 5.72 juta orang dalam suku kedua 2017 kepada 5.76 juta dalam suku ketiga tahun sama seperti dinyatakan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kadar penyertaan mereka dalam tenaga kerja di Malaysia pada 2016 adalah 54.3 peratus. Berdasarkan trend semasa, kadar ini akan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Peningkatan di sektor pekerjaan ini juga bererti wanita terdedah kepada amalan diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.
Situasi ini boleh mengganggu kesihatan mental dan memberi tekanan psikologi ke atas wanita bekerjaya, sekali gus boleh menjejaskan peranan mereka sebagai tonggak keluarga dan membantu ekonomi negara.
Bagi menilai situasi ini, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) telah menjalankan satu kajian selama enam bulan tentang Amalan Diskriminasi dan Gangguan Seksual dalam Kalangan Wanita Bekerja di Malaysia melibatkan 402 responden berusia antara 18 hingga 59 tahun dari semua negeri di Semenanjung Malaysia.
Kajian ini diketuai oleh penulis selaku Ketua Penyelidik dan dijayakan dengan kolaborasi bersama badan-badan kemasyarakatan seperti Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Wanita ISMA, Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Pertubuhan Belia Nasional (Pembina).
Keputusan kajian menunjukkan tahap diskriminasi agama yang agak membimbangkan. Satu dalam setiap lima wanita mengaku pernah melaluinya. Ini termasuk menghadapi kesukaran mendapat kebenaran menunaikan solat, kekurangan atau ketiadaan ruang untuk solat dan tidak dibenarkan memakai tudung sewaktu bekerja. Untuk berita penuh sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment