Wednesday, May 23, 2018

Mesyuarat Kabinet Pertama, Ini Amanat Awal..(Video)

Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negara pada Isnin lepas.
Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Mahathir, 92, menyertai sesi bergambar bersama-sama jemaah menteri.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Ini merupakan mesyuarat kabinet pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.
Beliau kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.
Mahathir sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan negara dari 1981 sehingga 2003. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails